Blog

  • Clean and Clear Top Models

    Clean & Clear Malaysia menganjurkan — The CLEAN & CLEAR “Top Best Friends Models” dimana pencarian 15 pasangan di Hong Kong, Taiwan, Singapore, Malaysia, Indonesia, Vietnam, dan Philippines. Pemenang dari setiap negara akan memenangi SG$5000.00 dan trip pelancongan ke Singapura disamping berpeluang menghadiri latihan model secara professional dan menjadi finalis pertandingan akhir di Singapura.

    Cara untuk sertai pertandingan ini cukup mudah. Anda hanya perlu DAFTAR, UPLOAD GAMBAR dan UNDI. Anda boleh klik URL ini untuk maklumat lanjut :)

    ***

    Saya dapat tahu ada beberapa orang wakil daripada batch saya yang sertainya, jadi apa salahnya kalau kita support mereka. Klik link di bawah untuk vote. Kalau ada yang terbaru, saya akan update.

    1) Nurasyikin Alfian & Natrah Ahmad

    2) Maruxa Lomoljo & Mimi Rani

    3) Aisha Mohamed & Rina Sarah

    4) Sharmeen Mint & Shahirah Zulkifly

    P/S: Saya tak tau tiba tiba datang semangat apa nak buat posting ni. Vote lah untuk mereka ;)

  • Gangguan Streamyx di SMW4

    Telekom Malaysia Berhad (TM) wishes to announce that its consortium members have detected a cable fault on the South East Asia – Middle East – Western Europe 4 (SMW4) cable network along the Colombo – Mumbai segment that links Malaysia to Europe. The consortium will be carrying out repair works on site on Sunday, 23 May 2010.

    During the restoration process, there may be some interruption to the traffic to Europe carried through that cable. TM has taken pro-active steps to minimize disruptions by providing adequate links on other routes and coordinated with other international carriers in order to provide additional bandwidth for our customers. In order to further alleviate the situation, TM will also be diverting traffic to other networks to reduce congestion, thus, minimizing the impact to our users.

    However, despite these initiatives, customers using Internet services nationwide may experience some degree of service degradation such as slow browsing while accessing international websites. Nevertheless, customers using Virtual Private Network (VPN) and other critical business applications linked to Europe will be assured minimal degradation of service, if any.

    TM will provide necessary updates on the progress of the restoration works.

    We apologize for any inconveniences caused by this disruption, whilst at the same time, would like to assure our customers that TM is undertaking all necessary measures to ensure that customers experience minimal service interruption. via TM

    ***

    Saya sebagai pengguna TM Streamyx yang membayar setiap bulan RM88 menjadi amat terjejas atas kemalangan ini. Aktiviti di Internet terpaksa dihadkan dan perhatian terpaksa lebih ditumpukan kepada rancangan-rancangan menarik di Zee Channel 108 Astro. Semoga pihak TM dan sesiapa yang berwajib mestilah mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah ini kerana saya sudah melanggan satu akaun premium ‘kongsideras’ untuk kerja-kerja muat turun. Harap maklum.

  • Jeruk dan Nasik Kandaq

    Jeruk dan Nasik Kandaq

    Saya mulakan hujung minggu saya dengan Personal Coaching Google Adsense bersama seorang guru di Bandar Perda, Seberang Perai Pulau Pinang. Saya terdetik untuk menyertai PC ini selepas menyedari hakikat yang akaun saya hanya mampu menghasilkan pendapatan tahunan berbanding orang lain yang berjaya menjadikan program ini sebagai pendapatan harian dan bulanan. Tiga jam PC di Restoran Kapitan Bandar Perda, bersama guru yang dikenali sebagai Moshed, banyak ilmu yang saya pelajari. InsyaAllah kalau ada rezeki, dalam beberapa hari lagi akaun saya akan berbungalah. :)

    Kemudian, saya bersama rakan-rakan yang lain (trip ke Penang ini disertai oleh 5 orang) masuk ke pulau untuk bertemu saudara Jefri. Dia yang bekerja di sana sebagai Inspektor Kesihatan menanti kami di Komtar untuk membawa kami ke Chow Rasta mencari jeruk.

    Chow Rasta dikenali umum dengan peniaga-peniaga berbangsa Cina, tapi ada juga beberapa buah kedai Melayu dan kedai jeruk ini adalah salah satu. Harga jeruk di sini ialah RM5 sekilogram. Lebih 10 kilogram kami borong untuk dibawa balik ke Perlis.

