≡ Menu

Keputusan AJL 24 2010 dan Kekecohannya

Hi. Rata-rata blog hiburan tanah air malam ini menyenaraikan senarai penuh pemenang Anugerah Juara Lagu 2010 (AJL 24). Bagi memeriahkan suasana, di sini Adam turut menyenaraikan empat pemenang yang sememangnya layak untuk memenangi anugerah tersebut berdasarkan kebolehan mereka.

Vokal Terbaik – Black Mentor (Aku Rindu Sayang Kamu)

Tempat Ketiga – Faizal Tahir (Bencinta)

Naib Juara Lagu – Yuna (Dan Sebenarnya)

Juara Lagu ke-24 – Aizat (Pergi)

Namun kemenangan ini bukanlah persoalannya, tetapi akan sedikit kekecohan yang berlaku di pintu masuk Arena & Hotlink Zone pada sebelum dan semasa majlis berlangsung. Adam berada di tempat kejadian dimana suasana menjadi kecoh apabila gate utama ditutup dan lebih 500 peminat yang mempunyai pas masuk tidak dapat masuk ke dalam Stadium Putra. Keadaan menjadi tegang apabila berlaku tikam lidah antara pengawal keselamatan dan peminat yang beratur untuk masuk sejak 6 petang. Adam yang juga tidak dapat masuk akhirnya pulang dengan tangan kosong dan hanya mendengar siaran Hot FM sepanjang perjalanan dari Kompleks Sukan Bukit Jalil ke Melaka. Harapnya, pihak bertanggungjawab dapat mengenalpasti punca masalah dan semoga kejadian seperti ini tidak akan berulang.

Other articles you might like;

8 comments… add one
  • aman January 11, 2010, 1:35 am

    pergh. rugi tul. asal management dia tak bape betol ker? hoho~

    • Adam January 11, 2010, 1:41 am

      Rugi masa dan perjalanan ke sana. Tak dapat nak tuding jari kepada siapa sebab semasa gate tutup, ramai lagi yang menunggu. Nasib Polis ada disana, kalau tidak boleh bawak bergaduh.

  • beliamuda January 11, 2010, 7:25 am

    macam mana la boleh jadi macam tu. sepatutnya tak patut la kan. dengan ada pas masuk semua tuh.

    • Adam January 11, 2010, 1:43 pm

      Sepatutnya begitu. Kita cuba mintak penjelasan orang atasan. Hampa betul bila kami semua tak dapat masuk. Ada yang datang jauh dari Johor tapi kena pulang sahaja.

  • Bieer January 11, 2010, 10:41 am

    Itulaaa Adam lain kali ikot geng umah Lendu wat Jora Lagu sendiri kt Jetty lg puas. Suma yg masok adlh pemenang cuma kena byr srng RM++ jelah……

    • Adam January 11, 2010, 1:55 pm

      Okay, kita atur balik ke Jetty. Lagu apa mau?

  • aliaa January 11, 2010, 11:32 am

    pas masuk tu yang kena bayar ke? penatnye menunggu kalau macam ni.

    • Adam January 11, 2010, 1:56 pm

      Pas diberikan percuma oleh seorang VIP. Sekali nak cuba masuk majlis anugerah, pengalaman pertama. Tapi, bila dah kali pertama, begini pula jadinya.

Leave a Comment