Okay, mari kita mulakan. Selepas tiga hari ditayangkan di pawagam, Adam berkesempatan menonton filem arahan Alfdin Shauki di GSC Alamanda. Setelah terbaca status rakan yang memberi komen positif tentang filem Papadom ini, Adam tergerak untuk menonton. Sebelum ini Adam pernah bertekad untuk henti menonton filem Melayu, tetapi untuk kali pertama menonton filem arahan beliau, Adam lupakan tekad itu. Adam tahu Alfdin Shauki seorang yang berkarisma dalam menghasilkan sesuatu kerja seni. Adam ke sana tanpa sebarang idea berkaitan filem itu, belum sempat pun membaca sinopsisnya.
Sinopsisnya, teruskan pembacaan. Filem Papadom mengisahkan seorang ayah yang bernama Saadom, yang dahulunya merupakan seorang Penjual Nasi Kandar yang enak. Papadom yang dibuat oleh Encik Saadom sangat sedap dan akhirnya berjaya dipasarkan hingga ke luar negara. Sejak itu keluarga Saadom hidup mewah. Dahulunya Saadom merupakan seorang suami dan seorang ayah yang sangat sibuk. Selepas kematian isteri beliau, Saadom mula berubah sikap. Setiap jam yang ada dalam sehari, dihabiskan Saadom untuk menemani anaknya, tidak kira semasa anaknya di sekolah, atau menghadiri parti di rumah rakan, atau semasa perkhemahan pengakap atau semasa latihan silat. Pendek kata, dari seorang ayah yang terlalu sibuk dengan kerjayanya, Saadom berubah menjadi seorang ayah yang terlalu mengambil berat dan mengongkong anaknya.
Namun pengorbanan itu berbaloi apabila anak tunggal Saadom itu, iaitu Miasara berjaya mendapat 20A dalam SPM. Maisara melanjutkan pengajian di UiTM Shah Alam dalam bidang Seni Perfileman. Pada masa yang sama Miasara meminta ayahnya, iaitu Saadom supaya berjanji untuk tidak mengongkongnya lagi. Namun, Saadom mempunyai cara lain untuk melindungi dan menjaga anaknya. Saadom memohon jawatan sebagai tukang kebun kampus, dan pada masa yang sama dapat berkenalan dengan Profesor Balqis. Hubungan darah antara Saadom dengan Miasara langsung tidak diketahui oleh sesiapa.
Filem Papadom bukanlah skrip yang mudah. Dilonjakkan lagi dengan ugutan Shasha yang mahu memerangkap Saadom dan Miasara, kerana dengki Shasha terhadap Miasara, menjadi kemuncak dalam filem ini. Namun, adakah Shasha berjaya memerangkap kedua-duanya? Di panggung, akan terlontar segala jawapan dan kesudahan.
Adam suka cara permulaan cerita, klimaks dan peleraian yang dibawa oleh Alfdin. Pelakon pula benar benar dapat membawa watak yang diamanahkan dengan penuh perasaan dan penghayatan. Bagaimana kasihnya seorang ayah kepada anaknya. Hidupnya ialah dia dan anaknya.
Cuma komen Adam di sini adalah secara logiknya Saadom, Mun (isteri kepada Saadom), dan Miasara sepatutnya menggunakan ‘loghat’ Pulau Pinang untuk menjadikan cerita ini lebih realistik. Cuma sepatah perkataan yang diungkapkan oleh Saadom iaitu ‘tak mau’ ketika dia sedang beremosi dengan tanah. Anda setuju? Selainnya, Papadom terbaik!
Kepada rakan yang belum berkesempatan menonton filem Papadom ini, lekas bertindak! Anda tidak akan rugi membayar RM13 untuk bergelak tawa, beremosi (ya, mengalirkan air mata) dan bergelak semula. Adam tak tipu!
Other articles you might like;
aku suka makan papadom..cerita papadom belum tau sbb belum tengok
.-= haritz´s last blog ..Sakit Perut =-.
salah seorang rakan saya ada berlakon dalam filem ni, memegang watak tambahan.. hehe~ habis2 dia promo suruh gi tengok.. haha~
.-= beliamuda´s last blog ..Habis sibuk, cuti kejap =-.
Patut sebut tik mau. baru kena kot. hahaha.. Tudia. mahai kot RM13. Aku tgk kat GSC Queensbay pun tak sampai RM13