≡ Menu

Kembara Perlis – Melaka 2009

Konvoi Perlis Melaka2009

Inilah masa yang dinantikan untuk cuti semester kali ini. Percutian dalam Jamboree ini telah lama dirancang oleh pengurusan Putra Rovers. Kami akan menyertai Jamboree Melaka Bandaraya Warisan Dunia ke-7 di Kem Pengakap Tan Chay Yan selama empat hari.

Kontigen Perlis diwakili oleh seramai 24 peserta bersama 7 orang Kelana dan 5 orang pemimpin. Di pihak Putra Rovers, kami menghantar wakil seramai 7 orang yang diketuai oleh Amran Ali bersama anak buahnya, Adam, Hafiz, Ariff Din, Khalilah, Azie Amira dan Nu’man.

Pemergian kami ke Melaka dengan sebuah Naza Ria KBM 2646 pada 30 Mei 2009 jam 10 malam. Berbekalkan wang sumbangan peserta sebanyak RM100 setiap seorang, kami telah berjaya memenuhkan tangki minyak untuk kembara jauh merentas dari utara tanah air menuju ke selatan tanah air melalui Lebuhraya Utara Selatan.img_65191

Ketibaan kami di Kem Tan Chay Yan pada jam 8.30 pagi telah disambut oleh ribuan peserta jambori kali ini. Dianggarkan jumlah mereka ialah sekitar 3000 termasuk dari negara seberang, Indonesia, Singapura dan Bangladesh. Setibanya kami di sana, upacara raptai perasmian sedang berlangsung dan kemudiannya upacara perasmian dilangsungkan tepat jam 9.45 pagi oleh Ketua Pengakap Malaysia.

Selesai perasmian, kami ke tapak perkhemahan untuk memasang khemah dan menyediakan arena untuk Putra Rovers. Sehingga petang, kami berada di tapak perkhemahan negeri Perlis dan bersama peserta yang sedang berehat setelah penat menjalankan aktiviti. Amran, Ariff, Khalilah dan Azie dijemput untuk memeriahkan Malam Pengakap bersama Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri bersama Pesuruhjaya Negeri Perlis, En. Ho Thean Sung bersama Pemimpin yang lain.

Di kesempatan ini telah membawa Adam, Hafiz dan Nu’man ke Jonker Walk. Sebelum itu, kami terlebih dahulu makan-makan di Restoran Pok Tek. Mengidam Otak-otak Melaka katanya, lalu kami memesan 2 bakul untuk memberi saudara Nu’man peluang untuk mencuba buat kali pertama. Tiada apa yang menarik kepada ‘orang Melaka’ di Jonker Walk, tapi bagi Nu’man itu adalah sesuatu yang mengujakan. Banyak barangan yang unik dijual di situ. Malamnya, pulang ke tapak perkhemahan dan bersedia untuk santuari. Akibat keletihan, semua tertidur.

img_6714

Hari kedua. Mereka yang lain sibuk menjalankan aktiviti. Kami membeli beberapa batang buluh untuk dijadikan gadjet. Hasilnya, sebuah para dan tripod berjaya didirikan. Tripod sebagai tiang pagar dan tempat bendera negeri ditegakkan. Pada petangnya Adam dan Nu’man dipelawa untuk menyertai Majlis Minum Petang Kontigen Negeri Selangor. Hanya acara minum petang yang biasa, kami telah ke sana. Malamnya kami ke Majlis Indaba bersama barisan pemimpin.

Hanya beberapa ketika selepas majlis dimulakan kami beransur meninggalkan majlis. Bukan apa, masih belum serasi dengan jiwa muda kami. Lagipun, Adam telah mula terasa pening sejak majlis bermula kerana kesejukan akibat hujan dipagi hari. Juga mungkin kerana Adam hanya menjamah sekeping roti canai di pagi hari. Kami terpecah, ada yang ke Malam Kebudayaan, ada yang melepak di Gerai Makan dan ada juga yang pulang ke tapak kem. Kemudian kami berpakat untuk keluar makan. Tanpa sebarang halangan, kami menuju ke Pantai Puteri untuk makan-makan di sana. Makan besar juga mereka di sana. Tidak lupa juga Otak-otak Melaka untuk dihidangkan kepada rakan-rakan yang belum pernah mencuba. Pulangnya, hujan rintik-rintik membasahi tapak kem sehingga jam 5.

