≡ Menu

Fuel Pump, RM600

Harini kita akan belajar satu istilah automotif iaitu pam minyak atau ‘fuel pump’. Kegunaan ‘fuel pump’ ini ialah untuk menyedut minyak dari tangki simpanan petrol ke enjin. Selain daripada itu, alat ini berfungsi sebagai pelampung untuk menentukan takat petrol. Fuel pump ini biasanya diletakkan bersama tangki minyak di bawah seat belakang. Kerja untuk menukarkan alat ini tidaklah terlalu susah seperti yang dibayangkan. Apa yang diperlukan ialah satu set ‘fuel pump’ yang baru berharga RM550 dan alatan tangan yang sesuai. RM550 adalah jenama OD untuk Proton Waja dan barang baik daripada Proton Edar ialah RM899.


Anda hanya perlu menanggalkan seat belakang dan terus membuka penutup besi di bawah seat. Langsung anda akan menemui dua paip inlet dan outlet dan satu kabel elektronik. Bukak, ganti dan pasang semula. Kemudian test. Hoooray, siap!

P/S: Ok, tukar alat ini setiap 5 tahun sekali atau kereta anda akan mati di tengah jalan secara tiba-tiba selepas anda pulang berjimba bersama teman teman dari bandar. Menurut Mat Wan (seorang mekanik hebat dari Subang Jaya), masalah biasa Proton Waja ialah fuel pump dan starter.
P/S/S: Sehari sebelum itu dah membazirkan sejumlah wang untuk menukar lampu belakang, caranya mudah. Tunggu lampu belakang anda dihempas pagar dan biarkan ianya pecah. Pergi ke kedai aksesori kereta dan dapatkan lampu baru. Smoked lamp habis stok, standard lamp RM98 dan di Proton Edar ialah RM230. Fikirla pasai apa orang pakai hok local. Terima kasih Malaysia.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3