≡ Menu

Bihun Sup & Pomen Moto

Harini merupakan hari kedua negeri Perlis dilanda hujan lebat. Kalau semalam tiada apa yang berlaku, hari ini palung air di rumah mengalami sedikit kerosakan. Namun, sawah di belakang rumah pasti akan menjerit kegembiraan apabila mereka mendapat air dan menyimpan sedikit air di dalam tanah liat berbanding tanah yang kering dan merekah beberapa hari sebelum ini.

Peristiwa hujan lebat berakhir sekitar jam empat selepas selesai membuat sedikit kerja-kerja DIY di rumah dan Bugis mengajak makan petang (dibaca makan tengahari) di Mami. Mami ialah port lepak anak muda termasuk saya semasa zaman sekolah menengah hingga sekarang. Memandangkan sejak balik ke Kangar saya sekali pun tidak menjengah Mami dan Mak Ngah serta Pak Ngah di kedai, saya terus bergegas ke sana mendapatkan Bugis.

Apa yang menjadi favourite di kedai ini ialah ais kacang dan bihun supnya. Murah dan sedap, itulah yang menggambarkan segala-galanya. Tapi versi bihun sup di sini ialah bihun sup putih dan bukannya bihun sup kuning yang biasa kita makan di sekitar Kuala Perlis. Bihun sup daripada kategori ini sangat berbeza dengan apa yang ada di Kuala Perlis dan berbeza sangat dengan Bihun Sup Ayam Fatin Corner. Saya akan review bihun sup itu kemudian. Total, RM 3.50.

Selepas makan, kami ke Arau untuk berjumpa Anuar IT Services bagi mendapatkan upah kerja. Juga sempat ke C-Mart Arau Mall, tapi tiada gambar untuk tatapan anda. Menarik. Satu arus perubahan yang dibawa oleh Chin Hin Jitra.

Setibanya di rumah, saya menggunakan kepakaran yang ada untuk mengubah clutch LC135 dengan memutar skru di handle bar. Mari saya ajar bagaimana untuk mengubah clutch dari clutch panjang ke clutch pendek.

Apa yang perlu ialah ubah skru dengan playar dan ketatkan sehingga anda mencapai takat yang diinginkan. Sekian.

Other articles you might like;

1 comment… add one
  • Viere May 14, 2010, 12:52 am

    kot nak ajak pi mami. hahaha

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3

Next post:

Previous post: