≡ Menu

Panduan Beriklan di Facebook Cara Targeted

Panduan Beriklan di Facebook Cara Targeted

Sebagai sebuah platform wajib lawat, Facebook mampu memberi jualan kalau kena caranya. Jualan tersebut boleh jadi secara iklan percuma atau berbayar. Bagi peniaga yang mahu mencapai pasaran yang lebih luas, mereka perlu gunakan servis iklan berbayar yang dikenali sebagai Facebook Ads.

Facebook Ads pula mempunyai dua kaedah, Boost Posts atau melalui kempen. Ada pro dan kontra bagi dua kaedah ini. Antara perbezaan paling ketara ialah Boost Posts cuma membenarkan target lokasi, jumlah bajet, dan tempoh iklan. Titik. Jadi, anda tidak boleh ‘customize’ mengikut target market/demografi pilihan anda. Boost Posts boleh diakses di setiap penjuru bawah posts di fanpage anda.

Buat iklan Facebook Ads Campaign

Berbeza dengan Boost Posts, Facebook Campaign membolehkan anda membina satu kempen, yang menghadkan bajet harian atau bulanan anda. Maka, jika kempen anda habis dana, maka kempen akan terhenti. Anda boleh membina seberapa banyak kempen, bergantung kepada bajet atau tetapan yang lain.

Panduan Beriklan di Facebook Cara Targeted

1. Untuk membina kempen pertama, layari Facebook Campaigns. Klik butang Create Ad berwarna hijau. Anda diminta untuk memilih objektif kempen anda. Berikut adalah objektif yang boleh anda pilih. Sedikit tips, jika anda mahu trafik ke laman web, pilih Send people to your website; Promote your Page untuk tambah likes. Kemudian pilih Fanpage yang berkenaan untuk diiklan.

Panduan Beriklan di Facebook Cara Targeted

2. Masukkan maklumat yang berkenaan; locations, age, gender, languages, interest, behaviors dan connections. Anda yang tentukan. Jika jual produk untuk wanita, pilih gender sebagai female. Jika produknya berharga RM1,000, maka kecilkan julat age kepada 25-55 kerana sudah bekerja.

3. Tentukan bajet perday atau lifetime budget anda. Anda juga boleh tentukan bila iklan anda bermula dan tamat dengan fungsi Schedule.

4. Untuk langkah terakhir, pilih gambar untuk iklan anda. Anda diberikan 6 pilihan gambar. Dengan ini, anda boleh analisis gambar manakah paling beri pulangan atau ‘conversion’. Jika gambar lain tidak berkesan, terus hentikan agar tidak sia-sia.

5. Masukkan teks, headline atau landing page jika berkenaan.Klik butang hijau Save Order. Iklan anda akan di-review oleh kumpulan Facebook Ads sebelum dibenarkan untuk beriklan.

Diharapkan panduan ini sedikit banyak idea untuk beriklan di Facebook dengan bayaran paling minimum, targeted dan memberi conversion dan jualan.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment