Sejak minggu lepas, para pemerhati dan pelabur logam emas mengalami satu kejutan apabila harga emas di pasaran dunia jatuh secara mendadak. Rakan rakan turut mengajukan soalan yang sama dan pengukuhan nilai dolar AS antara punca penyusutan hampir 20 peratus
Berita Harian hari ini melaporkan dalam kolum Ekonomi bahawa aliran kenaikan jangka panjang emas terhenti selepas mencapai kemuncaknya tiga minggu lalu dengan kejatuhan hampir 20 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada 6 September lalu.
Kontrak semasa emas semalam terus mengalami penyusutan dengan kejatuhan 5.8 peratus kepada AS$1,561.69 seauns kejatuhan harian terbesar sejak Oktober 2008.Penganalisis berkata, kejatuhan mendadak harga logam berharga itu sejak kebelakangan ini adalah berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), penjualan oleh dana lindung nilai untuk mendapat tunai bagi menampung kerugian di pasaran lain serta ketidaktentuan terhadap daya tarikan emas sebagai instrumen pelaburan selamat.
Bagi kontrak semasa perak, yang mana harganya lebih berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi susulan kegunaan dalam industri, mencapai paras terendah sejak Januari dan susut 45 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada April.
Ahli Ekonomi Kanan Penyelidikan UOB, Alvin Liew, berkata sebelum ini tunai digunakan untuk melabur dalam komoditi khususnya emas dan perak.
Bagaimanapun, katanya emas kini bukan lagi instrumen menarik untuk melindungi pelaburan daripada inflasi susulan masalah hutang Eropah dan jangkaan inflasi Amerika Syarikat (AS).
Kedua-dua masalah itu menyaksikan dana mengalir kembali ke AS, yang mana menyaksikan peningkatan semula nilai dolar.
Namun begitu, dalam jangka panjang, emas masih memiliki nilainya yang tersendiri dan harganya akan meningkat dalam tempoh akan datang, jelasnya.
Bagi Ketua Penyelidikan Komoditi, Pengurusan Kekayaan UBS, Dominic Schnider, berkata dari sudut teknikal, emas masih belum memasuki jajaran terlebih jualan dan secara keseluruhannya aliran kenaikan kini semakin pudar.
Harga komoditi itu dijangka meningkat semula kerana sebelum ini, kami sudah menyaksikan peningkatan permintaan fizikal yang kukuh terhadap komoditi itu khususnya dari Asia dan secara bermusim, ia akan memasuki tempoh permintaan tinggi, katanya.
Pakar Ekonomi Serantau Penyelidik CIMB, Song Seng Wun, berkata ramai yang memperkatakan mengenai risiko emas akan memasuki jajaran terlebih belian, namun ia meningkat naik sejak empat tahun lalu.
Dengan tekanan kemelesetan meningkat, berlaku peralihan pelaburan kepada instrumen yang benar-benar selamat iaitu dolar AS dan Perbendaharaan AS, katanya.
Sementara itu, Penganalisis Phillip Futures, Ong Yi Ling, berkata kini harga emas sudah susut ke bawah paras purata 100 hari dan 150 hari dan ia memberi isyarat aliran penurunan akan berlaku dalam jangka pendek.
Untuk jangka panjang, selepas harganya kembali stabil dan keadaan kembali normal, instrumen pelaburan selamat itu akan kembali meningkat, katanya. Reuters
P/s Para pelabur dinasihatkan jangan panik kerana ini masa yang sesuai untuk anda menambah simpanan selepas harga yang tinggi sejak beberapa bulan lepas.
Other articles you might like;
harap2 pasni akan terus meningkat..huu..bru je beli
Meniaga emas ni kene paham bnyak benda mcm flow biznez & etc.. Biznez emas ni merupakan pelaburan mcm la main forex, beli saham & pelaburan dalam asb. Biznez ni gak x memerlukan tenaga dan usaha & yg plng x best kite x dpt nak control @ jangke keuntungan kite.
Entri terkini kayshafiQ: Duit Raya RM1000 dari Blog Denaihati 2011
ala nnt naik blk la..
bila nk beli?hehe
apa lagi..jom beli emas ..harga tengah turun
btol3..jom beli ^^
Salam bro.
Hang ada FB ka?
Add aku kat FB leh, aku nak tanya sikit pasal emas http://www.facebook.com/affanblog
Entri terkini Affan Ruslan: I Love Samsung Galaxy S II: Telefon Pintar Terhebat Masa Kini
eh kalau dah add, tlg PM ye. thanks
Entri terkini Affan Ruslan: I Love Samsung Galaxy S II: Telefon Pintar Terhebat Masa Kini
masa emas turun ni la kita beli emas kan.
Entri terkini Jyundoo: Wordless Wednesday #8