Cara Buat Duit Dengan YouTube

Buat duit dengan YouTube

Terus terang aku katakan, ramai yang tak tahu bahawa YouTube juga merupakan sumber pendapatan utama selebriti YouTube di Malaysia, malahan seluruh dunia. Oleh sebab itu, mereka berlumba-lumba untuk mencipta video baharu setiap hari.

Ada dua cara untuk mula menjana pendapatan sampingan dengan YouTube. Pertama, buat video kreatif anda sendiri dan muat naik ke YouTube. Kongsi dan viralkan video anda. Setiap video yang dimainkan akan mendapat bid daripada pengiklan, dan anda dibayar.

Baca: Bagaimana YouTube Content ID berfungsi?

Cara kedua, gunakan video viral yang lain, dan muat naik ke akaun YouTube anda. Pengguna yang mencari video viral tersebut akan terserempak dengan video anda. Lalu video itu dikongsi dan diviralkan. Cara ini sedikit berisiko apabila anda upload video yang mempunyai hak cipta daripada pemilik video, contohnya video Maharaja Lawak Mega akan dipadam oleh Astro.

Belajar Buat Duit di YouTube

Seorang IM di Malaysia, Rashvin menganjurkan personal coaching bagi mempelajari teknik menjana pendapatan daripada YouTube. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada laman web Buat Duit di YouTube.

Jika anda mencari panduan menggunakan YouTube sebagai medium pemasaran, e-book Rahsia Duit YouTube tulisan Norman Razak ini sangat sesuai dengan anda. Sila klik di sini untuk mendapatkan buku panduan tersebut.

Comments

10 responses to “Cara Buat Duit Dengan YouTube”

  1. mrhanafi Avatar

    memang ada hati juga nak cuba buat duit dari Youtube..

    1. Adam Roslan Avatar

      Boleh cuba bro, tapi content kena power. Baru orang mau tengok.

  2. nurinsaniah Avatar

    macam best jer…..dulu pernah nak cuba tapi terbantut…

    1. Adam Roslan Avatar

      Jom teruskan, satu cara buat side income dengan pasang iklan. Buat la travelog ke, video memasak ke. Hehe.

  3. zik Avatar

    aku punya earning memang slow sangat… lagipun kena hati2 dengan copyright… tv3, astro, kru, grand brilliance … dan macam2 lagilah.. luar negara pun ada …

    1. Adam Roslan Avatar

      Betul, content yang ada copyright sebolehnya jangan upload. Upload content sendiri yang best-best.

  4. akubiomed Avatar

    Belum teroka lagi lubuk duit dengan Youtube.

  5. titan Avatar

    dulu memang rajin gak buat, sekarang ni dah malas sikit. aduhai..kena rajin balik nih.

    1. Adam Roslan Avatar

      Dah ada testimoni. So macam mana hasilnya?

  6. akuoka Avatar

    boleh cuba nie

    mesti dah masyuk kan affliate bos sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *