Blog

  • Ucapan Terakhir Presiden

    Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah,
    Sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di tanah ini,
    Langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

    Saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakan orang,
    Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak di datangkan ke atas tanah ini.

    Malang mulut saya tertutup,
    Malang saya berkata mulut saya ini tertutup,
    Tidak dapat menzahirkan
    kepada kamu apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan perkerjaan-pekerjaan dan tangungan saya itu.

    Kita berkehendak supaya tanah ini terselamat dan kuat,
    Dan hanyalah boleh jika kita bersatu padu.

    Marilah kita tunjukkan kepada dunia itu,
    Roh dan semangat datuk nenek kita itu masih ada lagi dengan kita.
    Marilah kita tunjukkan iaitu kita masih boleh mengangkat kepala kita,
    dan menatap dunia bagaimana orang yang benar dan kuat hatinya.

    Tunjukkanlah bahawa kita sebenar-benar keturunan datuk nenek kita yang menghadap merbahaya dengan bersatu hati.
    Itulah pesanan saya.

    Inilah kalinya yang akhir sekali saya bangun bercakap dihadapan wakil wakil majlis ini sebagai Presiden.

    Perkataan itu saya tidak mengubahnya.
    Dengan ucapan ini maka saya tamatkan perkerjaan saya.

    Tapi untukmu ku tetap berjuang,
    Untukmu semangat ini tidak akan hilang.
    Untukmu.

    Takbir cinta
    Ku beri
    Memberinya lebih makna
    Pada janjiku di dalam doa cinta
    Ku mengalih membangkitnya dari lena
    Pada janjiku di dalam doa
    Ku memanggil menaruh noktahnya

  • Cara Tambah Nama dan URL di Komen Blogspot

    nama dan url di blogspot

    Rutin harian lepas baca entri menarik yang ditulis di blog, aku akan cuba tinggalkan komen. Bukti aku hadam apa yang dikongsikan. Tapi ada satu benda yang aku tak berapa suka, tak ada option untuk blogger WordPress untuk tinggalkan nama di ruangan komen.

    Perkara ini boleh patahkan semangat berkobar-kobar seorang blogger WordPress self-hosted untuk berinteraksi dengan pemilik blog.

    (more…)

  • Cara Buat Duit Sampingan dengan Jobdirumah

    Saya yakin ramai yang tahu tentang menjana duit dengan Internet ialah berkongsi links atau buat duit dengan jawab survey. Contoh platform yang menyediakan servis ini adalah portal . Setiap links yang dikongsi, dan di klik akan dibayar sebanyak RM0.20. Jika anda belum mendaftar dengan 8Share lagi, ayuh  di sini. Saya yakin 8share mudah untuk membayar anda, seperti yang telah saya terima.

    Buat duit dengan 8share

    Cara kedua untuk buat duit online ialah dengan menjawab kajiselidik (survey) di iPanel Online. Saya sudah terangkan panjang lebar tentang iPanel Online, untuk buat duit dengan survey. Asasnya, anda mendaftar sebagai orang yang disoal selidik, setiap kajiselidik yang dijawab akan dibayar bergantung kepada jumlah mata. Setiap 1,000 mata yang dikumpul boleh ditebus dengan RM10. Kumpul 5,000 mata maka anda boleh menebus RM50.

    (more…)

  • Cara Buat Duit Dengan YouTube

    Buat duit dengan YouTube

    Terus terang aku katakan, ramai yang tak tahu bahawa YouTube juga merupakan sumber pendapatan utama selebriti YouTube di Malaysia, malahan seluruh dunia. Oleh sebab itu, mereka berlumba-lumba untuk mencipta video baharu setiap hari.

    Ada dua cara untuk mula menjana pendapatan sampingan dengan YouTube. Pertama, buat video kreatif anda sendiri dan muat naik ke YouTube. Kongsi dan viralkan video anda. Setiap video yang dimainkan akan mendapat bid daripada pengiklan, dan anda dibayar.

    (more…)

  • Kedai Print di KLCC

    Jumaat lepas tengah dalam ramai orang ke HOMEDEC 2015 KLCC aku pun turut terjebak ke sana untuk satu urusan.

    Disebabkan printer kat rumah ada masalah, aku nekad untuk cari kedai buku dalam perjalanan ke sana. Perjalanan ke KLCC bukanlah mudah, apabila bertembung pula dengan perhimpunan Bantah GST yang bermula di Dataran Merdeka dan pusing di sekitar KL.

    (more…)

  • Panduan Beriklan di Facebook Cara Targeted

    Panduan Beriklan di Facebook Cara Targeted

    Sebagai sebuah platform wajib lawat, Facebook mampu memberi jualan kalau kena caranya. Jualan tersebut boleh jadi secara iklan percuma atau berbayar. Bagi peniaga yang mahu mencapai pasaran yang lebih luas, mereka perlu gunakan servis iklan berbayar yang dikenali sebagai Facebook Ads.

    Facebook Ads pula mempunyai dua kaedah, Boost Posts atau melalui kempen. Ada pro dan kontra bagi dua kaedah ini. Antara perbezaan paling ketara ialah Boost Posts cuma membenarkan target lokasi, jumlah bajet, dan tempoh iklan. Titik. Jadi, anda tidak boleh ‘customize’ mengikut target market/demografi pilihan anda. Boost Posts boleh diakses di setiap penjuru bawah posts di fanpage anda.

    (more…)