Sejak melancarkan Perodua Myvi Lagi Best pada beberapa bulan lepas, hari ini penantian untuk Myvi SE dan Myvi Extreme berakhir apabila dilancarkan pada 15 September. Didatangkan dengan enjin kapasiti 1.5 liter DVVT, DOHC dengan EFI, dipacu oleh 3Sz-VE Chain Drive; automatik dan manual dengan empat variasi. Harga bermula RM50,900 untuk SE manual dan RM61,700 untuk Myvi Extreme automatik.
Apa yang membezakan Myvi SE dan Myvi Extreme ialah dari segi paparan luaran yang mengenakan spoiler, bumper depan dan belakang yang unik. Selain daripada itu, stereng dibalut kulit dan dilengkapi dengan butang kawalan audio, sistem multimedia dengan panduan navigasi GPS, dan pemain multimedia dengan skrin sesentuh 6″.
Myvi SE 1.5 didatangkan dalam lima warna Majestic Yellow, Ivory White, Mystical Purple, Ebony Black, dan Glittering Silver. Manakana Myvi Extreme 1.5 didatangkan dengan tiga warna Majestic Yellow, Ivory White dan Ebony Black.
Muat turun brosur Myvi SE 1.5 dan Myvi Extreme 1.5 untuk maklumat terperinci atau hubungi Saiful Azwan +6.017.430.6787 (Perodua Perlis) atau hubungi pengedar berhampiran anda.
Other articles you might like;
perghhh, kalah harga saga aku..10 ribu lebih tuuu..
Entri terkini titan: Cek ke 4 dari Churpchurp
yang RM50 900 tu siap GPS tak?
RM61 000 tu 2.0 ke?huhu :p
Entri terkini Pacifista: Highlight Bonus Pacifista
Mahal biarlah berkualiti
Entri terkini Ahmad Hati: Link Download Hantu Bonceng
wohooo..like design die yg sporty..
mcm yg lama lg cantik je..huu