Terima kasih kepada Digi kerana memperkenalkan plan Digi SmartPlan yang jauh lebih murah daripada Maxis. Oleh sebab Digi menawarkan plan berbual dan kuota Internet yang besar maka aku nekad mencuba.
Hari kejadian, aku daftar plan Digi SmartPlan 78 dengan High Data. Dalam kertas tulis 3GB. Tapi sempena promosi, di kaunter dia offer 4GB dengan 200 minit call dan 200 SMS.
Berbeza dengan MaxisOne plan yang berharga RM128 tanpa GST untuk tanpa had panggilan, SMS dan 2GB data. Bagi aku, tak logik nak bayar RM128 sebulan untuk telefon walaupun dia offer sampai unlimited semua.
So lepas dua minggu aku guna Digi, aku ada satu masalah kalau aku kat Shah Alam. Internetnya biasanya E. Makanya Whasapp pun tak dapat loading apatahlagi nak reply. Aku dah pun lodge complain kat dia punya CS dan dia dah pun escalate ke bahagian teknologi. Belum ada apa berita lagi. Kesimpulan aku, walaupun kita dah ada 4G LTE tapi coverage masih lagi teruk macam tahun 2005.
Other articles you might like;
aku pakai digi untuk smartpon aje.
kalau buat call..guna celcom.
Ya, Celcom adalah pilihan aku selepas Maxis. Maxis & Celcom coverage ok, tapi pakej mahal jugak.