Blog

  • Musimnya Mengail Siri 2

    Memang musim kegilaan mengail menjadi jadi. Setiap petang kami akan ke tali air Sekolah Ujung Batu untuk melepaskan geram di sana. Malangnya, hari ini tidak beberapa menjadi. Menurut pakar pancing Amirul Kassim, 20, mengesahkan bahawa ikan ikan di kawasan tersebut telah mengenakan langkah berjaga jaga bagi setiap umpan kami. Perkara ini telah mengurangkan hasil tangkapan, cuma empat ekor berjaya dinaikkan termasuk seekor ikan keli besar seperti dalam gambar.



    Musimnya Mengail Siri 2, originally uploaded by adam.roslan.
  • Makan Malam JariSepuluh Motionworks

    Makan Malam JariSepuluh Motionworks

    9 November 2009, Krew Penerbitan JariSepuluh Motionworks ke Pantai Puteri Melaka untuk menjayakan satu Majlis Makan Malam sempena tamatnya penerbitan filem pendek ‘Kawan’.

    dsc_1196

    dsc_1191

    dsc_1181

    dsc_1154

  • Kerja di Kolej Matrikulasi Arau

    Setelah beberapa hari menunggu panggilan, petang tadi part timer IT Services berkumpul di Kolej Matrikulasi Arau untuk memasang dan mentauliah lebih 60 buah komputer Dell di dua buah makmal bahasa dan komputer kolej berkenaan. Esok yang pasti, kami ada satu lagi makmal bahasa yang akan diselesaikan.

    Keterangan gambar: Stok komputer Dell sekitar 80 unit di dalam makmal sebelum dipindah naik ke tingkat atas. Sakit belakang nak mengusung.



    Kerja di Kolej Matrikulasi Arau, originally uploaded by adam.roslan.
  • Jom main PayPal Wishlist on Facebook

    Jom main PayPal Wishlist on Facebook

    Apakah itu ? Sebenarnya Adam baru tahu benda yang menjana wang ni semalam daripada saudara Fakhrul Afiq. Dia rekomen untuk cuba benda ini kerana dengan hanya buat Wishlist dan jemput rakan, anda akan diberikan 1USD setiap seorang. Apakah program ini sebenarnya? Apakah itu PayPal? Adakah program ini benar terjamin atau ‘scam’ versi masa kini? Mari kita teliti apa sebenarnya program ini melalui laman T&C aplikasi ini.

    Selama Masa Promosi (sebagaimana ditakrifkan di bawah), PayPal Wishlist download aplikasi di Facebook ( “PayPal wishlist”), membuat wishlist PayPal anda sendiri, dan kami akan membayar $ 1 USD ke akaun PayPal anda. Agar bagi kami untuk membayar jumlah yang diperolehi berdasarkan Promosi ini, anda akan perlu untuk menyediakan kami dengan alamat email PayPal anda melalui PayPal Wishlist. Untuk menyerahkan alamat email PayPal anda ingin menyambung ke wishlist PayPal anda, pergi ke laman rumah Wishlist PayPal www.paypalwishlist.com dan klik pada link di bawah ini ke ‘menghantar alamat email’ di bahagian sisi kiri laman.

    Selain itu, PayPal Wishlist berkongsi dengan kawan-kawan anda melalui Facebook, dan untuk setiap teman yang men-download dan mencipta sendiri Wishlist PayPal daripada jemputan anda, kami akan membayar anda tambahan $ 1 USD (hingga maksimum jumlah total of $ 100 USD per account PayPal).

    Okay, bagaimana mendaftar dan dapat USD1 pertama daripada permainan PayPal WishList ini?

    (more…)

  • Jom Mengail @ Utan Aji

    Apabila ketandusan aktiviti di waktu petang, keghairahan mengail ikan menjadi jadi, lalu kami membawa diri ke Ujong Batu, Utan Aji untuk menjalankan aktiviti mengail (memancing) ikan. Tali air menjadi sasaran kami, lebih 10 orang menyertai aktiviti ini dan kawasan tali air ini bagaikan pesta pancing anjuran kami. Alhamdulillah, banyak juga hasil kami pada hari ini, lebih 20 ekor ikan darat seperti haruan dan puyu berjaya dijinakkan.

    Keterangan Gambar: Amirul Kassin bersama anak ikan haruan yang berjaya dijinakkan.



    Jom Mengail @ Utan Aji, originally uploaded by adam.roslan.
  • Buah tangan dari Langkawi

    Sepanjang tiga hari disana, kami ada misi yang sangat besar. Idham Qamil yang mula berjinak jinak dengan hobi mengisap cigar dan paip, telah memborong pelbagai peralatan dan cerut untuk stok pada masa hadapan. Kami telah singgah ke beberapa buah kedai seperti Cuban Cigar dan KV Tobacco untuk membeli paip, cerut dan tembakau. Farid sudah mula menunjukkan minat untuk menceburi bidang ini dengan membeli peralatan dan tembakau serta paip terpakai milik Idham Qamil. Hobi baru ini menjadi satu kejutan kepada kami semua kerana sebelum ini di sekolah, Idham Qamil langsung tidak pernah merokok.

    Keterangan gambar: Susunan stok tembakau dan cerut yang dibeli oleh saudara Idham Qamil yang dianggarkan bernilai RM500.



    Buah tangan dari Langkawi, originally uploaded by adam.roslan.