Putra Rovers di Gunung Ledang

Hari ketiga. Peserta Jambori dibawa ke WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya untuk aktiviti lawatan jambori. Kata mereka ke Sogo dan Masjid Putra. Lain pula bagi kami. Kami tidak ke Sogo tetapi kami terus ke utara Johor iaitu ke kaki Gunung Ledang di Tangkak, Johor. Kami memasang niat untuk mencuba kesejukan air terjun Hutan Lipur Sagil. Selepas selesai bermandi manda kami ke Muar. Memasang angan untuk makan Mi Bandung Muar di pinggiran Sungai Muara. Hasrat kami tercapai, kami memesan empat pinggan Mi Bandung Muar dan sebakul Otak-otak Kempas. Menu kami tidak lekang dengan otak-otak sepanjang kami di sini. Sejurus selesai makan, kami bergerak pulang ke tapak kem dengan niat untuk menyaksikan Persembahan Kebudayaan Kontigen Negeri Perlis.

Tapi hampa, persediaan mereka selama beberapa hari ini sia-sia kerana negeri Perlis tidak tersenarai dalam senarai persembahan. Kami mengambil alih suasana dengan mengadakan sesi perkenalan dan permainan teka teki. Untuk menggembirakan mereka, kami bersama ke Arena untuk menyaksikan persembahan. Lewat malam, persembahan tamat. Kemudian, hujan lebat mulai turun membasahi tanah kontang bumi Melaka. Hujan lebat selama dua jam telah menjadikan tapak kem Perlis ditakungi air. Longkang dan laluan air segera dibina untuk tujuan mengalihkan air ke laluan yang sebetulnya.

Akibat keletihan melampau sejak petang dan bekerja keras dalam hujan kami mulai kelaparan. Nu’man segera memainkan peranan untuk menjadi tukang masak mi segera untuk kontigen kami. Selesai makan, Adam dan Nu’man ke Dewan Serbaguna untuk mencari tempat berteduh kerana Arena PR telah dibasahi hujan dan kotoran.

Esoknya, merupakan hari terakhir para peserta jambori di sini. Pada awal pagi diadakan aktiviti Pelancaran Roket. Berbekalkan kemahiran yang ada, Kontigen Perlis berjaya menjuarai aktiviti tersebut setelah menewaskan kontigen Kedah.

Kami hanya menghabiskan masa di tapak kem bersama peserta dari kontigen Negeri Perlis. Malamnya akan diadakan Majlis Penutup dan lewat petang sudah ada beberapa kontigen yang bersiap untuk pulang. Hairannya, kotigen Selangor lebih awal meninggalkan tapak kem. Jauh betul perjalanan mereka.

Pada sebelah malam, hanya selepas perasmian penutup dijalankan hujan turun dengan lebat. Belum sempat kontigen untuk menyampaikan persembahan sempena Malam Penutup. Kira-kira jam 10, persembahan disambung di Dewan Terbuka. Walaupun tidak semeriah di Arena, namun majlis tetap berlangsung dengan rancak dengan sokongan para penonton.

Sehingga malam kami berkawal dan berkumpul di Arena Kontigen Perlis untuk berbual dan bertukar pendapat bersama peserta dan guru pengiring. Kami juga berkawal untuk memastikan tiada penceroboh masuk ke kawan kem. Awal pagi, kami berkemas untuk memulakan perjalanan pulang ke Kangar.

dalam perjalanan pulang, kami singgah ke Kepong untuk ke Ibu Pejabat Zonice Rovers kerana sauda Amran ingin memborong pakaian pengakap dan lencana Anugerah B.P. Ini adalah kali pertama kami ke sini dan kami juga dapat bertemu dengan saudara Jalil. Akhirnya kami berjaya mendapatkan Kad Aktiviti Kelana 2009!

