Blog

  • Harga Router Mikrotik Routerboard Malaysia

    Harga Router Mikrotik Routerboard Malaysia

    Dalam entri lepas aku share tentang sebuah router keluaran Mikrotik, model Routerboard. Bagi yang tahu tentang kelebihan router ini, sudah pasti mereka tercari-cari kedai yang menjual Mikrotik ini di Malaysia. Terdapat beberapa reseller di Malaysia yang menjual Routerboard untuk pengguna tempatan.

    Antara tempat yang paling senang untuk mendapatkan Routerboard ialah di Lazada. Mereka menawarkan beberapa model terkenal seperti Router Mikrotik RB951G-2Hnd yang paling laris di pasaran.

    Harga yang ditawarkan di Lazada juga amat kompetitif. Harga yang ditawarkan selepas diskaun ialah RM376 termasuk GST. Untuk membaca reviu dan membeli, sila ke Lazada melalui pautan ini.

     

  • Kelebihan Mikrotik untuk Streamyx

    image

    Mikrotik adalah pengeluar kepada Routerboard, perkakasan khusus untuk rangkaian komputer dan penyedia Internet tanpa wayar.

    Bahasa mudahnya, Routerboard adalah peranti seakan router yang berupaya menjadi pelayan kepada rangkaian Internet hotspot. Produk ini digunakan secara meluas dalam industri wireless hotspot. Dengan peranti ini, aku boleh mulakan perniagaan Internet berkupon di kawasan kediaman.

    Maksud kupon ialah owner boleh generate username dan password kemudian dijual kepada jiran. Ada yang cas RM30 sebulan atau RM2 sehari.

    (more…)

  • Komisen Mudahnya Belajar Forex penangan Kitab SEO Merah Jambu

    Affiliate Mudahnya Belajar Forex

    Alhamdulillah, minggu lepas komisen Mudahnya Belajar Forex oleh tuan MoshedFX telah dibayar. Dengan empat jualan pada dua minggu lepas, bermakna ramai orang yang mahukan ilmu tentang belajar forex dengan cara paling mudah dan santai.

    Dengar cerita, harga jualan panduan forex ini akan dinaikkan selepas versi terkini Mei 2015 akan dilepaskan. Antara kelebihan versi terkini ialah pelajar akan menerima video panduan belajar forex. Ya, belajar Forex dengan video.

    (more…)

  • Panduan Guna Domain .com di Blogspot

    Pengguna Blogspot.com boleh menggunakan custom domain seperti .com, .net, .org atau .my untuk memudahkan URL blog anda diingati. Selain daripada itu, fungsi ini dapat membina branding untuk produk atau servis yang ditawarkan.

    Untuk menggunakan domain .com, anda perlulah mendaftar di mana-mana reseller seperti di Serverfreak. Harga yang ditawarkan untuk setiap domain bermula RM40 hingga RM150. Selepas mendaftar, anda boleh ikuti langkah mudah di bawah.

    (more…)

  • Servis Penapis Air Coway Kali Kedua

    Harini, dah masuk bulan keempat aku guna penulen air Coway kat rumah. Alhamdulillah tak ada masalah sepanjang empat bulan aku pakai. Dan, harini masuk kali kedua Coway Technician (CT) datang rumah dan buat servis penapis air Petit ni.

    Bagi memastikan kebersihan air yang diminum sentiasa terjamin, servis penapis adalah sesuatu yang penting. Kalau penapis air biasa, kena servis sendiri. Tapi untuk Coway, technician yang akan ke rumah.

    (more…)

  • 10 Panduan Kek dan Bakeri untuk Suri Rumah

    Panduan buat muffin

    Puan Shida, seorang pakar kek dan bakeri akhirnya membocorkan rahsia membuat muffin yang sedap, gebu dan bertekstur. Panduan ini akan membimbing suri rumah, pelajar, akauntan, pegawai eksekutif dan doktor untuk mendalami rahsia membuat muffin.

    Budaya makan muffin ini tercetus daripada orang barat yang biasanya menghidangkan muffin bersama teh panas semasa minum petang. Selain daripada itu, orang kita sudah mula menerima budaya memberi muffin sebagai cenderahati ketika majlis kahwin. Peluang untuk buat duit lebih dengan muffin nampaknya.

    (more…)