Maxis One Club menawarkan pengguna setia mereka untuk membeli telefon pintar generasi baru, iPhone 5 berkapasiti 16GB pada harga RM999 sahaja.
Tawaran yang akan berakhir pada 31 Disember ini akan memberikan ahli Maxis One Club untuk memiliki gajet ini dengan harga paling rendah bersama plan data serendah RM155 sebulan. Anda juga boleh membuat belian paling rendah dengan plan iValue 3 atau iPhone 5 percuma dengan iValue 4 dengan komitmen RM375 sebulan.
Ahli Maxis One Club (MOC) boleh menyemak nama mereka sama ada layak untuk membuat belian di laman rasmi Maxis. Pengguna akan menjadi ahli MOC dengan langganan sekurangnya RM150 sebulan dengan akaun semasa.
Satu peluang keemasan yang ditawarkan Maxis yang tidak boleh dilepaskan. Juga saya ada dengar cerita bahawa Maxis juga menawarkan iPhone serendah RM600 bagi plan bisnes.
Other articles you might like;