
Salam. Belum pernah lagi Adam berbicara mengenai sukan nombor satu di Malaysia iaitu bola sepak. Memang sebelum ini ada perancangan untuk menulis berkaitan Krisis Kewangan Persatuan Bola Sepak Perlis. Akibat masa yang tidak mengizinkan, Adam tangguhkan dulu hasrat tersebut. Sepatutnya posting ini berkaitan dengan Percutian ke Melaka dan kawasan sekitarnya, namun ditangguhkan dahulu untuk posting ini. Di sini ingin Adam kongsikan sebuah dokumentari yang mengisahkan perihal bola sepak Malaysia sejak belakangan ini.
Banyak isu yang dikupas dari pelbagai aspek antaranya kerajaan, FAM, pasukan, jurulatih, pemain dan penyokong pasukan tersebut. Belum ada yang pernah membuat rangkuman yang sehebat ini, jadi tontonlah. Kita semakin sedar bahawa Liga Super di Malaysia semakin malap. Sebagai sebuah liga bola sepak bertaraf professional, sepatutnya kualiti bola sepak di Malaysia setanding dengan liga-liga professional yang lain. Tidak perlu dibandingkan dengan Liga Perdana Inggeris, cukup dengan Liga J di Jepun atau Liga S di Singapura. Bagaimana cara pihak bertanggungjawab membangunkan bola sepak daripada akar umbi.
Larangan pemain import dalam aksi Liga Super 2009/2010 sama sekali telah menjunamkan prestasi pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Super. Untuk makluman, Liga Super Malaysia adalah satu-satunya liga bolasepak professional yang melarang pasukan mengambil pasukan import untuk bermain bersama mereka. Memang ada yang mengakui kelebihan untuk tidak mengambil pemain import, tetapi kelemahannya tetap ada. Contohnya, tiada pertukaran ‘skills’ antara pemain tempatan. Umpama mereka bermain secara syok sendiri tanpa mendapat tunjuk ajar daripada mereka yang sudah lebih berpengalaman seperti pemain import. Pasukan Liga Super Kedah umpamanya, yang telah menggondol tiga piala sekaligus pada musim lepas, kini tenggelam timbul di persada bola sepak Liga Super. Apa puncanya? Mungkin akibat terlalu kepada pemain-pemain import ini.

Leave a Reply