HPA Industries Sdn. Bhd melalui Radix Fried Chicken Sdn. Bhd. telah melancar Radix Fried Chicken (RFC) yang mana francais rangkaian makanan segera yang pertama milik Bumiputera Islam di Malaysia. RFC yang mula beroperasi pada 1 Jun 2008 ini kini telah mempunyai dua cawangan di Sungai Petani, Kedah dan Alor Setar, Kedah. Cawangan yang ketiga mereka akan dibuka di Kangar, tidak lama lagi.
Berlandaskan kepada moto, “Produk Halal Tanggungjawab Bersama” prinsip tersebut menjadi asas kepada pegangan dalam setiap pengurusan dan operasi serta tatasusila syarikat dalam menjalankan perniagaan restoran makanan segera. Objektif syarikat adalah menyediakan pilihan makanan segera halal kepada umat Islam dan masyarakat secara umumnya.
Seperti rangkaian makanan segera yang lain, RFC menawarkan pelbagai variasi makanan yang berasaskan makanan ala barat antaranya;
- Ayam goreng
Ayam yang digoreng dari sejuk beku terus ke dalam minyak sayuran yang bermutu tinggi dengan suhu mengikut piawaian keselamatan makanan. - Bun
Roti yang segar dihantar terus dari kilang untuk memastikan mutu dan kualiti berada dalam keadaan selamat. - Mashed Potatoes & Gravy
Mempunyai citarasa yang berbeza daripada pesaing yang mana lebih lembut dan berkrim, berempah serta lebih halus. - Coleslaw
Sayur-sayuran yang dicampurkan bersama mayonis sesuai bagi mereka yang menggemari makanan ala barat dan sangat enak dimakan bersama ayam goreng organik. - Mix Salad
Berupaya memberi peluang kepada sesiapa yang merancang program diet. Mix Salad adalah hasil daripada campuran Salad, tomato dan sayuran segar sesuai untuk mereka yang vegetarian. Kehebatan Mix Salad dapat menyumbang kepada faktor kesihatan dengan memberi tenaga, karbohidrat, protein dan garam.
Untuk mempelbagaikan lagi variasi pilihan makanan, mereka memperkenalkan Rosties atau nugget pada harga RM 3.80 untuk 5 ketul, Rice Delight atau nasi ayam pada harga RM8.95 dan juga Herb Burger dari harga serendah RM5.35. Untuk minuman, anda boleh memilih sama ada Radix Kola, Jus Jambu, atau Coklat Ais.
Pendapat peribadi Adam, Adam amat menyokong usaha HPA Industries untuk membina rangkaian makanan segera berlandaskan Islam di Malaysia sebagai alternatif kepada ayam goreng KFC. Adam sendiri telah merasai kehebatan ayam goreng RFC ini. Ayamnya agak besar berbanding ayam KFC, mungkin kerana ayam organik yang dibela dengan teknologi tinggi lebih berisi. Paling menyelerakan ialah Sos Cili dan Sos Thai yang terasa kepedasan yang menyelerakan. Mungkin sama dengan Sos Ladas atau Sos Life oleh KFC dan Kimball.
Rasanya tak rugi kalau mencuba dan merasai kehebatan ramuan herba yang diperkenalkan oleh Tn. Hj. Ismail bin Ahmad ini. Untuk maklumat lanjut berkaitan Radix Fried Chicken, anda boleh ke laman web rasmi mereka atau ke laman web HPA Industries.
Other articles you might like;
aku ader nampak ari balik kg tp belum try lg
Oh, boleh cuba… Sokong produk buatan Malaysia ;) Malaysia Boleh!
ni baru betul……..produk sendiri lagi best. Aku dah lama boikot KFC dan McD..nmn mampukah aku boikot selamanya? mampu kot dengan adanya RFC
tahniah radix kerana maju setapak lagi. bila RFC nak sampai kolumpo nih?
Hari tu makan Kaizer (org melayu punyer) tak sedap.. uhuks!
kalau dah ada alternatif untuk produk macam ni, lebih baik kalau kita sokong..
Kangar RFC ka? Bkn Radix Chicken House ka? Ia berlainan konsep.. Dan Radix Chicken House dah bukak di Jelempok, Arau Perlis.
aku pon ade post entri pasal RFC nih…
kita memang wajib support produk dari org Islam
Syukurlah dah ada pesaing KFC atas nama
bumiputera pulak tu.
Aku ngan famili memang selalu makan KFC.
Harap2 RFC akan muncul di Klang tenpat aku
tinggal sekang ni. :)
bagus HPA nie, mak aku ahli HPA produk yang di keluarkan semua bagus2…
Dah buka pun dkt kangar tu.. Bukan RFC.. Tapi Radix Chicken House.. Berbeza entiti dengan RFC.. Silap maklumat kot
InsyaAllah, kalau niat kita kerana Allah :)
Kuala Lumpur dah berada dalam waiting list. Tunggulah ketibaan RFC nanti ;)
Walaupun Kaizer bukan milik HPA, tapi ini merupakan satu usaha untuk memajukan perniagaan Melayu. Kalau kita tak tolong bangsa sendiri, siapa lagi? Jadi, mari kita sama-sama sokong produk tempatan untuk kesejahteraan bersama.
100% setuju. Dulu semua orang mintak alternatif, sekarang sudah ada. Jadi, beralihlah!
Saya akan buat follow-up dan pembetulan nanti beserta gambar. InsyaAllah.
Okayh! Backlink! Backlink!
Niat untuk tolong bangsa sendiri, dan tidak bergantung kepada pengaruh Amerika.
Semoga persaingan sihat terus berlaku. Dengar kata, area Lembah Klang dah masuk dalam waiting list untuk pembukaan cawangan. Kena tunggu sedikit masa lagi. HPA juga ada mencari rakan kongsi untuk membuka francais. Modal 1.5 juta.
menarik. barulah mkan tanpa was2 !
Jom Radix! ;)
Semoga dapat dibuka dibanyak lagi tempat
Hari tu tak sempat restoren , masa pergi SP
haram lapaq ayam goreng aih… dajeh
Balik Kangaq lekaih. Ataupun beli Ayam, goreng di sana. Boleh ka?
adam dah penah p ka..tp kalau nk waktu sempoi.p sebelom waktu 12:30, sbb kalau cawangan alor setar nk kena beratur ngan bdk2 insaniah lg..mmg panjang laa que dia..lg satu lepas insyak mmg sesak la..dengan pak imam baru balik masjid bawak jemaah suma makan..pengalaman aku sket masa keja kt HPA Al-Wahida Marketing, Jejawi, Perlis, Sangat best…
tahniah RFC.belum cuba lagi tapi insyaallah akan cuba jugak satu hari nanti.tak sabar nak tunggu RFC bukak cawangan di Senawang/ Seremban ni…..
psl apa rfc seriab tutup
doakan rfc ni bkembang dgn cepat ke stiap daerah
mohon RFC buka lebih banyak cawangan di tengah tengah Kuala Lumpur ini… ini sebagai usaha alternatif kepada restoran yang menyumbang dana kepada Israel.. insyallah… dapat banyak sambutan..