Blog

  • Maklumat dan Borang Bantuan Tunai RM500 – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

    Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

    Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:

    Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)
    Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)
    Emel : belanjawan2012@treasury.gov.my
    Perkhidmatan mulai 7 Disember 2011 (Rabu)

    (more…)

  • Laman Web FAM Digodam Penggodam Indonesia

    Laman Web FAM Digodam Penggodam Indonesia

    20111218-020711.jpg

    Dendam dalam Sukan Sea 2011 belum lumat, hari ini laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam oleh penggodam yang dipercayai daripada Indonesia. Penggodam tersebut meletakkan laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) menggantikan kandungan laman web sediada FAM.
    (more…)

  • Baucar Buku Teks RM200 IPTA IPTS Mulai 1 Januari

    Baucar Buku Teks RM200 IPTA IPTS Mulai 1 Januari

    SEBAHAGIAN pelajar IPTA gembira sambil melaungkan slogan 1Malaysia selepas menerima replika cek Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM260,000,000 yang disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Putrajaya, semalam. – UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN

    Semua warga Malaysia berdaftar sebagai pelajar aktif di IPT awam (IPTA), IPT swasta (IPTS) dan politeknik serta mengikuti pengajian peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD), matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan, termasuk pelajar Tingkatan Enam, secara sepenuh masa dan separuh masa di IPT dalam negara pada 1 Januari hingga 31 Mac depan, layak mendapat baucar berkenaan.

    Bantuan itu untuk pembelian buku akademik, jurnal, majalah ilmiah serta peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. Pelajar akan menerima empat baucar bernilai RM 50 sekeping dan boleh menebus baucar itu di mana-mana kedai buku yang menyertai program tersebut namun dilarang menebus dengan wang tunai.

    Kerajaan memperuntukkan RM260 juta bagi pemberian baucar buku kepada 1.3 juta pelajar IPT seluruh negara. Sebagai ciri-ciri keselamatan, baucar RM50 setiap satu yang dicetak Percetakan Nasional Berhad itu dilengkapi beberapa ciri keselamatan seperti nombor siri, reka bentuk Guilloche cetakan terbalik serta menggunakan kertas keselamatan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata ciri keselamatan itu penting supaya tidak berlaku pemalsuan baucar oleh pihak tertentu. via Utusan Malaysia dan Berita Harian.

  • Pemegang Sarjana Muda Mahu Gaji RM 2600 Sebulan

    Dalam kaji selidik yang dijalankan oleh Portal Cari Kerja, Jobstreet.com, rata-rata responden yang memegang ijazah sarjana muda mensasarkan gaji pokok mereka ialah sekitar RM 1,800 hingaa RM 2,600 sebulan. Manakala bagi pemegang diploma, gaji yang diminta adalah sekitar RM1,200 hingga RM1,800 sebulan.

    Utusan Malaysia melaporkan, menurut kaji selidik itu, dari jumlah 1,830 lepasan universiti berkata, mereka memerlukan purata sebanyak RM700 atau lebih bagi memenuhi keperluan asas seperti perbelanjaan harian termasuk pengangkutan, makanan, sewa dan hiburan.

    ”Terdapat 29 peratus responden menolak tawaran pekerjaan kerana gaji dan manfaat ditawarkan tidak memenuhi jangkaan mereka.

    ”Realiti sebenarnya, sebanyak 54 peratus pemegang ijazah sarjana muda menerima gaji seperti yang dikehendaki manakala 35 peratus lagi kurang dari RM1,800 sebulan.

    ”Manakala sebanyak 37 peratus pemegang diploma menerima gaji kurang dari RM1,200 sebulan iaitu paras lebih rendah dari jangkaan,” katanya.

    Sementara itu, lepasan universiti tersebut berkata, sebab utama menyebabkan mereka tidak diterima bekerja adalah persaingan sengit (32 peratus) diikuti oleh kekurangan kemahiran yang diperlukan (31 peratus).
    (more…)

  • (GAMBAR) Ariff Alfian Gempar Kahwin Pasangan Gay di Dublin

    (GAMBAR) Ariff Alfian Gempar Kahwin Pasangan Gay di Dublin

    Seorang pelajar, Arif Alfian Rosli yang dipercayai hilang di Dublin hari ini mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia apabila dikhabarkan berkahwin dengan pasangan gaynya, Jonathan. Apa yang menjadi isu ialah dia lengkap berpakaian baju Melayu hitam berciuman dengan pasangannya.

    Berikut adalah gambar yang disebarkan di Internet dan keratan akhbar kehilangan Ariff Alfian yang dilaporkan Utusan Malaysia.

    20111216-210445.jpg

    20111216-210502.jpg

    20111216-210516.jpg

    (more…)

  • Miliki iPhone 4S di Apple Store Malaysia

    Miliki iPhone 4S di Apple Store Malaysia

    iPhone 4S Malaysia

    Peminat produk Apple hari ini mendapat berita gembira apabila produk terbaru Apple, iPhone 4S telah memasuki pasaran Malaysia untuk jualan. Selain membeli daripada penyedia perkhidmatan seperti Maxis, Celcom dan Digi yang menawarkan telefon pintar ini bersama pakej, anda boleh mendapatkan set iPhone 4S Unlocked yang boleh dibeli terus melalui stor Apple Malaysia.

    Harga bagi set Apple iPhone 4S ialah RM2199.00 tanpa sebarang kontrak. Jika anda berminat mendapatkan bersama plan Maxis, anda boleh membeli dengan harga RM 1450.00 dengan komitmen RM 100 sebulan.