≡ Menu

Isu Hantu Bonceng: Apa Kata Ahmad Idham?

Dalam reviu saya tentang filem Hantu Bonceng, ramai yang memberi pandangan masing-masing. Ada yang menyokong, malahan ada yang membangkang. Seorang rakan online, Marikh Azahari secara peribadi telah memberi pandangan beliau kepada pengarah Hantu Bonceng, Ahmad Idham Ahmad Nadzri (profail Facebook) tentang pegangannya tentang filem yang sedikit kontroversi ini.

Isu Hantu Bonceng: Apa Kata Ahmad Idham?

Marikh Azahari

Assalamualaikum Saudara,

Maaf m’ganggu, cuma saya nk ambil kesempatan ini menyuarakan pendapat peribadi saya berkenaan filem arahan saudara iaitu Hantu Bonceng telah memperlihatkan adegan ‘Azan’, ucapan dua kalimah syahadah dan perlakuan tasyahud akhir dijadikan babak jenaka. Dukacita ingin saya nyatakan sebagai salah seorg peminat filem tanah air saya merasa amat tersentap melihat adegan-adegan ini dijadikan bahan jenaka.

Maafkan sekiranya saya tersilap saudara. Tetapi sebagai umat Islam dan hamba kepada yg maha Esa, saya tidak rela melihat perbuatan seperti ‘Azan’, ucapan dua kalimah syahadah dan tasyahud akhir diperlekehkan dan menjadi bahan ketawa ramai.

Mungkin niat asal kita adalah baik tetapi hasilnya mungkin menjadi sebaliknya. Saya amat berharap sgt dan merayu pada saudara agar perkara yg berkaitan agama jgnlah dijadikan bahan duniawi melainkan atas tujuan dakwah dari sudut ilmiah bukannya lawak jenaka.
Maafkan saya lagi sekali sekiranya tersilap bahasa dan kata dalam menyuarakan padangan saya ini.

Wasalam

Ahmad Idham Ahmad Nadzri

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana menonton filem HB. Bukanlah niat saya untuk mempersoalkan kembali niat suci anda.. Tetapi saya juga ingin bertanya adakah anda ini seorang yg sudah sampai ke tahap yg layak untuk meperbahaskan soal Islam setanding dengan cendikiawan agama yg bergelar ulamak. Untuk pengetahuan cik .. Filem ini telah terlebih dahulu di tapis dan dinilai oleh pihak LPF yg terdiri dari pakar pakar agama yg bertauliah. sebab itu filem ini di benarkan keluar. Jadi nasihat saya, tak perlulah awak nak sibuk menegur org lain sekiranya diri sendiri pun masih cetek dlm ilmu agama. Tahap awak belum sampai ke tahap pemikiran org yg telah terlebih dahulu meneliti setiap perkara yg sensitif dlm hal agama. Saya nasihat awak pergi belajar dengan lebih mendalam dalam hal agama sebelum kita nak memandai mandai menegur org lain. Ingat:- allah tidak memandang pada rupa paras dan pakaian seseorang tapi pada hati yg bersih dan suci… Renung renung lah…

Marikh Azahari

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi luangkan masa membalas msg saya.

Saya akui saya cetek ilmu agama. Saya akui saya tidak setaraf para ulamak. Saya akui tahap pemikiran saya tidak setinggi mana.
Saya cuma menyatakan pandangan saya sebagai hamba Allah. Mungkin saya salah, mungkin saya betul. Terserah. Wallahualam…

wasalam

Isu Hantu Bonceng: Apa Kata Ahmad Idham?

Other articles you might like;

25 comments… add one
  • Wadi AR September 22, 2011, 12:26 am

    dunia sekarang encik. selagi ulamak tak tego tak kan didengornye

  • renjer September 22, 2011, 12:45 am

    terlalu banyak sangat melawak dah tu..sampai xde idea dah nk mlwak.. sampai mgucap pun nak jadikan bahan jenaka.. dunia2!! ^_^

  • Juan September 22, 2011, 3:46 am

    apa la nk jadik, jawapan ahmad idham x berapa best la, zizan jugak yg bagus

  • nafisa81 September 22, 2011, 11:08 am

    zizan yg byk kena dalam hal ni..kesian zizan…lepas ni nak berlakon, pelakon kena hantar skrip kepada Mufti utk semakan….

