Sisipan 1Klassiffieds Berita Harian 16 September berkongsi sepuluh tabiat mudah menabung. Diharapkan tips ini memberi kita idea bagaimana menjadi pengguna yang bijak melalui amalan menabung.
1. Berhenti merokok
Katakan sekotak rokok ialah RM10. Jika seminggu anda menghisap dua kotak rokok, bermakna anda telah jimat RM20 seminggu.
2. Bawa bekal makanan ke tempat kerja
Sehari RM6, didarab dengan 5 hari bekerja anda sudahpun jimat RM30.
3. Cuci kereta sendiri
Selain sebagai riadah bersama keluarga, anda dapat menjimatkan caj cuci kereta RM10-RM15 sekali cuci.
4. Beriadah di rumah
Menjadi tabiat sesetengah orang kita yang berdaftar di gym dan kelab kesihatan untuk bersenam. Anda boleh beriadah di rumah bersama keluarga sebagai alternatif.
5. Bayar bil kad kredit pada masanya
Elakkan caj faedah atau denda lewat dengan membayar bil kad kredit pada masanya.
6. Ajar anak anda sendiri
Habiskan masa berkualiti bersama anak anak dengan menjadi guru tuisyen kepada mereka.
7. Lepak di gerai Mamak berbanding restoran
Ubah gaya hidup dengan melepak di gerai Mamak berbanding ke restoran makanan segera seperti Starbucks, McDonalds atau KFC yang makanannya mahal.
8. Kurangkan penggunaan elektrik
Elakkan pembaziran dengan menghadkan penggunaan penghawa dingin dan matikan alat elektrik yang tidak digunakan.
9. Rancang pembelian barangan dapur
Ikut senarai beli belah untuk elak membeli barangan yang tidak diperlukan
10. Bayar bil dengan perbankan Internet
Gunakan perbankan Internet untuk membayar bil dan anda dapat menjimatkan belanja petrol ke pejabat pos atau TM Point.
Other articles you might like;
berhenti merokok wajib dilaksanakn bkn saja utk jimat duit tp jimat kadar kematian..xde faedah nye merokok..jd sila berhenti..sekian~
Haha. Setuju sangat. Kita sebagai perokok pasif ni pun akan terasa kesannya.
tau xpe..xsuke2!pegi mana2 pon org merokok skrg..rimas betul..
takpe,kawin je dengan orang tak hisap rokok.confirm tak rimas punya :)
Entri terkini Pacifista: Highlight Bonus Pacifista
semua tabiat tu memang patut dipraktikkan, especially berhenti merokok tu
Entri terkini SS: 8 Reasons Kenapa Perlu Like Theme Thesis
bayar semua bil atau ansuran tepat pada masa atau melebihi dari kadar yang perlu dibayar…main kutu pun langkah bijak ke depan…
kalau student,x amal kan benda benda ni pun tp still sengkek.tp utk org2 lain mmg wajib lah ikut tips ni kalau nak jimat.esp rokok tu.huhu.nampak no membazir
berhenti merokok memang sesuai untuk dijadikan tips menabung.bayangkan kalau 1 hari kita jimat sekotak rokok,lebih kurang RM 10.simpan untuk sebulan dah ada RM 300.jutawan la kalau simpan untuk 10 tahun :)
Entri terkini Pacifista: Highlight Bonus Pacifista
bayar bil via internet..i like…hehe
Entri terkini ainun: Blog Updates
Semua tips di atas saya boleh turuti cuma berhenti merokok menjadi masalah bagi saya. Saya adalah perokok tegar sejak 15 tahun lepas.
Entri terkini Teratakerapung: BIARKAN KEZALIMAN ITU
menabung dlm ASB!=) Beli emas..hee
no.3 dengan 10 paling Sya amalkan.
Entri terkini Sya Isya: KEPUTUSAN MALAYSIA VS JEPUN KELAYAKAN OLIMPIK 2012- 21 SEPTEMBER
Tips no 1 dengan 2 tu memang berkesan. Yang pertama tu terang – terang bakar duit. Yang ke dua tu al maklumlah, asal keluar makan ramai – ramai je, nak ke tempat yang best sahaja.
Entri terkini azwans: Faedah ‘main kutu’ dari sudut pengurusan kewangan