≡ Menu

Baucar Buku Teks RM200 IPTA IPTS Mulai 1 Januari

SEBAHAGIAN pelajar IPTA gembira sambil melaungkan slogan 1Malaysia selepas menerima replika cek Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM260,000,000 yang disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Putrajaya, semalam. – UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN

Semua warga Malaysia berdaftar sebagai pelajar aktif di IPT awam (IPTA), IPT swasta (IPTS) dan politeknik serta mengikuti pengajian peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD), matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan, termasuk pelajar Tingkatan Enam, secara sepenuh masa dan separuh masa di IPT dalam negara pada 1 Januari hingga 31 Mac depan, layak mendapat baucar berkenaan.

Bantuan itu untuk pembelian buku akademik, jurnal, majalah ilmiah serta peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. Pelajar akan menerima empat baucar bernilai RM 50 sekeping dan boleh menebus baucar itu di mana-mana kedai buku yang menyertai program tersebut namun dilarang menebus dengan wang tunai.

Kerajaan memperuntukkan RM260 juta bagi pemberian baucar buku kepada 1.3 juta pelajar IPT seluruh negara. Sebagai ciri-ciri keselamatan, baucar RM50 setiap satu yang dicetak Percetakan Nasional Berhad itu dilengkapi beberapa ciri keselamatan seperti nombor siri, reka bentuk Guilloche cetakan terbalik serta menggunakan kertas keselamatan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata ciri keselamatan itu penting supaya tidak berlaku pemalsuan baucar oleh pihak tertentu. via Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Other articles you might like;

1 comment… add one

Leave a Comment