≡ Menu

Maklumat dan Borang Bantuan Tunai RM500 – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:

Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)
Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)
Emel : belanjawan2012@treasury.gov.my
Perkhidmatan mulai 7 Disember 2011 (Rabu)

Alamat Surat Menyurat
Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)

Maklumat lanjut berkenaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ini boleh didapati daripada pautan Kementerian Kewangan Malaysia atau muat turun (download) Borang Permohonan BR1M secara percuma di pautan ini.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment