SINOPSIS
Apa yang akan terjadi bila mangsa dan pemburu sama-sama terperangkap di atas kapal percutian mewah? Dua orang gadis pisau cukur, Bella dan Intan, bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi! Temui “PISAU CUKUR” di pawagam 2009.
Assalamualaikum WBT. Sebelum artikel ini ditulis, Adam sempat berborak dengan seorang rakan yang baru pulang menonton Pisau Cukur arahan Bernard Chauly ini. Dia bagi 4/5 kepada jalan cerita yang sebenarnya sesuai untuk menghilangkan tension dan bergelak tawa. Kali ini bukan untuk mengkritik jalan cerita, tapi sekadar ingin berkongsi teknikal filem ini.
Semasa menonton filem Papadom dua minggu lepas, seperti biasa akan ditayangkan beberapa trailer filem yang akan muncul di pawagam. Pisau Cukur adalah salah satu daripadanya. Daripada pandangan kali pertama, sungguh mengasyikkan. Banyak pula duit produser tempatan yang sanggup berbelanja untuk mendapatkan sebuah kapal pelayaran mewah sebagai lokasi penggambaran!
Dengar-dengar, mereka tidak pun menggunakan Star Cruise yang dicanang-canangkan. Menurut laman web rasmi Pisau Cukur, www.pisaucukur.com.my, mereka hanya menggunakan set penggambaran yang diubahsuai mengikut kesesuaian babak.
- Dek Kapal: Kolam renang Astaria Apartment, Ampang
- Acara Tarian Ballroom: Federal hotel, KL
- Peti Ais Kapal: Tingkat bawah tanah pejabat Red Communications.
- Business Centre & Library: Bilik pejabat Red Communications, Petaling Jaya.
- Koridor dan bilik tidur kapal: Le Paris Hotel & Costa Rica Apartments, Port Dickson
- Lobi kapal: Sheraton Hotel, Subang Jaya
- Jeti: Laguna Park, Pulau Indah, Port Klang.
Untuk babak lain, mereka menggunakan teknik greenscreen atau chroma key yang mana menggunakan layar hijau dan digantikan dengan gambar/latar melalui komputer. Yang selebihnya, mereka berlakon di dalam studio semata.
Jom, tengok beberapa gambar di set penggambaran dan bandingkan dengan kejayaan mereka mengaburi mata penonton. Dari trailer, nampak berjaya kan! Tahniah, Malaysia sudah maju dalam teknologi CGI.
Info menarik yang juga mahu dikongsi bersama ialah penggambaran hanya mengambil masa selama 25 hari (358 jam) bermula pada 8 Oktober. Dengan 450 shots dan 2,060 takes untuk filem 1 jam 45 minit ini menggunakan 2, 729.79 GB ruangan hard disk untuk simpanan footage sebelum disunting. Tempoh suntingan filem ini ialah 11 minggu dan 3 bulan untuk teknik grafik CGI. Nah, saksikan trailer!
Other articles you might like;
awek cun melecun edisi picau cukur.. :P
bijak juga guna CGI n tempat2 lain nak ganti cruise yang besar + mahal tu.. still, tgk nnt masuk DVD je la..
.-= beliamuda´s last blog ..Perlukah Saya Memiliki Akaun Facebook? =-.
whoaaa
best x?
ada yang ckp best
@yeirkif. Rakan saya yang menonton cakap seronok dan enjoy sebab filem ini santai dan tak perlukan para penonton berfikir. Saya sendiri takut nak mencuba untuk tonton di pawagam takut kecewa. Saranan rakan saya, boleh tengok tetapi mestilah dengan santai. Jangan asyik untuk mengkaji filem macam saya. Haha.