Jumaat lepas tengah dalam ramai orang ke HOMEDEC 2015 KLCC aku pun turut terjebak ke sana untuk satu urusan.
Disebabkan printer kat rumah ada masalah, aku nekad untuk cari kedai buku dalam perjalanan ke sana. Perjalanan ke KLCC bukanlah mudah, apabila bertembung pula dengan perhimpunan Bantah GST yang bermula di Dataran Merdeka dan pusing di sekitar KL.
Seingat aku sebelah Pejabat Pos KLCC ada satu cybercafe, maka aku pun terus ke sana. Disebabkan cyber cafe tu di KLCC, maka minimum sejam sewa PC ialah RM8. Aku tanya alternatif lain, dia cakap boleh hantar dokumen untuk diprint ke e-mel, dan print. Cajnya RM5 untuk terima e-mel dan RM1 untuk print. Totalnya RM6. Mahal lagi untuk dokumen hitam dan putih.
Aku cari jalan lain, pergi ke kedai gambar di sebelahnya. Harga boleh tahan, RM2.50 untuk hitam dan putih satu muka surat. Penting punya pasal, aku pun setuju.
Jadi janganlah jadi tak cerdik walaupun bawah tekanan. Pengajaran kedua, buat suatu benda jangan tangguh, kalau tangguh, benda last minute memang boleh kena benda pelik pelik. Oh, parking di KLCC pula RM4 untuk 3 jam pertama.
Other articles you might like;
memang mencabar juga tinggal di KL..hu.hu
Kerna terpaksa, aku relakan. Macam lagu pulak.