
Isu pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga separuh lebih rendah iaitu RM3.5 juta pada empat tahun lalu oleh Dr Mohamad Khir Toyo hari ini memakan diri apabila bekas menteri besar Selangor itu dihukum penjara setahun.
Lot tanah dan banglo bernombor 8 dan 10 di Jalan Suasa Seksyen 7 Shah Alam itu turut dilucutkan hak dan diserahkan kepada kerajaan seperti yang diarahkan oleh Hakim Datuk Mohtarudin Baki.
Hakim Datuk Mohtarudin Baki dalam keputusannya di akhir kes pembelaan, turut mengarahkan dua lot tanah dan rumah Nombor 8 dan 10 di Jalan Suasa, Seksyen 7, di sini dilucut hak dan diserahkan kepada kerajaan.
Dr Mohamad Khir, 45, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, menerima barangan berharga tanpa balasan iaitu mendapatkan bagi dirinya dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di Nombor 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah syarikat berkenaan, Shamsuddin Hayroni, 52, dengan harga RM3.5 juta sedangkan hartanah berkenaan dibeli syarikat terbabit dengan harga RM6.5 juta pada 23 Disember 2004.
Mohtarudin berkata, mahkamah mengarahkan hartanah itu dilucut hak kerana Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997 memperuntukkan perintah pelucutan apa-apa harta oleh mahkamah dalam kesalahan yang sudah dibuktikan terhadap tertuduh.
(more…)