Najib lancar ‘1Malaysia Privilege Card’

20120808-051146.jpg

Sebagai menghargai sumbangan jasa serta bakti anggota polis dan tentera, kerajaan memperkenal satu lagi inisiatif terbaru bagi meringankan beban mereka dengan melancarkan kad ‘1Malaysia Privilege Card’ khusus buat 241,000 anggota dan pegawai kedua-dua pasukan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) itu membolehkan pemegang kad berkenaan mendapat diskaun antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira-kira 20 syarikat yang mengambil bahagian.

Beliau berkata, ia bertujuan memberi manfaat kepada warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, yang dirujuk beliau sebagai kumpulan “Wira Yang Tidak Didendang”, sebagai lanjutan kepada strategi NBOS 6, yang berkisar kepada kerjasama unik antara pelbagai jabatan serta agensi kerajaan yang diperkenalkan Malaysia, khusus untuk manfaat rakyat dan negara.

“Mudah-mudahan kad ini dapat digunakan untuk menambah lagi kuasa membeli atau ‘pendapatan boleh guna’ rakyat,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran kad itu serta portal 1Malaysia Privilege Card www.1mprivilege.my di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.

Turut hadir di majlis pelancaran itu ialah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – BERNAMA

Sumber:Najib lancar 1Malaysia Privilege Card’

Comments

12 responses to “Najib lancar ‘1Malaysia Privilege Card’”

  1. dunia sesawangku Avatar

    untung la anggota polis dan tentera :)

  2. Wanayu.com Avatar
    Wanayu.com

    Bagus gak Benda ni….

  3. AKU KAKI BLOGWALKING.. Avatar

    Alamak..utk tentera ngn polis je? aku tak dapat la..mcm mana nie..

    hoho

  4. araublogger Avatar

    derma satu sini

  5. PuteraPerlis Avatar

    Terima kasih kerana kunjungan anda.

  6. wanzi Avatar

    Bila agaknya boleh dapat satu…. Rezeki masing2.

  7. lurim Avatar

    salam ziarah kembali

  8. jayhunt Avatar

    untuk cikgu takde ke?? hihi

  9. raider150 Avatar

    terbaik ler……tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *