Blog

  • Nur Kasih Episod 4

    Nurkasih Episod 25

    Adam menyalahkan Nur Amina kerana Nur Amina tidak menolak pinangan dari keluarganya dahulu. Aidil masih tidak mahu memulakan tugasnya di Biro Bantuan Guaman kerana risau dengan keadaan ayahnya. Nur Amina mengejutkan Adam dari tidurnya dan memberitahu tentang pemergian Ustaz Hassan.

    Nur Kasih Episod 4 Bahagian 1

    Nur Kasih Episod 4 Bahagian 2

    Nur Kasih Episod 4 Bahagian 3

    Nur Kasih Episod 4 Bahagian 4

  • Kembara Perlis – Melaka 2009

    Kembara Perlis – Melaka 2009

    Konvoi Perlis Melaka2009

    Inilah masa yang dinantikan untuk cuti semester kali ini. Percutian dalam Jamboree ini telah lama dirancang oleh pengurusan Putra Rovers. Kami akan menyertai Jamboree Melaka Bandaraya Warisan Dunia ke-7 di Kem Pengakap Tan Chay Yan selama empat hari.

    Kontigen Perlis diwakili oleh seramai 24 peserta bersama 7 orang Kelana dan 5 orang pemimpin. Di pihak Putra Rovers, kami menghantar wakil seramai 7 orang yang diketuai oleh Amran Ali bersama anak buahnya, Adam, Hafiz, Ariff Din, Khalilah, Azie Amira dan Nu’man.

    (more…)

  • Dokumentari: Bolatendang Malaysia

    Dokumentari: Bolatendang Malaysia

    Harimau Malaya

    Salam. Belum pernah lagi Adam berbicara mengenai sukan nombor satu di Malaysia iaitu bola sepak. Memang sebelum ini ada perancangan untuk menulis berkaitan Krisis Kewangan Persatuan Bola Sepak Perlis. Akibat masa yang tidak mengizinkan, Adam tangguhkan dulu hasrat tersebut. Sepatutnya posting ini berkaitan dengan Percutian ke Melaka dan kawasan sekitarnya, namun ditangguhkan dahulu untuk posting ini. Di sini ingin Adam kongsikan sebuah dokumentari yang mengisahkan perihal bola sepak Malaysia sejak belakangan ini.

    (more…)

  • Nur Kasih Episod 3

    Nurkasih Episod 25

    Adam yang terkejut dengan hal itu membantah keputusan ayahnya kerana dia telah mempunyai pilihan hatinya sendiri. Hajjah Khadijah memujuk Adam untuk berkahwin dengan Nur Amina dan akhirnya Adam akur. Keadaan Ustaz Hassan bertambah teruk. Perkahwinan Adam dan Nur Amina diadakan dengan segera. Dalam diam, Aidil menyimpan perasaan kecewa kerana wanita idamannya kini menjadi adik iparnya.

    Nur Kasih Episod 3 Bahagian 1

    Nur Kasih Episod 3 Bahagian 2

    Nur Kasih Episod 3 Bahagian 3

    Nur Kasih Episod 3 Bahagian 4

  • Nur Kasih Episod 2

    Nurkasih Episod 2

    Aidil dan Adam tiba di kampong. Secara tidak sengaja, mereka bertemu dengan Nur Amina. Aidil telah jatuh hati sejak kali pertama melihat kecantikan wajah Nur Amina. Adam mula bosan tinggal di kampungnya dan bercadang untuk pulang semula ke Australia. Ustaz Hassan telah meminang Nur Amina untuk Adam sedangkan Nur Amina adalah pilihan hati Aidil. Nur Amina turut kecewa dengan pinangan ini kerana dia mempunyai cita – citanya sendiri dan dia telah mendapat surat biasiswa untuk meneruskan pengajiannya.

    Nur Kasih Episod 2 Bahagian 1

    Nur Kasih Episod 2 Bahagian 2

    Nur Kasih Episod 2 Bahagian 3

    Nur Kasih Episod 2 Bahagian 4

  • Radix Fried Chicken (RFC) alternatif KFC!

    Radix Fried Chicken (RFC) alternatif KFC!

    Radix Fried Chicken

    HPA Industries Sdn. Bhd melalui Radix Fried Chicken Sdn. Bhd. telah melancar Radix Fried Chicken (RFC) yang mana francais rangkaian makanan segera yang pertama milik Bumiputera Islam di Malaysia. RFC yang mula beroperasi pada 1 Jun 2008 ini kini telah mempunyai dua cawangan di Sungai Petani, Kedah dan Alor Setar, Kedah. Cawangan yang ketiga mereka akan dibuka di Kangar, tidak lama lagi.

    Berlandaskan kepada moto, “Produk Halal Tanggungjawab Bersama” prinsip tersebut menjadi asas kepada pegangan dalam setiap pengurusan dan operasi serta tatasusila syarikat dalam menjalankan perniagaan restoran makanan segera. Objektif syarikat adalah menyediakan pilihan makanan segera halal kepada umat Islam dan masyarakat secara umumnya.

    (more…)