Gambar diambil pada pagi Sabtu, hari kedua Kursus Kepimpinan PMMS UiTM Melaka 2009/2010. Kelihatan ialah puncak Gunung Ledang dari Kem Saujana Asahan, Melaka.
Blog
-

Video Gol Malaysia di Sukan Sea 2009
Berpunca daripada hantaran lintang Mohd Azmi Muslim, Safiq Rahim menyaksikan umpanannya terlepas daripada Zaquan Adha Abdul Radzak dan untungnya buat skuad negara, terkena kaki pertahanan Vietnam, Mai Xuan Hop sebelum masuk ke gawang Vietnam. Kejayaan itu, hadir selaku pingat emas ke-40 kontinjen Malaysia, adalah kali pertama membawa pulang pengiktirafan daripada gelanggang asing selepas kali terakhir dilakukan generasi pemain dikepalai Mokhtar Dahari di Jakarta pada 1989, 20 tahun lepas.

-

3 Perisian Portable Pembersih Virus
Sebagai menghargai pengunjung ke laman blog ini, Adam sediakan buah tangan untuk anda sekalian. Untuk kali ini, Adam sediakan tiga buah perisian portable (mudah alih) pembersih virus dan malware untuk komputer anda. Adam rasa semua perisian ini berguna untuk anda, jika tidak hari ini mungkin pada masa akan datang. Kesemua persian yang disenaraikan adalah percuma dan anda boleh menggunakan perisian ini untuk tujuan peribadi atau komersil tanpa sebarang sekatan.
1. Instant Messenger Cleaner
Sejak belakangan ini, ada sahaja mesej berbahasa Filipina yang menerjah masuk ke tetingkap Yahoo Messenger. Bukannya mesej penting, tapi mesej spam yang berpunca daripada malware yang membiak di dalam komputer pengguna. Ramai juga yang bertanyakan tentang solusi untuk menghapuskan mesej spam itu. Okay sekarang Adam perkenalkan satu perisian khas untuk anda yang bertugas untuk menghapuskan semua virus itu.
Cara Penggunaan: Pasangkan dan jalankan perisian Instant Messenger Cleaner di komputer anda. Tekan ‘Scan’ dan perisian akan beroperasi dan mula mencari fail yang membawa kepada virus dan memadam secara automatik. Selesai!
Pembangun: Codemonster
Muat turun: Release 3.150.0.0
2. Re-enable V2
Apabila komputer anda dijangkiti oleh virus, sesetengah daripadanya mampu untuk melumpuhkan sistem komputer anda dengan mematikan fungsi Registry Editor (regedit) dan Task Manager. Dengan perisian Re-enable V2, anda boleh memulihkan fungsi ini dengan hanya satu klik. Selain fungsi Registry Editor, anda juga boleh memulihkan fungsi ‘cmd’, ‘taskmgr’, ‘System Restore Config’, ‘Folder Options’ dan ‘Run’. Perisian ini dengan mudah dapat memulihkan semua komputer yang diserang dengan virus W32.daprosy, W32.sality.aa, dan trojan.Win32.Delfiles.n dengan jayanya.
Pembangun: Tangosoft
Muat Turun: Re-enable Lite | Re-enable Portable | Re-enable Lite Installer
3. Norman Malware Cleaner 2009
Perisian mudah alih untuk membersihkan malware dan virus dalam komputer anda, Norman Malware Cleaner 2009 ini berupaya untuk membersihkan pendrive atau cakera keras anda daripada sebarang virus. Perisian ini mampu untuk:
- Membunuh proses beroperasi yang dijangkiti
- Menghapuskan jangkitan daripada cakera (termasuk komponen ActiveX dan objek Browser Helper)
- Mengungkapkan dan menghapus ‘rootkit’
- Mengembalikan nilai registri yang benar
- Hapus rujukan yang dicipta oleh Malware di ‘file hosts’
- Memadam Peraturan-Peraturan Windows Firewall untuk program berbahaya
Pembangun: Norman
Muat Turun: Norman Malware Cleaner
-
Pemandangan Bandar Kangar dari Tingkat 6 Bangunan Mahkamah Syariah
Selepas mendapat panggilan untuk bekerja pada malam semalam, kami bersama Leader IT Services Northern Region, Farhan menjalankan tugas di Bangunan Mahkamah Syariah Negeri Perlis di Kangar. Pengalaman baru disini apabila dapat peluang melihat kamar perbicaraan di depan mata. Belajar prosedur perbicaraan dan sebagainya. Kerja agak meletihkan kerana terpaksa membawa peralatan dari tingkat 6 dan dipasang ke setiap tingkat satu hingga tiga. Kemudian kami mentauliah dan memasang perisian E-Syariah untuk digunakan oleh pihak jabatan.
Perkara menarik apabila kali pertama ikut masa pejabat, balik jam lima hari ini :)

Pemandangan Bandar Kangar dari Tingkat 6 Bangunan Mahkamah Syariah, originally uploaded by adam.roslan. -
Plet RJ: Perlis Indera Kayangan
Tiada perkataan yang sesuai untuk dijadikan tajuk bagi posting pantas ini. Sebenarnya lebih dua minggu Adam mencari kenderaan di sekitar negeri ini yang menggunakan plet pendaftaran yang bermula dengan huruf RJ. Akhirnya ditemukan di simpang lampu isyarat menuju ke Kangar. Untuk pengetahuan, siri RJ ini adalah angka ke 10 untuk negeri Perlis dan amat ketinggalan berbanding negeri negeri lain. Walaubagaimanapun, plet sebelum ini, RH hanya mengambil masa dia tahun untuk dihabiskan berbanding empat hingga lima tahun untuk plet RG. Mungkinkah ini menunjukkan satu perubahan dimana negeri ini semakin pesat membangun seperti mana menyahut seruan kerjaan negeri untuk menjadi sebuah negeri maju pada tahun 2015? Perlis Maju 2015.
Banyak faktor yang menjadikan plet R untuk lambat dihabiskan selain daripada faktor jumlah penduduk dan kemampuan memiliki kenderaan, anggapan saya ialah mereka lebih gemar menggunakan plet K dari Kedah kerana lebih cantik, susutnilai harga kereta semasa jualan untuk kereta
berplet R, dan banyak kedai motor dan kereta mudah berurusan dengan JPJ Negeri Kedah. Apa andaian anda?Keterangan gambar: Sekadar hiasan. RJ4 dan RJ45 sudah keluar, tunggu gambar spot untuk tatapan.




