≡ Menu

Kemalangan Jiwa di Padang Pauh

Padang Pauh – Sebuah kereta Proton Iswara yang merempuh laju sebuah bas sekolah telah mengakibatkan kemalangan maut di persimpangan Alor Sena di sini. Kemalangan yang berlaku pada jam 1.00 petang ketika orang ramai selesai mengerjakan solat Jumaat mengakibatkan pemandu bersama tiga penumpang yang lain mengalami kemalangan jiwa di tempat kejadian. YAB Dato’ Radzi Sheikh Ahmad segera ke tempat kejadian untuk meninjau tempat kemalangan dan menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa.

Lagi berita dari laman web Berita Harian, dipetik:

Pengantin baru antara 4 maut dalam nahas kereta-bas

KANGAR: Seorang pengantin lelaki yang baru empat jam bernikah adalah antara empat orang yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan pertembungan sebuah kereta dan bas di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Zull Aznam Harun, berkata pengantin yang terbunuh dalam kejadian pada 1.05 tengah hari itu dikenali sebagai Mohd Ariff Abdul Kadir, 23, seorang jurutera.

Turut terbunuh ialah ibu bapa Mohd Ariff iaitu Abdul Kadir Awang, 53, dan Aspah Osman, 58 serta seorang jurugambar, Mohd Farhan Musa, 18, yang juga rakan Mohd Ariff.

Katanya, semua mangsa yang menetap di Taman Melati Indah dekat sini sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit, Kedah.

Mereka terbunuh di tempat kejadian manakala 27 penumpang serta pemandu bas yang datang dari arah bertentangan menghala Kangar tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zull Aznam berkata, tayar kereta yang dipandu Abdul Kadir, seorang pesara pembantu makmal Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra itu, dipercayai pancit menyebabkan kenderaan yang sedang menghala arah Beseri itu tidak dapat dikawal lalu bertembung dengan bas pesiaran yang membawa pelancong dari Selangor itu.

“Kami masih menyiasat punca kejadian. Pemandu bas itu juga telah direkodkan kenyataannya,” katanya semasa ditemui di rumah mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi rumah mayat hospital itu apabila dibanjiri ratusan sanak saudara mangsa manakala di rumah mangsa di Taman Melati Indah turut dipenuhi orang ramai.

Kerja gotong royong untuk mendirikan khemah kenduri untuk majlis perkahwinan Mohd Ariff dan pasangannya, Teh Hafifah Shahirah Abdul Hamid, 23, dibatalkan.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Perlis, Jamsari Jamaluddin, yang juga jiran kepada mangsa berkata semua mangsa sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit dan majlis kenduri perkahwinan Mohd Ariff dijadualkan Ahad ini. – Bernama

Sumber: Pengantin Pengantin baru antara 4 maut dalam nahas kereta-bas

Other articles you might like;

2 comments… add one
  • ikram December 11, 2009, 8:13 pm

    Al fatihah buat Keluarga En. Kadir dan Mohd Farhan Musa

  • Azim December 11, 2009, 8:47 pm

    Aku on the way gi keje, then tibe2 ade orang ramai berkumpul.Rupa2nya tgk kemalangan tu la.Dasat sngt.
    Kereta memang hancur aa..Kalau tgk pun, memang mcm takde harapan dah ada orang ble survive..

    Junior aku kat MRSM Langkawi rasanya..

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3