Blog

  • (VIDEO) Altimet & Mirwana – Itu Ini Begitu Begini

    Altimet muncul dengan lagu terbaru bersama Mirwana dengan lagu bertajuk Itu Ini Begitu Begini. Lagu ditulis oleh Akmal Mirwana dan lirik ditulis bersama oleh Akmal Mirwana dan Altimet. Altimet dalam kenyataannya di laman Facebook memuji kehebatan Mirwana selain gembira dapat bekerjasama dalam menyiapkan lagu ini.

  • Beli Mafla Brigate Gialloblu 2011 Sekarang

    Beli Mafla Brigate Gialloblu 2011 Sekarang

    20111216-103340.jpg

    Kepada komrad-komrad Ultras Perlis atau Brigate Gialloblu yang berminat mendapatkan Mafla Brigate Giallloblu versi terhad, anda boleh terus mendapatkan melalui laman komuniti Brigate Gialloblu atau menghubungi Nazily Muhaimin aka COCO di talian 0175693190/0142433829.

    Bagi yang belum mendapat perkembangan terkini tentang skuad bola sepak Liga Malaysia Singa Utara, pengurusan sedang sibuk menjalankan pemilihan pemain untuk memantapkan skuad musim depan termasuk mencari pemain import. Sehingga kini, Lamin Conteh Jr sudah disahkan menyertai skuad Singa Utara.

  • Hari Tak Produktif

    Hari Tak Produktif

    20111207-025242.jpg

    Kalau ikut setiap hari Selasa gua kerja. Dengar cerita kat sana nak kena angkat banyak barang tapi itu bukan sebab gua tak ke kerja. Tapi sebab dapat telefon dari pejabt kata borang pelarasan tak lulus, gua pun jadi serabut kepala. Plan asalnya nak ke PTAR untuk diskusi gua tangguh sekejap. Dua jam sebelum tu gua dapat telefon daripada Melaka mintak stok kopi. Patutnya boleh hantar tadi petang tapi sebab gua tak pandai nak atur tahap kepentingan dalam kerja jadi gua tangguh lagi.

    Diskusi pagi dibawa ke petang dan sampai ke senja. Balik senja terus lena, dan sekarang saya fikir ntuk lena lagi. Pada masa itu, gua fikir masa depan gua dengan subjek awal pagi Khamis. Apakah masih ada peluang?

    P/s – Gua punya taman tema pun entah kemana. Kesian Snoopy!

  • (SINOPSIS) Ombak Rindu 2011

    (SINOPSIS) Ombak Rindu 2011

    (SINOPSIS) Ombak Rindu 2011

    Peminat novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari pasti tidak akan ketinggalakan melihat novel agung ini diterjemahkan dalam bentuk filem oleh Osman Ali. Saya berkesempatan menonton filem ini semalam dan akan memberikan ulasan saya dalam masa terdekat. Jika anda masih belum menonton filem hebat ini, jangan lepaskan peluang untuk menonton di pawagam berhampiran!

    Sinopsis Ombak Rindu

    Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

    (more…)

  • Senangnya Pinjam Duit!

    Senangnya Pinjam Duit!

    Senangnya Pinjam Duit

    Kalau nak ikut betul betul, gua ni bukan kategori berkira sangat. Kalau orang nak pinjam duit, gua ada duit gua hulur saja. Tapi gua rasa sesetengah manusia ni pelik jugak. Nak kata ada tulis Ah Long dekat dahi takdak pulak, senang senang nak pinjam duit.

    Ada satu kisah, kawan sekolah rendah gua, yang gua pun sebenarnya ingat nama saja telefon. Baik punya sembang, sebagai nak tamat perbualan dia nak mintak pinjam duit. Peh. Itu macam pun boleh ka. Sila telefon Ah Long Bukit Beruntung sekarang!