Blog

  • Nur Kasih Episod 1

    Nurkasih Episod 1

    Mengisahkan kehidupan Ustaz Hassan Albasheer dan Hajjah Khadijah mempunyai dua orang anak lelaki yang berbeza perwatakan dan pemikiran. Aidil merupakan abang kepada Adam seorang yang lemah lembut,bersopan dan peganggan agama yang tinggi. Adam pula seorang yang kasar, hidupnya juga dipengaruhi budaya barat. Aidil dan Adam diminta pulang oleh ibunya kerana ayah mereka sedang tenat.

    Nur Kasih Episod 1 Bahagian 1

    Nur Kasih Episod 1 Bahagian 2

    Nur Kasih Episod 1 Bahagian 3

    Nur Kasih Episod 1 Bahagian 4

  • Kempen Twitter Merdeka 2009

    Mohd Ismail melalui laman blognya di www.mohdismail.net telah melancarkan Kempen Twitter Merdeka 2009. Tujuan penganjuran kempen ini adalah untuk menjadikan kata kunci ‘Merdeka’ sebagai satu perkataan yang popular di Twitter sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia, Ogos 2009 nanti. Sila baca petikan Mohd Ismail yang berikut;

    Idea aku begini, pada sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 tahun ini, kita semua pengguna Twitter di’Malaysia laungkan Merdeka! dengan matlamat menjadikan perkataan ‘merdeka’ menjadi topik terhangat sekurang-kurangnya 24 jam.

    Maka, sepanjang hari pada 31 Ogos 2009, pengguna Twitter di’seluruh dunia akan dapat melihat satu perkataan Melayu yang sangat bermakna menjadi bualan hangat.

    Dengan tujuan itu, Sejuk melalui laman blognya di sejuk.viere.net.my telah memulakan kempen dengan mencipta badge kempen ini. Bagi yang berminat untuk meletakkan badge ini di laman web anda, anda boleh memuat-turun pek Badge Kempen Twitter Merdeka 2009 oleh Sejuk di sini atau melalui posting rasmi beliau di sini. Terima kasih kepada Sejuk untuk badge yang cool ini!

    (more…)

  • Adam, Fikirlah!

    Adam, Fikirlah!

    Geng Senyum

    Ketika sedang mengemas cakera keras luaran tadi, Adam melihat semula gambar yang diambil di hadapan Seri Pentas Bandar Utama. Adam dan mereka; Nur, Ima, Fatin dan Azza ke sana untuk tujuan kajian akademik berkaitan program Remaja. Selanjutnya tunggu selepas ini. Ada posting khusus untuk mereka-mereka ini kot ;) Eh. Hanna tiada dalam gambar. Adam jeling siapa?

    (more…)

  • Lima Tanda si Dia Bosan dengan Anda

    Ketika dalam sesi kiriman pesanan melalui Yahoo! Messenger bersama seorang rakan, kami berbincang tentang tajuk 5 Tanda si Dia Bosan dengan Anda. Rasanya tajuk ini agak menarik jadi Adam kongsikan di sini. Mungkin selepas ini bercita-cita untuk terus berbicara mengenai Cinta?

    #1 Tanda si Dia Bosan dengan Anda

    Apabila anda cuba untuk menghubunginya melalui kemudahan SMS atau telefon, si Dia akan mengambil masa yang amat panjang untuk membuat balasan atau menjawab panggilan anda. Sekiranya dia membalas, anda pasti akan terasa hampa atau marah dengan jawapannya yang ringkas dan sedikit pun tidak menyakinkan anda seperti “Ok” atau sekadar “K” kepada soalan anda. Rasionalnya, dia mungkin benar-benar sibuk atau cuba untuk mengalihkan tumpuan anda kepadanya. Walau sesibuk mana, apakah perlu menunjukkan bahawa diri anda terlalu sibuk sehingga timbul syak wasangka bahawa anda sebenarnya buat-buat sibuk?

    (more…)

  • Zambry sah Menteri Besar Perak

    Zambry sah Menteri Besar Perak

    11 Plan Masa Cuti

    Posting pantas untuk hujung minggu ini. Dah seminggu rasanya Adam berada di Perlis selepas minggu lepas ke Shah Alam untuk menghantar Hawa untuk Program Persediaan Bahasa di Intec Shah Alam, Selangor.

    Apa program menarik sepanjang minggu ini dan minggu depan? Banyak perancangan juga sebenarnya. Mengemas rumah yang dinaik taraf, menguruskan hal-hal kesetiausahaan Putra Rovers, menguruskan hal pentadbiran Reflector Studio. Haih, hati dok sedih sendirian takdak sapa nak teman ni. Apa cerita? Dalam kesibukan pun boleh terasa kesunyian lagi kah?

