≡ Menu

Why I Like it Longer

Kita sebagai manusia akan meminta sesuatu yang lebih. Tidak kiralah dari segi makanan, wang saku, atau gajet. Dalam kehidupan seharian, ada sahaja yang tak kena sekiranya apa yang kita hendakkan itu tidak dicapai atau ditunaikan. Teringat masa kecil dahulu, kita akan meronta-ronta sekiranya kita ternampak satu alat permainan yang menarik di pasar malam. Tidak kira, di pasar malam itu jugalah kita akan menangis dan meraung untuk mendapatkan ‘trak mainan gergasi’ itu. Harapnya, dengan menagis dan meraung, ibu bapa kita akan belikan untuk kita. Sudah suratan, akhirnya kita akan dibelikan kehendak kita itu walaupun pada masa itu, sekecil itu pemikiran langsung tidak digunakan.

Bila besar sikit, mulalah simpan harapan dan cita-cita untuk menjadi seseorang. Menjadi seorang yang berjaya. Belajar tak mahu, tapi markah peperiksaan nak gempak. Begitulah kita. Semuanya sama. Usaha tiada, tapi mahu kejayaan segera. Jiwa dah mula jadi remaja, mulalah perangai remajanya. Kawan dibelikan basikal BMX sempena nombor satu dalam tingkatan, kita nak jugak walau dapat nombor terkebelakang. Kalau kawan ada motor EX5 kita akan nak lebih, Yamaha 125Z mungkin. Bila dah berkereta, orang lain nak naik saja Satria standard, kita nak modified, letak Mivec — lagi laju katanya. Takmau kalah!

Hari ini, semua terjebak dengan kecanggihan teknologi — telefon bimbit, pemain musik, permainan digital, komputer riba dan sebagainya, kita sememangnya tak mau kalah dan nak sentiasa menang. Ahmad ada iPhone, Amirul mahu iPhone 3Gs. Memang tak boleh kalah. Itu halnya. Bagi saya, melebihi orang lain adalah satu yang dibolehkan sekiranya kita mampu. Tapi di sini saya tahu, telefon bimbit pintar LG Chocolate BL40 ini telah menambat hatiku. Lekas, transformasikan telefon pendek ini kepada yang lebih ‘panjang’ agar saya akan suka kepada sesuatu yang ‘panjang’! Lebih = Panjang!

***

LG Chocolate kini kembali, tapi dengan versi yang lebih panjang! LG Chocolate atau nama saintifiknya, LG Chocolate BL40 adalah inovasi terbaru daripada pengeluar telefon bimbit Korea ini. Dengan rekabentuk yang unik dan panjang untuk menyesuaikan skrin lebar bersaiz 4 inci. Dilengkapi dengan kamera 5 megapiksel ini turut disediakan dengan fungsi skrin sesentuh sepenuhnya sepadan dengan nilai ekslusif bagi siri LG S-Class yang menyediakan 3D mesra-jari, respon pantas dan akses mudah. Sesungguhnya LG Chocolate ini akan memnberikan pengalaman melayari internet, menyemak emel atau membuat tempahan tiket wayang secara mobility dengan ekslusif.

Dengan harga permulaan pada RM2199, Nuffnang menawarkan telefon ini kepada 3 penulis blog yang menulis ‘Why I Like it Longer‘ secara kreatif! Untuk menyertainya cukup mudah, tulis satu entri berkaitan telefon LG Chocolate BL40 ini, hantar URL atau permalink kepada whyilikeitlonger@nuffnang.com sebelum 14 Februari 2010!

P/S: Alahai, posting ini sebenarnya nak masuk bertanding juga, tapi masih kekeringan idea. Boleh cuba lain kali kot!

Other articles you might like;

8 comments… add one

Leave a Comment