Putra Rovers di Cameron Highlands

Rancangan asal untuk pulang ke Kangar ditangguhkan apabila kami bersepakat untuk ke Cameron Highlands. Alang-alang nak sampai, elok juga panjat ke atas. Alasannya mahu pekena teh tarik di atas Cameron Highlands. Perjalanan ke puncak tidak meletihkan kerana ada saja topik yang dibincangkan. Lama juga masa yang diambil untuk ke puncak. Jam 4 kami tiba ke puncak di Brinchang. Kami ke ladang teh dan ke Pasar Malam di Brinchang. Membeli cenderahati untuk keluarga di Kangar.

Jam 7, kami mulai turun ke bawah melalui jalan Simpang Pulai. Banyak juga godaan sebelum sampai di bawah. Di tengah perjalanan kami dikejutkan dengan lori 16 tayar yang tayarnya meletup. Alhamdulillah, dengan berhati-hati kami selamat sampai ke bawah.

Jam 9, kami singgah ke Ipoh untuk makan mala, dan seterusnya bergerak ke Kangar dan selamat tiba pada jam 12 malam.

Penyertaan Adam dalam jambori ini dilihat sebagai satu yang memenuhkan masa terluang kerana masing-masing kami di Putra Rovers hanya mahu ‘enjoy’ dalam menyertai aktiviti ini. Nu’man yang pertama kali menyertai jambori pengakap sudah pasti mempunyai tanggapan yang berbeza dengan istilah jambori. Mungkin kerana jambori kali ini kurang menjadi dalam beberapa aspek. Antaranya dari segi aktiviti yang dianjurkan, fasiliti dan kemudahan di tapak kem dan beberapa faktor lain yang perlu diperbetulkan dan dimantapkan sebelum penganjuran Jambori Selangor 2010 nanti.

Other articles you might like;

9 comments… add one
  • azam June 9, 2009, 3:33 pm

    pergh pengakap ada lagi ka

  • Viere June 9, 2009, 3:42 pm

    Derek sampai time majlis perasmian.. hahaha.. johor dulu pun mcm tu.

  • Adam June 9, 2009, 11:27 pm

    azam: pergh pengakap ada lagi ka

    Aha. Ada-ada. Bukan takat kanak-kanak saja, orang yang pure scout 80-an pun ada lagi. Di Perlis saja penglibatan Pengakap tak berapa nampak. Tapi kalau sapa perasan, akan nampak kelibat Pesuruhjaya Pengakakap Negeri, Mr. Ho akan berada di sekitar JPN Perlis dan Kangar meronda-ronda. :)

    Kita yang belia ni masih lagi boleh sertai Pengakap melalui Pengakap Kelana. Di Perlis, Pengakap Kelana Putra ialah krew ulung yang menjayakan misi Pengakap Kelana. Boleh check di http://www.putrarovers.com untuk maklumat lanjut.

  • Adam June 9, 2009, 11:28 pm

    Viere: Derek sampai time majlis perasmian.. hahaha.. johor dulu pun mcm tu.

    Haha. Nak buat gena, dah jadi trademark Putra Rovers la kot. Tapi kali ni awai sikit sebab setibanya kami di sana majlis raptai sedang berlangsung. Dan kami tidak terlepas untuk memeriahkan Majlis Perasmian.

  • haritz June 10, 2009, 12:15 pm

    Pengakap masa sekolah rendah je

    “Akela kita buat habis baik”

  • Adam June 10, 2009, 12:56 pm

    haritz: Pengakap masa sekolah rendah je “Akela kita buat habis baik”

    Betul ka statement ni? Atau “Aku pengakap masa sekolah rendah je”.

    Kalau ikut statement di atas, salah la sebab Pengakap ada 3 peringkat iaitu Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda dan Remaja, dan Pengakap Kelana untuk 17 hingga 40.

    YDP Agong adalah Penaung di Raja Persekutuan Pengakap Malaysia.

  • Thanks for posting, I’ll definitely be subscribing to your blog.

  • loq June 12, 2009, 2:56 am

    tempat camp tu selalu aku join,,,
    oit g melake tak cakap ye??

  • Adam June 18, 2009, 5:12 pm

    loq: tempat camp tu selalu aku join,,,
    oit g melake tak cakap ye??

    Ouh, bila join? Aku datang pun dengan rakan. Kenapa tak join?

Leave a Comment