    1. Malam esok dijangka ke Stadium Utama Negeri Perlis untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Super Perlis menentang Terengganu. Siaran langsung di TV1 juga ada. Alternatif nak jimat duit ialah tengok bola di TV sahaja.
    2. Petang Ahad dijadualkan Mensyuarat Agung Putra Rovers akan diadakan di Bilik Mensyuarat Majlis Belia Malaysia Negeri Perlis. Dimulakan sekitar jam 2.00 petang dan bakal dirasmikan oleh Dato’ Amran bin Ali (dibaca Amran bin Ali) selaku penasihat Putra Rovers.
    3. Malamnya, diwara-warakan bahawa Konvoi Mesra Kangar – Ulu Lenggong dengan 3 buah kereta. Aktiviti mandi ayer panas dan makan malam di sana. Orang ramai dijemput hadir.
    4. Dijadualkan ke Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Perlis untuk urusan cenderahati Kontigen Negeri Perlis ke Jambori Ke-7 Melaka Bandaraya Bersejarah 2009 pada hujung bulan ini. Ada perancangan dan tindakan untuk memeriahkan kontigen Perlis.
    5. 29 Mei dijadualkan bertolak ke Melaka untuk menyertai Jambori Ke-7 Melaka Bandaraya Bersejarah 2009 sehingga 3 Jun 2009.
    6. Kenduri Kak Nani di Taman Jali pada 4 Jun 2009.
    7. Urusan untuk menunaikan cek bernilai Ringgit Malaysia Lapan Ratus Lima Puluh Sahaja belum selesai. Di jangka diselesaikan pada awal bulan Januari. Dah 3 bulan cek tak cash. Burn baru tau. Haha.
    8. Meninjau harga Canon 50mm f1.8 di Cathay Kangar, dia offer RM350 untuk set lensa baru. Abang Long kata di Kuala Lumpur harganya RM420 akibat kenaikan harga pasaran. Kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi saya untuk tempahan. Tempahan terhad.
    9. Plet Rebet RH5775 terjatuh ketika sedang memecut laju di dalam bandar Kangar. Hilang. Terpaksa menggunakan plet standard. Dah tak rempit ;(
    10. Jika anda sedang mencari hosting untuk blog anda, saya menawarkan anda Pakej Blog-in-a-Box bernilai RM88. Anda boleh mulakan blog .COM anda pada harga RM88 setahun. Maklumat lanjut boleh hubungi saya atau ke www.rs.com.my!
    11. Eh, tunggu entri Tribute to Jitut & Dieya tau!

    Cukup entri setakat ini. Juga tahniah kepada Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang sah menjadi MB Perak. Apakah permainan jenis ini? Teruk kan politik. Kepada anak muda, belajarlah rajin-rajin agar suatu hari nanti adik-adik dapat menjadi pengganti kepada barisan pemimpin yang sedia ada ini. Jangan terlalu ikutkan nafsu — Samseng Jalananlah jadinya.

  • Celcom Perkenal School of X

    Baru-baru ini Celcom Malaysia telah memperkenalkan plan prabayar terbaru mereka — School of X (atau SOX) bagi menyaingi pesaing terdekat mereka Maxis Telecommunication yang memperkenalkan Hotlink Youth Club (HYC). School of X ini merupakan plan prabayar yang pertama di Malaysia yang menjadikan pelajar berumur 12 hingga 18 sebagai sasaran produk ini.

    Pelanggan SOX ditawarkan kadar panggilan 10 sen per minit dan 0.5 sen per SMS kepada lapan nombor pilihan mereka melalui fungsi ‘8PAX’ dan kadar 1 sen per SMS kepada semua pelanggan Celcom dan 6 sen per SMS ke rangkaian lain. Bagi panggilan ke nombor Celcom, mereka akan dikenakan cas 15 sen per minit.

    Panggilan video pula dicas pada kadar 15 sen per minit dalam rangkaian Celcom dan 30 sen untuk panggilan ke nombor di luar rangkaian Celcom. Khidmat Pesanan Multimedia atau MMS pula dicas pada kadar 20 sen per MMS.

    Pek permulaan School of X ini dijual pada harga RM10 dan mereka yang menambah nilai semasa pembelian akan dihadiahkan RM10 semasa pengaktifan.

    Pelan ini dijangka akan menjadi pesaing terdekat kepada Maxis Youth Club dengan tawaran kadar panggilan yang lebih murah. Tapi perlu diingat, hanya mereka yang berumur 12 hingga 18 tahun sahaja dibenarkan mendaftar. Kepada golongan remaja, mereka masih boleh membeli Plan University of X yang menawarkan kadar harga 10 sen per minit yang lebih menjimatkan daripada pelan Hotlink Youth Club.