Sepanjang tiga hari disana, kami ada misi yang sangat besar. Idham Qamil yang mula berjinak jinak dengan hobi mengisap cigar dan paip, telah memborong pelbagai peralatan dan cerut untuk stok pada masa hadapan. Kami telah singgah ke beberapa buah kedai seperti Cuban Cigar dan KV Tobacco untuk membeli paip, cerut dan tembakau. Farid sudah mula menunjukkan minat untuk menceburi bidang ini dengan membeli peralatan dan tembakau serta paip terpakai milik Idham Qamil. Hobi baru ini menjadi satu kejutan kepada kami semua kerana sebelum ini di sekolah, Idham Qamil langsung tidak pernah merokok.
Keterangan gambar: Susunan stok tembakau dan cerut yang dibeli oleh saudara Idham Qamil yang dianggarkan bernilai RM500.
Other articles you might like;
nice one… tapi rasa kedai tuh nama cuban attitude… tapi saya mmg rekemen kv tobacco sebab owner dia mr.saw mmg pipe ngan cigar smoker..so dia banyak info…banding dengan cuban attitude yang pekerjanya bebudak pompan yang tak amik pusing pasal cigar….
.-= mrgbum´s last blog ..Ashraf & Azura : Portraiture =-.
Hi Mr. Gbum. Selamat datang.
Terima kasih atas pembetulan, Cyban Attitude ya. Saya pun sekali pandang saja nama kedai tu sebab saya bukan peminat pipe dan cigar.
Haha. Betul, Mr. Saw itu sendiri rekomen yang mana terbaik, yang mana sesuai untuk rakan saya itu. :)