Blog

  • Tiket Bas Kangar-Melaka RM55

    Oh, tiket ini adalah untuk satu perjalanan dari Kangar ke Melaka Sentral. Selasa ini Adam dan Diana akan bersama Miss Wan Azfarozza dan Mr. Rauf akan membentangkan kertas kerja Projek Professional COM363 di MITC dan Jabatan Penerangan Melaka. Harga untuk sekeping tiket bas S&S International dari Kangar ke Melaka ialah RM55 berbanding RM43 sejak kali terakhir Adam menaiki bas ini pada awal tahun lepas. Harapnya, pembentangan di Melaka nanti akan membuahkan hasil agar pelaburan yang dibuat ini akan mendapat pulangan yang sewajarnya.



    Tiket Bas Kangar-Melaka RM55, originally uploaded by adam.roslan.
  • Nur Kasih Episod 26 – Episod Akhir

    Nur Kasih Episod 26 – Episod Akhir

    Nur Kasih

    Aliya memberitahu Nur Amina bahawa dia redha jika aidil berkahwin dengan Nur Amina. Nur Amina berang kerana mereka beranggapan dia tidak mampu hidup sendiri. Nur Amina menolak dan tetap setia menunggu Adam pulang. Nur Amina mengambil keputusan untuk bekerja semula di syarikat milik Adam. Pada mulanya, mereka semua keberatan tetapi akhirnya mereka memberi kebenaran.

    Ketika menaiki keretapi untuk ke Kuala Lumpur, Nur Amina bertemu dengan Adam. Nur Amina membawa Adam pulang. Mereka semua terkejut bercampur gembira melihat kepulangan Adam.

    Nur Kasih Episod 26 Bahagian 1

    Nur Kasih Episod 26 Bahagian 2

    Nur Kasih Episod 26 Bahagian 3

    Nur Kasih Episod 26 Bahagian 4

  • Selamat Hari Raya: Makan Makan

    Selamat hari raya. Selepas solat Jumaat, Adam mendapat jemputan makan-makan di Padang Pauh, rumah saudara Afiq Durrani. Antara yang bertandang ke sana ialah Ariff Din, Fakhrul Afiq, Fakhrul Razzi, Ariff Adnan, Amirul Kassim dan Faiz Ismail. Menunya karamel, nasi himpit dan sebagainya. Sekarang, di rumah Fakhrul Afiq dengan daging kambing masak merah, daging lembu dan ayam goreng berempah. Sekarang, berborak dan bergelak tawa sambil pekena kopi panas. Malam nanti ada majlis BBQ di rumah saudari Khalilah. Jom pekena.

  • Reviu Semester 5

    Reviu Semester 5

    Ketika posting ini ditulis, kami sedang dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kangar. Selepas 3 bulan dengan penuh cabaran di Melaka, akhirnya kami sudah pun berjaya menamatkan semester lima dengan jayanya. Apa yang ditunggu ialah keputusan untuk peperiksaan akhir semester pada hujung tahun ini. Banyak kenangan manis sepanjang di semester ini, dan banyak juga kenangan pahit yang terpaksa ditelan. Reviu ini adalah sebagai jurnal kenang kenangan di masa depan.

    Adam dan Lekiu
    Penularan virus H1N1 di UITM Alor Gajah telah memaksa semua aktiviti bukan akademik dibatalkan. Semua aktivitti kolej telah dibatalkan sebagai langkah berjaga jaga penularan virus. Sepatutnya, Sukan Kolej akan diadakan pada semester ini. Boleh dikatakan agak rehat apabila tidak banyak aktiviti kesetiausahaan kolej dilaksanakan. Cuma pada awalnya sibuk dengan menguruskan pelajar semester satu yang masih mencari arah di Kolej Lekiu. Juga, menguruskan hal kebajikan seorang pelajar ‘istimewa’ dengan pihak pengurusan UiTM. Menjelang akhir semester, Majls Tertinggi Kolej Lekiu sebulat suara untuk melantik Saudara Azman Thabib sebagai YDP Kolej Lekiu yang baru. Di Level 22 Predator, kami menerima seramai 13 orang pelajar semester baru. penyertaan mereka sedikit sebabyak menceriakan The Predator.

