Blog

  • Kenapa Harga Emas September Jatuh Mendadak?

    Kenapa Harga Emas September Jatuh Mendadak?

    Sejak minggu lepas, para pemerhati dan pelabur logam emas mengalami satu kejutan apabila harga emas di pasaran dunia jatuh secara mendadak. Rakan rakan turut mengajukan soalan yang sama dan pengukuhan nilai dolar AS antara punca penyusutan hampir 20 peratus

    Berita Harian hari ini melaporkan dalam kolum Ekonomi bahawa aliran kenaikan jangka panjang emas terhenti selepas mencapai kemuncaknya tiga minggu lalu dengan kejatuhan hampir 20 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada 6 September lalu.

    Kontrak semasa emas semalam terus mengalami penyusutan dengan kejatuhan 5.8 peratus kepada AS$1,561.69 seauns kejatuhan harian terbesar sejak Oktober 2008. (more…)

  • Isu Hantu Bonceng: Apa Kata Ahmad Idham?

    Isu Hantu Bonceng: Apa Kata Ahmad Idham?

    Dalam reviu saya tentang filem Hantu Bonceng, ramai yang memberi pandangan masing-masing. Ada yang menyokong, malahan ada yang membangkang. Seorang rakan online, Marikh Azahari secara peribadi telah memberi pandangan beliau kepada pengarah Hantu Bonceng, Ahmad Idham Ahmad Nadzri (profail Facebook) tentang pegangannya tentang filem yang sedikit kontroversi ini.

    Isu Hantu Bonceng: Apa Kata Ahmad Idham?

    (more…)

  • Apple 60W MagSafe Power Adapter, RM299

    Apple 60W MagSafe Power Adapter, RM299

    Apple 60W MagSafe Power Adapter, RM299

    Kalau sebelum ini bateri Macbook kesayangan buat hal, sejak beberapa hari lepas saya mengalami satu lagi masalah untuk mengecas bateri Macbook ini selepas MagSafe iaitu adapter kuasanya rosak. Puncanya ialah pin yang mengalirkan tenaga elektrik untuk dicas tidak tersentuh dengan pin di Macbook.

    Seorang pengguna di forum Lowyat mencadangkan agar pin tersebut ditekan dengan pencungkil gigi agar spring didalamnya menolak pin tersebut keluar. Namun, cadangan ini tidak berjaya dan penyelesaian lain ialah memberi MagSafe Power Adapter ini di Machines yang berharga RM299.00.

    Selain daripada itu, anda boleh menggunakan khidmat Wei di forum Lowyat dengan menukar pengecas MagSafe yang berharga RM100.

  • Tamat Hotlink Youth Club, kini Hotlink Extra dengan 33 sen seminit 7 sen SMS

    Tamat Hotlink Youth Club, kini Hotlink Extra dengan 33 sen seminit 7 sen SMS

    Kejutan daripada Maxis! Tak pasti sejak bila, plan Hotlink Youth Club saya ditamatkan dan secara automatik ‘menikmati’ plan baru Hotlink Extra dengan kadar 33 sen seminit untuk minit pertama dan 25 sen untuk minit seterusnya; 7 sen SMS; dan 12 sen seminit dan 1 sen SMS bagi nombor Active10.

    Untuk makluman, pengguna yang melanggan plan Hotlink Youth Club selama 4 tahun secara automatik akan dipindahkan kepada plan baru ini. Dan tiada lagi pendaftaran untuk Hotlink Youth Club dibenarkan dan yang sedia ada masih dikekalkan.

    Saya dimaklumkan caj harga untuk panggilan adalah berdasarkan blok 60 saat. Terharu! Jadi untuk soalan diatas, saya mempunyai kira-kira 90 minit masa berbual sebelum menghabiskan kredit RM5.

  • 10 Tabiat Mudah Menabung

    10 Tabiat Mudah Menabung

    Sisipan 1Klassiffieds Berita Harian 16 September berkongsi sepuluh tabiat mudah menabung. Diharapkan tips ini memberi kita idea bagaimana menjadi pengguna yang bijak melalui amalan menabung.

    1. Berhenti merokok
    Katakan sekotak rokok ialah RM10. Jika seminggu anda menghisap dua kotak rokok, bermakna anda telah jimat RM20 seminggu.

    2. Bawa bekal makanan ke tempat kerja
    Sehari RM6, didarab dengan 5 hari bekerja anda sudahpun jimat RM30.

    3. Cuci kereta sendiri
    Selain sebagai riadah bersama keluarga, anda dapat menjimatkan caj cuci kereta RM10-RM15 sekali cuci.

    4. Beriadah di rumah
    Menjadi tabiat sesetengah orang kita yang berdaftar di gym dan kelab kesihatan untuk bersenam. Anda boleh beriadah di rumah bersama keluarga sebagai alternatif.
    (more…)

  • Myvi SE 1.5 dan Myvi Extreme 1.5 Dilancar, Harga RM 50,900 hingga RM 61,700

    Myvi SE 1.5 dan Myvi Extreme 1.5 Dilancar, Harga RM 50,900 hingga RM 61,700

    Myvi SE 1.5 dan Myvi Extreme 1.5 Dilancar, Harga RM 50,900 hingga RM 61,700
    Sejak melancarkan Perodua Myvi Lagi Best pada beberapa bulan lepas, hari ini penantian untuk Myvi SE dan Myvi Extreme berakhir apabila dilancarkan pada 15 September. Didatangkan dengan enjin kapasiti 1.5 liter DVVT, DOHC dengan EFI, dipacu oleh 3Sz-VE Chain Drive; automatik dan manual dengan empat variasi. Harga bermula RM50,900 untuk SE manual dan RM61,700 untuk Myvi Extreme automatik.

    Apa yang membezakan Myvi SE dan Myvi Extreme ialah dari segi paparan luaran yang mengenakan spoiler, bumper depan dan belakang yang unik. Selain daripada itu, stereng dibalut kulit dan dilengkapi dengan butang kawalan audio, sistem multimedia dengan panduan navigasi GPS, dan pemain multimedia dengan skrin sesentuh 6″.

    Myvi SE 1.5 didatangkan dalam lima warna Majestic Yellow, Ivory White, Mystical Purple, Ebony Black, dan Glittering Silver. Manakana Myvi Extreme 1.5 didatangkan dengan tiga warna Majestic Yellow, Ivory White dan Ebony Black.

    Muat turun brosur Myvi SE 1.5 dan Myvi Extreme 1.5 untuk maklumat terperinci atau hubungi Saiful Azwan +6.017.430.6787 (Perodua Perlis) atau hubungi pengedar berhampiran anda.