Blog

  • Kekalahan Harimau Muda Memalukan, Kosmo Keterlaluan

    Kekalahan Harimau Muda Memalukan, Kosmo Keterlaluan

    Kekalahan Harimau Muda Memalukan, Kosmo Keterlaluan

    Kekalahan Harimau Muda semalam kepada Bahrain menimbulkan banyak persepsi positif dan negatif. Realitinya, pasukan kita masih belum bersedia untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi. Namun, tanggapan ini boleh ditolak sekiranya ada kejutan dalam baki tiga perlawanan peringkat Kumpulan C pada Februari nanti.

    Kosmo! hari ini mencetuskan ketidakpuashatian kepada penyokong Harimau Muda kerana menggunakan tajuk yang keterlaluan. Bagi peminat, mereka menerima kekalahan dengan hati terbuka dan tidak menyalahkan sepenuhnya kepada barisan pemain walaupun dari segi teknikalnya, mereka alpa.

    Menurut seorang peminat yang mahu dikenali sebagai Adi berkata, walaupun tewas Harimau Muda masih mempunyai baki tiga perlawanan dan mereka akan bangkit untuk mencari kemenangan.

  • 2 Kekalahan Harimau Muda: Jangan Leka

    2 Kekalahan Harimau Muda: Jangan Leka

    Berita gembira selepas berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea 26 2011 Jakarta-Palembang merupakan berita indah kepada semua peminat dan penonton yang baru nak kenal bola sepak Malaysia. Bagi Ultras Malaya, kejayaan ini telah membuka mata rakyat Malaysia untuk memupuk budaya cintailah bola sepak Malaysia. Pelbagai cerita manis dihamburkan kepada kejayaan mereka sehingga mereka berada di satu tahap yang maha hebat. Kemudian mulalah angan-angan besar untuk melihat skuad Olimpik bimbingan Ong Kim Swee ini untuk mara ke peringkat yang lebih besar lagi.

    Selang beberapa hari, Malaysia turun menentang Syria yang dengan harapan Harimau Muda akan sekali lagi mengulangi kejayaan mereka di Sukan Sea untuk meletakkan Malaysia dalam kedudukan terbaik untuk layak ke pusingan seterusnya. Dengan tajuk juara Sukan Sea 2011, mereka bermain bersungguh-sungguh di hadapan ribuan peminat Harimau Muda dan curva Ultras Malaya pula penuh dengan komplot berbaju hitam menteriak sebagai tanda sokongan. Tidak kurang jutaan rakyat Malaysia yang memberikan sokongan di depan kaca televisyen. Asakan demi asakan, KFCM tertewas juga. Satu gol Syria dirasakan penamat perlawanan. Tetapi kelekaan dan kesilapan kecil Muslim Ahmad merubah segalanya. Syria mendapat gol kedua melalui Nassouh Nakkdahli. Malaysia berpuas hati dengan kekalahan kedua selepas ditewaskan Jepun tempoh hari.

    Semalam, Harimau Muda sekali lagi tekad untuk bermain bersungguh-sungguh. Penyokong dan penonton tidak putus-putus memberi sokongan dengan memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil. Komplot Ultras Malaya di curva tidak putus putus memberi teriakan sokongan. Dianggarkan lebih banyak daripada perlawanan terdahulu; kerana chant mereka lebih kuat kedengaran di corong televisyen.

    Gol awal Malaysia pada minit ke-27 sebenarnya dilihat petanda baik untuk kemenangan Harimau Muda. Ditambah lagi dengan gol Mahali Jasuli pada minit ke-60 menceriakan kem Harimau Muda dan penyokong fanatik mereka. Tetapi, kesungguhan mereka dilihat pudar apabila menjelang 10 minit terakhir perlawanan mereka seolah-olah terkesima dengan permainan pantas Bahrain yang menjaringkan 3 gol dalam masa 10 minit terakhir. Paling jelas, mereka leka sehingga membolehkan Bahrain memenangi perlawanan ini.

    Kedudukan Kumpulan C: Kelayakan Olimpik London 2012Bagi membetulkan keadaan, sebagai sang juara, Harimau Muda mestilah mencipta kemenangan dalam perlawanan timbal balik menentang Bahrain pada 5 Februari, sebelum menerima kunjungan Jepun pada 22 Feb depan dan menutup aksi kumpulan dengan menentang Syria pada 14 Mac nanti. Saya fikir jurulatih OKS mempunyai masa yang cukup untuk memantapkan serangan atau memanggil pemain baru untuk diserapkan.

    P/s: Tak peduli apa orang nak kata, tak peduli walau bukan juara, kami rela mati pertahankannya, kami bangga jadi Anak Malaysia

  • (Gambar) Mini Countryman Dato Siti Nurhaliza

    (Gambar) Mini Countryman Dato Siti Nurhaliza

    Mini Cooper Countryman ialah sebuah kereta hebat dengan enjin 1.6 liter yang memberikan anda 120 kuasa kuda pada 6,000 rpm dan 160 Nm pada 4,250 rpm dengan AW 260K transmisi automatik enam kelajuan. Kereta ini akan memberikan anda top speed 182 kph dengan 0-100 kph dengan 11.6 saat.

    Mini Cooper Countryman dijual pada harga RM248,888 manakala Mini Cooper S Countryman dijual pada harga RM285,888. Mini Cooper Countryman milik Dato Siti Nurhaliza bernombor pendaftaran KCT 1 ketika dilihat di Sri Pentas.

  • TX Akhirnya

    TX Akhirnya

    TX Remaja 2011

    Alhamdulillah, penat lelah sepanjang bulan Oktober dan November terbalas akhirnya apabila rancangan Remaja TV9 yang mendapat sentuhan Jiwa Production disiarkan di TV9 pada 25 November lepas. TX merujuk kepada istilah penyiaran iaitu disiarkan keudara.

    (more…)

  • (Gambar) Kaunter Jualan Tiket Akhir Bola Sepak Sukan Sea Dibakar Penyokong Fanatik Indonesia

    (Gambar) Kaunter Jualan Tiket Akhir Bola Sepak Sukan Sea Dibakar Penyokong Fanatik Indonesia

    20111121-115101.jpg

    Tinggal beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA yang akan menemukan Malaysia dan Indonesia, peminat fanatik Indonesia lagi sekali menimbulkan kekecohan apabila mereka membakar kaunter jualan tiket akibat tidak dapat membeli tiket untuk perlawanan tersebut. Difahamkan pihak penganjur akan terus meningkatkan kawalan keselamatan menjelang malam ini.

    Skuad Harimau Muda akan dibawa masuk ke stadium menaiki kenderaan berperisai Baraccuda selepas beberapa insiden berbahaya dalam perlawanan terdahulu.

    Saksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea edisi ke 26 melalui siaran langsung yang dibawakan khas dari Stadium Glora Bung Karno, Senayan oleh TV1, TV3 dan Astro Arena.

  • Remaja EP 22 – Sepaktakraw Wanita

    Remaja EP 22 – Sepaktakraw Wanita

    20111121-112438.jpg

    Sikit jam lagi kawan kawan boleh tengok bagaimana skuad takraw wanita training di MSN Bukit Jalil sama dengan pengenalan permainan takraw dalam Remaja Episod 22 pada hari Jumaat jam 6.30 petang hanya di TV9.