    Sebelum pulang, kami ke Tajuddin Hussein yang lokasinya tidak dikenalpasti akibat jalan di negeri ini yang penuh dengan kekeliruan. Di sini saya sempat bertemu Hilmi Johan yang datang untuk bersua muka bersama saya. Kata Amran Ali (kiri), nasi ini sedap dimakan begitu sahaja kerana cukup masin dan ada aroma. Kata Irsyad (kanan), ayam masak ros dan kari sotong betul betul menambat perasaan. Selesai makan, kami segera pulang walau hati berat untuk meninggalkan pulau yang indah ini.

  • Menang iPod Touch di Machines

    Menang iPod Touch di Machines

    Saya ada satu kisah dulu. Dua tahun lepas kalau tak silap. Kenalan saya ni betul betul minat nakkan sebijik iPod Touch. Zaman tu iPod Touch harga masih mahai, tolak tambah menghampiri RM900. Saya sebagai unauthorized dealer kepada Apple ni buat la survey untuk menyedapkan hati dia. Memang takda sapa pun berani juai iPod Touch kurang daripada RM900. Hari ini kita boleh tengok, iPod Touch boleh dapat dalam sekitar RM500 dengan kondisi second hand. Itu bukan ceritanya. Saya nak maklum bahawa Machines Malaysia sedang menganjurkan pertandingan Daratkan Kapal Terbang dan anda berpeluang memenangi sebuah Apple iPod Touch 8GB percuma! Caranya mudah. Pergi ke Machines dan main game Flight Control, daratkan kapal terbang dan helikopter paling banyak. Sehingga hari ini, Abdul Rahman Yusmadi telahpun mendaratkan 106 kapal terbang.

    TOP SCORE! 106 aircraft landed. Beat Abdul Rahman Yusmadi and land more than 106 aircraft and stand a chance to win an iPod touch 8GB. Drop by any Machines outlet to play Flight Control game on the iPod touch and post up your best score. Its that easy to win an iPod touch, no purchase required. Hurry contest ends June 2010.
    Saya pun cuba jugak, 31 saja. Hahaha.
  • Kompaun Belum Dijelaskan

    Kompaun Belum Dijelaskan

    Ni satu kategori pemusnah apabila kita baru suka hati dapat duit, mai pulak surat cinta daripada Majlis Pembandaran Port Dickson mau tuntut duit. Orang tua-tua pesan kalau bab kompaun ni boleh abaikan sebab bukan kesalahan berat pun. Kalau tak salah, Bandaraya Melaka hanya kompaun RM10 untuk kesalahan salah parkir. Tapi tak sangka pulak kesalahan letak kereta atas pasir berganda-ganda. Pikiaq dulu, esok buat keputusan. Roger sana-sini mana tau boleh abai saja surat ni.

  • Pontiac Trans Am Turbo di Mata Ayer

    Pontiac Trans Am Turbo di Mata Ayer

    Tengahari, keluar ke Mata Ayer untuk ke UniMAP Kubang Gajah bagi percubaan mendapatkan tender membekal pakaian sukan sempena sukan staff UniMAP. Atas beberapa faktor dan pertimbangan semula, saya membatalkan niat untuk menyertai tender tertutup tersebut.

    Sementara menunggu jam 2, saya bercadang untuk ke Warung Pokok Sawa untuk makan tengahari. Hampa. Tutup. Semasa di Mata Ayer, ada sebuah kereta yang benar-benar menarik perhatian saya. Nah, 1981 Pontiac Trans Am Turbo (Bandit II).

    In 1976, Pontiac celebrated their 50th Anniversary, and a special edition of the Trans Am was released. Painted in black with gold accents, this was the first anniversary Trans Am package and the first production Black and Gold special edition. In 1977, Pontiac offered the T/A 6.6 Litre 400 (RPO W72) rated at 200 hp (150 kW), as opposed to the regular 6.6 Litre 400 (RPO L78) rated at 180 hp (130 kW). In addition, California and high altitude cars received the Olds 403 engine, which offered a slightly higher compression ratio and a more usable torque band than the Pontiac engines of 1977.

    Rakyat Perlis sekarang semakin menjadi-jadi. Kalau dua minggu lepas ada sebuah Hummer H3 di Kangar, hari ini dua kali selisih dengan BMW Z4, jarang-jarang ada di Perlis. Foto oleh Fahmi Khalib dan Adam R. Roslan.