    DMC5E Julai - November 2009

    Adam dan DMC5E
    Lima semester bersama, hubungan sesama kami semakin erat. Suka dan duka adalah rencah kehidupan dan segalanya kami harungi dengan tabah. Kami menerima 4 orang ahli baru dari kelas 5M yang dibubarkan. Ammar, Ezzat, Farrahin, dan Siti Salwa telah datang membawa ruang persaingan untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan terbaik.

    dsc_3469

    Produksi Audio dan Video
    Kursus paling mengujakan apabila kami ditugaskan untuk menyiapkan sebuah filem pendek. Keghairahan krew produksi yang diberi nama JariSepuluh Motionworks bermula daripada storboard di atas sekeping kertas dan dipindahkan dalam bentuk digital yang membawa kegembiraan dan pendedahan kepada pengalaman baru. Cerita lanjut di posting ini.

    Pengurusan Acara
    Sedar atau tidak, kursus ini benar benar menyerabutkan. Mananya tidak, kita perlu berhubung dengan banyak pihak yang ada protokol dan aliran yang perlu dituruti. Dengan kertas kerja Program Kesedaran Jalan Raya U Think! menjadi pertaruhan, kami berjaya untuk berjumpa dengan penyanyi dan penulis lirik Imran Ajmain. Satu pengalaman baru untuk bertemu dengan artis secara bersemuka dan bekerjasama dengan mereka. Selain daripada itu, kami berurusan dengan Pejabat Polis Trafik Alor Gajah dan Unit Keselamatan UITM Melaka untuk urusan berkaitan.

    Adam, Rakan dan Imran Ajmain

    Asas Pemasaran
    Mempelajari selok belok dunia pemasaran secara teori dan ditugaskan untuk menyiapkan mockup phone sebagai produk untuk dipasarkan.

    Asas Keushawanan
    Sepanjang semester ini kami bekerja keras untuk menyiapkan satu rancangan perniagaan yang dipantau oleh pensyarah. GLOLite adalah nama produk yang mana kami mempelajari untuk membuat asas kewangan untuk tiga tahun. Apa yang dipelajari ini amat berguna untuk dipraktikkan dalam pembangunan Reflector Studio.

    Kajian Komunikasi
    Sepatutnya terletak di hieraki paling atas, namun atas beberapa sebab menjadikan kursus ini paling digeruni. Kami ditugaskan untuk menyediakan satu proposal untuk kajian berkait media di Malaysia. Kajian Komunikasi adalah kursus yang terpenting dan kemahiran dalam kursus ini akan digunakan sepenuhnya untuk kajian di semester enam dan ijazah.

    The Medium

    Adam dan Fakulti
    Ya, semester ini juga sibuk dengan projek dengan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Adam diamanahkan untuk menjadi pereka grafik untuk newslettter rasmi fakulti iaitu The Medium. Tidak dinafikan kurangnya perbincangan menjadikan beberapa artikel dan berita tidak diterima pada masa yang ditetapkan dan menjadikan proses reka letak menjadi rumit. Kemudian, Adam dan rakan mewakili FKPM untuk Pertandingan Reka Cipta Let’s IID UiTM Melaka 2009. Dengan mempertaruhkan Booklet MotoGP 2009, kami berjaya membawa pulang pingat gangsa.

    Semester 6 akan tiba dalam dua bulan akan datang dan melengkapkan tiga tahun Adam di Melaka. Semester 5 meninggalkan banyak kenangan manis dalam setiap aktiviti yang disertai. Rangkaian sosial dapat diluaskan dan ramai berkenalan dengan rakan baru. Encik KP, mari bekerja untuk semester enam!

    P/S: Ditulis dengan Nokia E71. Maaf lambat buat posting, selepas seminggu baru ada kesempatan. Photo 2 dan 3 oleh Ima Aimi Nadia.

  • Taklimat ITServices untuk Field Service Rep

    Baru selesai menghadiri taklimat untuk Field Service Representative untuk menjadi pemasang set komputer Dell di sekolah-sekolah seluruh negeri Perlis. Kontrak kerja 30 hari dengan pendapatan bersih RM1k sekiranya diterima bekerja.

  • Nur Kasih Episod 25

    Nur Kasih Episod 25

    Nurkasih Episod 25

    Adam diselamatkan oleh seorang lelaki India Muslim. Hubungan Aidil dan Aliya masih lagi tegang dan Aidil cuba berbincang dengan Aliya cara baik. Aliya menceritakan segala-gala yang didengarnya dari Sarah. Sarah yang melihat dari dalam rumah segara mencari Nur Amina dan memohon maaf. Sudah setahun Adam hilang tiada khabar. Nur Amina sering ke tali air tempat Adam dahulu. Hajjah semakin tidak sihat kerana risaukan keadaan Nur Amina.

    Nur Kasih Episod 25 Bahagian 1

    Nur Kasih Episod 25 Bahagian 2

    Nur Kasih Episod 25 Bahagian 3

    Nur Kasih Episod 25 Bahagian 4