Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah,
Sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di tanah ini,
Langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.
Saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakan orang,
Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak di datangkan ke atas tanah ini.
Malang mulut saya tertutup,
Malang saya berkata mulut saya ini tertutup,
Tidak dapat menzahirkan
kepada kamu apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan perkerjaan-pekerjaan dan tangungan saya itu.
Kita berkehendak supaya tanah ini terselamat dan kuat,
Dan hanyalah boleh jika kita bersatu padu.
Marilah kita tunjukkan kepada dunia itu,
Roh dan semangat datuk nenek kita itu masih ada lagi dengan kita.
Marilah kita tunjukkan iaitu kita masih boleh mengangkat kepala kita,
dan menatap dunia bagaimana orang yang benar dan kuat hatinya.
Tunjukkanlah bahawa kita sebenar-benar keturunan datuk nenek kita yang menghadap merbahaya dengan bersatu hati.
Itulah pesanan saya.
Inilah kalinya yang akhir sekali saya bangun bercakap dihadapan wakil wakil majlis ini sebagai Presiden.
Perkataan itu saya tidak mengubahnya.
Dengan ucapan ini maka saya tamatkan perkerjaan saya.
Tapi untukmu ku tetap berjuang,
Untukmu semangat ini tidak akan hilang.
Untukmu.
Takbir cinta
Ku beri
Memberinya lebih makna
Pada janjiku di dalam doa cinta
Ku mengalih membangkitnya dari lena
Pada janjiku di dalam doa
Ku memanggil menaruh noktahnya
Other articles you might like;
presiden mana ni bro…
presiden yang mana satu punya ucapan nih?
Entri terkini titan: Homestay Murah di Dungun.
sapo ni? presiden kelab bowling ke?
Entri terkini Uncle Zuan: Catatan Ringkas Trip ke Langkawi Pada Peak Season – Bahagian 1