Blog

  • Sebelas Hadiah Mesra Rakyat untuk 1Malaysia

    Sempat menyelak akhbar dalam talian Kosmo tadi. Antara banyak-banyak berita, berita inilah yang menjadi perhatian. Bersempena dengan 100 hari menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat 11 pengumuman mesra rakyat, antaranya diskaun jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah serta tabung unit amanah baru untuk rakyat semua kaum.

    Berucap pada majlis ‘100 Hari Najib Bersama Rakyat’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Perdana Menteri berkata, untuk meringankan beban pengguna kad prabayar Smart Tag dan Touch ‘n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka layak diberi diskaun 20 peratus.

    Katanya, beliau pernah diberitahu oleh seorang pengguna jalan bertol yang terpaksa membayar tol lebih kurang RM300 sebulan manakala gaji bulanannya RM3,000, yang menurut Perdana Menteri: “Orang ini hanya mendapat gaji 11 bulan sahaja setahun, kerana gaji satu bulan lagi habis dibelanjakan untuk pembayaran tol setahun.”

    “Ini (diskaun) saya percaya akan memberi kelegaan kepada rakyat terutama yang menggunakan jalan tol setiap hari,” katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh lebih 5,000 hadirin di dalam dan luar pusat konvensyen itu.

    Antara lain yang mendapat sambutan hangat yang termasuk dalam Pengumuman Najib sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri ialah:

    1. Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.
    2. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.
    3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.
    4. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.
    5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.
    6. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.
    7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.
    8. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.
    9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.
    10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.
    11. Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Nur Kasih Episod 8

    Nurkasih Episod 25

    Adam dan Katrina berkahwin. Katrina memutuskan untuk berhenti belajar kerana ayahnya tidak lagi memberi wang pembiayaan. Mereka terpaksa bekerja sambil belajar untuk menyara kehidupan mereka. Aidil telah pun menjadi seorang peguam. Aidil di minta memberi ceramah di Universiti Islam Antarabangsa dan dia bertemu dengan Nur Amina selepas beberapa tahun.

    Aidil menceritakan apa yang berlaku selepas pemergian Nur Amina dan Adam dari kampung. Nur Amina terharu dengan tindakan Aidil yang sanggup menipu untuk menjaga nama baiknya dan keluarga.

    Nur Kasih Episod 8 Bahagian 1

    Nur Kasih Episod 8 Bahagian 2

    Nur Kasih Episod 8 Bahagian 3

    Nur Kasih Episod 8 Bahagian 4

  • Tawaran Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara Sesi 2009/2010

    Tawaran Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara Sesi 2009/2010

    Posting untuk siswa dan siswi yang berminat untuk mendapatkan bantuan Biasiswa Pelajaran JPA untuk Pengajian Dalam Negera Sesi 2009/2010.

    Permohonan telah dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda untuk sesi 2009/2010 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

    (more…)

  • Lagu Artis Dangdut Terheboh

    Dalam perjalanan ke kampus dari Perlis ke Melaka. Kami sempat melayan sebuah album Dangdut sebagai pemecah keheningan sepanjang perjalanan lebih 400 km merentasi Lebuhraya Utara Selatan. Banyak yang diceritakan sepanjang perjalanan kerana saudara Aliff dijangka akan berangkat ke Amerika Syarikat pada akhir bulan ini.

    Apa yang menarik ialah lagu-lagu ini dimainkan berulang kali sepanjang perjalanan. Adalah elok jika Adam turut berkongsi untuk sesiapa yang mempunyai minat kepada lagu genre ini. Maaf, tiada sebarang muat turun dibenarkan okay!

    [audio:http://www.viere.net.my/lagu/01._Trio_Macan_-_Ketahuan.mp3]
  • Nur Kasih Episod 7

    Nurkasih Episod 25

    Adam diselamatkan oleh seorang lelaki India Muslim. Hubungan Aidil dan Aliya masih lagi tegang dan Aidil cuba berbincang dengan Aliya cara baik. Aliya menceritakan segala-gala yang didengarnya dari Sarah. Sarah yang melihat dari dalam rumah segara mencari Nur Amina dan memohon maaf. Sudah setahun Adam hilang tiada khabar. Nur Amina sering ke tali air tempat Adam dahulu. Hajjah semakin tidak sihat kerana risaukan keadaan Nur Amina.

    Nur Kasih Episod 7 Bahagian 1

    Nur Kasih Episod 7 Bahagian 2

    Nur Kasih Episod 7 Bahagian 3

    Nur Kasih Episod 7 Bahagian 4

  • Pemergian Jacko, Berhutang atau Semakin Kaya?

    Pemergian Jacko, Berhutang atau Semakin Kaya?

    JackoKisah pemergian Michael Jackson atau nama Islamnya – Mikaeel telah menggemparkan seluruh penduduk dunia. Beliau disahkan meninggal dunia sejurus selepas sampai ke sebuah hospital di Los Angeles pada pukul 2.26 petang waktu luar negara pada 25 Jun. Peminatnya di mana-mana ceruk dunia amat meratapi pemergiannya sebagai seorang idola yang terkenal dengan gelaran ‘Raja Pop’. Lagu-lagu cipataannya menjadi siulan di bibir peminatnya.

    Kisah kematiannya menjadi lebih panas apabila beberapa kisah menarik terpacul di dada akhbar sejak beberapa hari lepas seperti doktor peribadinya ditahan akibat dipercayai memberi dos yang berlebihan, cara pengkebumian Mikael dan kisah lelongan barangan peribadinya.

    Petikan daripada Mingguan Malaysia pada 28 Jun 2009 berkata,

    LOS ANGELES 27 Jun – Michael Jackson dilaporkan mempunyai hutang berjumlah AS$400 juta (RM1.4 bilion), namun kematiannya mungkin menjana pendapatan yang lebih besar kepada penyanyi itu berbanding semasa beliau masih hidup.

    Peguam studio rakaman Hit Factory, yang merakamkan album ‘Thriller’ penyanyi itu, Jerry Reisman berkata, kematian Jackson meninggalkan persoalan tentang empayar kewangannya yang merangkumi muzik, pegangan saham 50 peratus dalam koleksi lagu-lagu kumpulan Beatles serta kutipan hasil lelongan barangan milik peribadinya.

    Katanya, rumah agam Jackson di ladang ternak Neverland dianggarkan bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.5 bilion), sementara pegangan saham 50 peratus dalam syarikat Penerbitan Muzik Sony/ATV bernilai kira-kira AS$2 bilion (RM7 bilion). – AP

    Sudah pasti ramai akan mengambil kesempatan ini untuk menjual barangan-barangan memorial Michael Jackson untuk para peminatnya. Beberapa laman blog tempatan turut menyarankan agar mengambil peluang ini untuk meraih pendapatan dengan mendagangkan barangan kenangan Michael Jackson seperti koleksi CD/DVD dan gambar Michael Jackson atau The Jackson 5.

    Jackson meninggal pada usia 50 tahun, meninggalkan 3 orang anak, Michael Joseph Jackson, Jr., Paris Michael Katherine Jackson dan Prince “Blanket” Michael Jackson II.

    Sumber: KISH-Online