≡ Menu

(BERGAMBAR) Langkah Pembayaran Pembaharuan Penguntukan Radas Radio Amatur Secara Online

Salam. Bagi pemilik penguntukan radas radio amatur yang menerima ‘Notis Habis Tempoh Penguntukan Radas‘ dan dinasihatkan untuk memperbaharui dalam tempoh 60 hari, atau memohon untuk satu penguntukan radas baru sekiranya masih berminat untuk terus menggunakan atau mengoperasi radio walkie talkie atau stesen repeater/base.

Sekiranya anda menggunakan spektrum tanpa penguntukan radas yang sah selepas tarikh habis tempoh peguntukan radas tersebut, anda mungkin disabitkan kesalahan menurut Seksyen 157, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh didenda tidak melebihi RM500,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

Oleh yang demikian, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyediakan saluran pembayaran atas talian (online) bagi memudahkan pemilik untuk membuat pembayaran bagi menyambung penguntukan radas sedia ada. Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pembayaran online dengan kaedah pindahan bank atau kad kredit.

1. Semak notis yang dihantar ke alamat anda, simpan ‘No. Pelanggan’ dan ‘No. Notis’ kerana akan digunakan dalam proses seterusnya,

(BERGAMBAR) Langkah Pembayaran Pembaharuan Penguntukan Radas Radio Amatur Secara Online

2. Layari SKMM ePayment Portal di wwww.epayment.skmm.gov.my kemudian klik pada butang ‘Enter’ di bawah Apparatus Assignment atau di menu. Masukkan ‘Client Number‘ dan ‘Notice No. /Application No‘ seperti yang tercatat pada notis. Sila rujuk gambar di atas.

(BERGAMBAR) Langkah Pembayaran Pembaharuan Penguntukan Radas Radio Amatur Secara Online

3. Portal akan memaparkan ‘Payment History‘ seperti yang tercatat dalam notis yang dipos. Semak Client Number, Client Name, Notice Number, dan Total. Kemudian pilih kaedah pembayaran sama ada kad kredit atau FPX/MEPS Payment dan klik Submit.

(BERGAMBAR) Langkah Pembayaran Pembaharuan Penguntukan Radas Radio Amatur Secara Online

4. Semak ‘Payment Details‘ dan pilih ‘Retail/Corporate Internet Banking‘. Bagi pembayaran ini, saya memilih Maybank2u, kemudian masukkan alamat e-mel untuk menerima resit pengesahan selepas selesai nanti.

(BERGAMBAR) Langkah Pembayaran Pembaharuan Penguntukan Radas Radio Amatur Secara Online

5. Popup windows daripada Maybank2u akan terpapar. Masukkan Username dan Password untuk akaun Maybank2u anda, kemudian teruskan dengan mohon dan masukkan nombor TAC.

(BERGAMBAR) Langkah Pembayaran Pembaharuan Penguntukan Radas Radio Amatur Secara Online

6. Proses pembayaran anda hampir selesai selepas anda mengesahkan pembayaran dengan Maybank2u. Paparan seperti ini akan dipaparkan kemudian klik ‘Click Here to Complete Your Transaction‘ atau anda akan dibawa ke laman resit rasmi dalam kiraan 30 saat.

(BERGAMBAR) Langkah Pembayaran Pembaharuan Penguntukan Radas Radio Amatur Secara Online

7. Apabila anda dibawa ke paparan seperti di bawah, proses pembaharuan anda telah berjaya. Semak dan cetak resit ini sebagai rujukan pada masa depan. Anda akan menerima pengutukan radas anda yang diperbaharui dalam masa terdekat.

(BERGAMBAR) Langkah Pembayaran Pembaharuan Penguntukan Radas Radio Amatur Secara Online

Dengan lima langkah mudah di atas, anda boleh terus berada di jaluran bersama rakan-rakan. Saya akan terus berkongsi proses penerimaan penguntukan radas yang akan dihantar kepada saya dalam masa terdekat. Salam 73.

Other articles you might like;

1 comment… add one

Leave a Comment