≡ Menu

Laman Web FAM Digodam Penggodam Indonesia

20111218-020711.jpg

Dendam dalam Sukan Sea 2011 belum lumat, hari ini laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam oleh penggodam yang dipercayai daripada Indonesia. Penggodam tersebut meletakkan laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) menggantikan kandungan laman web sediada FAM.

Belum ada kenyataan rasmi daripada pihak FAM berhubung kejadian ini. Liga bola sepak Malaysia mula hangat menjelang sepak mula Liga Malaysia dan Liga Super 2012 dengan perlawanan persahabatan antara pasukan yang bertanding. Perlawanan Piala Emas Raja Raja sudahpun sampai ke peringkat separuh akhir. Perlawanan antara Perlis dan Pahang berkesudahan seri 1-1. Dan perlawanan antara Kedah dan Melaka dibatalkan bagi memberi laluan kepada perlawanan ulangan Pulau Pinang dan Kedah pada 20 Disember ini.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3