  • Pacifista September 22, 2011, 1:00 pm

    apapun benda ni akan sabit dengan akidah kita jugak.asyik citer pasal hantu je.benda ni tahyul.dalam al Quran sendiri pun takde sebut pasal hantu2 ni.yang disebut cuma syaitan,jin,manusia dan malaikat.takde sebut satu patah perkataan pun tentang hantu.

    dalam hal ni zizan salah jugak.sebab dia yang memperlakukan macam tu.ahmad idham terang2 salah sebab dia pengarah.kita ni bukan la terer sangat pasal agama ni tapi ada jugak sudut2 pandangan yang kecik tapi besar sebenarnya yang penonton nampak tapi kekadang ulamak terlepas pandang.bagi aku ulamak pun manusia jugak,bukan nabi bukan rasul.so kalau buat salah tu mesti la ada.

    hanya pandangan kecik dari aku.kalau ahmad idham nak balas komen aku ni,dipersilakan la :D

  • EL September 22, 2011, 4:07 pm

    dah nama pun Ahmad Idham. kalau dah cerita pun macam bangang, director nya apa lagi.
    seriously. movie dia mcm sampah je, tapi perasan steven spielberg. haish

    • Pacifista September 23, 2011, 5:05 pm

      haha…perasan macam steven spielberg ke?haha…betul jugak tu :p

  • alia September 22, 2011, 5:39 pm

    mcm xpatut je ahmad idham ckp cmtu..org tu tegur punye la baik..

    • amir September 22, 2011, 5:53 pm

      hurmm,byol tu alia~ ;p

    • amir September 22, 2011, 5:54 pm

      typo!btol*

  • nini September 22, 2011, 6:46 pm

    sombongnya dia….dah tak minat dia dah….i mean ahmad idham

  • shah blogger September 22, 2011, 11:36 pm

    tak patut cam tu. dia kembalikan yg sebaliknya ingat di hargai. Ahmad idham skang dah lain.. perasan masa Datuk SRK dapat gelaran then lanjutan lain2..

    Apa pun terpulanglah jika itu caranya untuk berhadapan semua ni susah.. benar ttp benar tanpa kira cendikiawan atau seorang berfalsafah dalam agama atau tidak..

    hmmmmm

  • azam September 22, 2011, 11:47 pm

    jawapan memetingkandunia dan profit. filem kosong dedahkan budaya negetif kepada generasi muda

  • MR.Z September 22, 2011, 11:52 pm

    itulah bila seseorang tu dah mula ego, tidak boleh terima kritikan. benda yang memang kita nampak pun dah terang2 salah, masih nak menegakkan benang yang basah.. dah tu pertikaikan balik teguran kita dari ketinggian agama kita… kalau islam takda budaya tegur menegur, alamat susah la…better org dah tegur,selidik la balik.. camana nanti kalau tiba2 ulamak dah tego.. dia nak backup dengan alasan apa pulak?

  • abg hashim puchong September 23, 2011, 5:55 pm

    kepada sdr ahmad idham.kalau tak boleh nak terima pandangan penonton. lain kali jangan jadi pengarah.jangan nak sindir sdrMarikh Azahari yg memberi pandangan yg berguna utk anda Ada paham!

  • ScaniaZ September 23, 2011, 8:16 pm

    secukup rase jew…huhuhu…

  • Amirez September 23, 2011, 11:54 pm

    satu lagi jawapan kurang matang daripada ahmad idham selepas isu nasi lemak 50 sen dulu

  • titan September 24, 2011, 1:06 am

    emm..dia melawak kot. Tak pun, saje bagi orang bengang dengan dia. Atau dia tulis masa dia lepas nangis sebab filem tu meletup. Hoho..

