Blog

  • JomSocial 2.8 RC2 kini dilancar

    Selepas melancarkan JomSocial RC1 pada minggu lepas, hari ini RC2 telah dilancarkan kepada pengguna awam dengan pelbagai baikpulih yang dilaporkan oleh pengguna sedia ada dan pasukan pembangun JomSocial.

    Untuk maklumat, JomSocial 2.8 RC2 ialah terbitan terakhir untuk pengguna awam sebelum diterbitkan dalam versi penuh dalam masa terdekat.

    Pengguna Internet dan webmaster boleh memuat turun fail ini di laman forum JomSocial mereka di sini.

  • (BERGAMBAR) Langkah Pembayaran Pembaharuan Penguntukan Radas Radio Amatur Secara Online

    (BERGAMBAR) Langkah Pembayaran Pembaharuan Penguntukan Radas Radio Amatur Secara Online

    Salam. Bagi pemilik penguntukan radas radio amatur yang menerima ‘Notis Habis Tempoh Penguntukan Radas‘ dan dinasihatkan untuk memperbaharui dalam tempoh 60 hari, atau memohon untuk satu penguntukan radas baru sekiranya masih berminat untuk terus menggunakan atau mengoperasi radio walkie talkie atau stesen repeater/base.

    Sekiranya anda menggunakan spektrum tanpa penguntukan radas yang sah selepas tarikh habis tempoh peguntukan radas tersebut, anda mungkin disabitkan kesalahan menurut Seksyen 157, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh didenda tidak melebihi RM500,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

    Oleh yang demikian, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyediakan saluran pembayaran atas talian (online) bagi memudahkan pemilik untuk membuat pembayaran bagi menyambung penguntukan radas sedia ada. Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pembayaran online dengan kaedah pindahan bank atau kad kredit.

    (more…)

  • Muhyiddin adakan lawatan sehari ke Terengganu hari ini

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin tiba di sini pagi ini bagi melakukan lawatan kerja sehari ke Terengganu.

    Ketibaan beliau dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada kira-kira 8.20 pagi disambut oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said serta beberapa Exco kerajaan negeri.

    Muhyiddin dijadual mengadakan perjumpaan tertutup dengan ahli Barisan Nasional (BN) negeri di Pejabat UMNO Negeri sebelum menghadiri majlis jamuan rakyat 1Malaysia di Kampung Bahagia, Manir pada kira-kira 11 pagi.

    Pada sebelah petang, beliau dijadual mengadakan perjumpaan tertutup dengan pegawai pengurusan tertinggi dan profesional di Stadium Tertutup Gong Badak.

    Kemudiannya Timbalan Perdana Menteri akan menghadiri majlis sepetang bersama penghulu, ketua kampung, JKKK, imam dan bilal dari seluruh Terengganu di tempat yang sama sebelum berangkat pulang ke ibu negara. – BERNAMA

    Via: Muhyiddin adakan lawatan sehari ke Terengganu hari ini

  • Nicol David muncul juara tujuh kali skuasy Terbuka Dunia Wanita

    Datuk Nicol David mencatatkan kemenangan bergaya dalam perlawanan akhir kejohanan skuasy Terbuka Dunia Wanita selepas menundukkan pemain England, Laura Massaro 11-6, 11-8, 11-6 di sini, sebentar tadi.

    Kemenangan ketujuh daripada lapan perlawanan akhir yang disertainya dalam kejohanan sama seterusnya menutup mulut pengkritik yang mana sebelum ini menyifatkan kemunculan pemain lebih muda dilihat semakin merapatkan jurang dengan pemain nombor satu dunia itu. – AFP
    (more…)

  • Semak Status Kelayakan Ke Luar Negara

    Semak Status Kelayakan Ke Luar Negara

    Jika anda bercadang untuk ke luar negara dalam masa terdekat, anda perlu membuat semakan dengan Jabatan Imigresen Malaysia tentang status kebenaran ke luar negara.

    Semakan ini akan memaklumkan sekiranya anda layak mendapatkan status kemudahan Imigresen untuk permohonan dokumen perjalanan ke luar negara.
    (more…)

  • Miliki iPhone 5 pada RM999 sebelum 31 Disember

    Miliki iPhone 5 pada RM999 sebelum 31 Disember

    20121221-032417.jpg
    Maxis One Club menawarkan pengguna setia mereka untuk membeli telefon pintar generasi baru, iPhone 5 berkapasiti 16GB pada harga RM999 sahaja.

    Tawaran yang akan berakhir pada 31 Disember ini akan memberikan ahli Maxis One Club untuk memiliki gajet ini dengan harga paling rendah bersama plan data serendah RM155 sebulan. Anda juga boleh membuat belian paling rendah dengan plan iValue 3 atau iPhone 5 percuma dengan iValue 4 dengan komitmen RM375 sebulan.

    (more…)