  • Syafiq Ahadin September 24, 2011, 4:44 pm

    Tak sangka pula dia jenis camtu cakap lepas….

  • marikh azahari September 24, 2011, 9:33 pm

    Assalamualaikum…
    Untuk maklumat, sebaik sahaja kenyataan ini dikeluarkan oleh Pengerusi LPF menerusi Bernama. Sebaik sahaja solat jumaat saya seorg diri telah pergi ke Pejabat Ketua Pengarah Jakim di tingkat 9 Blok D7 Putrajaya bagi mengemukakan bantahan terhadap keputusan yg dibuat oleh Jakim. Disana saya telah bertemu dengan Ustazah Asiah iaitu PRO kepada JAKIM. Segala isu telah saya ketengahkan kpd beliau berkenaan isu ini, dimana saya tekankan bahawa isunya bukan dari konteks ayat mahupun senafas atau dua nafas seperti kenyataan yg dikeluarkan oleh LPF.

    Apa yg patut diberi perhatian adalah isu AZAN, kalimah syahadah dan tasyahud akhir HARAM dijadikan bahan untuk lawak jenaka. Turut saya suarakan kpd beliau mengenai petikan surah Al-Taubah ayat 64,65,66,67 / surah Al-An’am ayat 70 dan Surah Kahfi ayat 104, 105 dimana jelas menunjukkan ANCAMAN KERAS drpd Allah s.w.t kpd sesiapa sahaja yg menjadikan Allah, Rasul-Nya dan kalimah-Nya sebagai olok-olok mahupun main-main sebagai persendaan.
    Ustazah tersebut berjanji bahawa perkara ini akan diberi perhatian. Malahan saya telah bertanya kpd beliau apakah pandangan peribadi beliau terhadap hukum menggunakan kalimah suci Allah seperti Azan dan kalimah syahadah adakah salah ataupun tidak. Jawapan yang saya terima dari ustazah tersebut adalah “HARAM”.

    Oleh itu, kita tunggu apa tindakan seterusnya dari JAKIM dalam tempoh 5 hari lagi memandangkan mereka semua sedang sibuk dengan persiapan Kongress Majlis Islam pada 26hb ni.Sekiranya tiada juga tindakan susulan, saya berjanji akan membawa perkara ini ke atas lg.Ini isu kesucian Allah dan Rasul diperlekehkan bukan isu politik ataupun utk menjatuhkan mana2 pihak. Aku takda masa nk pertahankan org, tapi wajib bagi aku pertahankan Allah dan Rasul ku.

    sekian

    Wasalam

    • Adam Roslan September 25, 2011, 12:59 pm

      Perkara lain yang mesti diambil berat ialah isu tinggal serumah bagi bukan muhrim dan kurang sopan di dalam surau juga perlu ditekankan dalam perbincangan. Perlakuan ini secara langsung meng-iakan perkara yang salah.

  • Sya Isya September 24, 2011, 10:54 pm

    ermm…. tak tahu nak komen apa…ramai dah komen kat atas ni

  • Wan Qhairi September 27, 2011, 2:09 pm

    Tak habis-habis dengan alasan dah ditapis la, diluluskan oleh alim ulamak la… Masalahnya yang menonton ni bukannya semua alim ulamak. semua orang tengok. Persepsi orang yang tengok ni macamana? takkanlah agama Islam senang-senang je boleh dibuat bahan gurauan. Oleh orang Islam sendiri pulak tu. Kalau isu lagu Negaraku kat youtube tu boleh diberi tindakan oleh negara, ni isu agama ISLAM, tunjang kehidupan kita!!!! Takkan nak biar macam tu je.

  • Izwan September 28, 2011, 1:44 pm

    telah banyak filem2 menjadi kontroversi apabila ditayangkan.. filem2 genre seram dan sebagainya.. namun masih isu ni tak selesai..

Leave a Comment