Blog

  • Apple Lancar iPhone 4S dengan iOS5, Kamera 8MP, Pemproses Dwi Teras A5 dan Siri

    Apple Lancar iPhone 4S dengan iOS5, Kamera 8MP, Pemproses Dwi Teras A5 dan Siri

    Apple hari ini mengumumkan pelancaran iPhone yang diperbaharui yang dikenali sebagai iPhone 4S yang menolak ura-ura iPhone 5 yang akan dilepaskan.

    Produk terbaru ini akan dilengkapkan dengan sistem operasi iOS5 yang didatangkan dengan lebih 200 fungsi terkini, selain daripada teknologi kamera yang dipertingkatkan sehingga 8MP dengan bukaan aperture yang dibesarkan.

    Siri — aplikasi pintar berasaskan suara yang memerlukan pemilik memberi arahan suara untuk membalas SMS, membuat atau meminda peringatan dan kalendar selain daripada membuat panggilan dan mencari maklumat di Internet.

    Malaysia sekali lagi tidak dimasukkan dalam senarai edaran mereka dan mungkin mengambil masa sehingga beberapa bulan sebelum dibawa secara rasmi.

  • (TUTORIAL) Pasang Iklan Nuffnang di Blog WordPress

    (TUTORIAL) Pasang Iklan Nuffnang di Blog WordPress

    Hari ini saya diajukan beberapa soalan oleh newbie, Abdul Hanan tentang WordPress sebagai platform menulis blog. Antara soalan yang saya fikir menjadi keutamaan ialah bagaimana untuk meletakkan kod iklan (Nuffnang, Advertlets, Innity atau Mangga Ads) di Blog berasaskan WordPress. Saya permudahkan proses meletakkan iklan di blog WordPress kepada tiga langkah mudah. Dalam contoh ini saya akan gunakan iklan daripada Nuffnang.

    1. Log masuk ke Nuffnang.com.my, klik Add Ads dan dapatkan kod iklan.

    (TUTORIAL) Pasang Iklan Nuffnang di Blog WordPress

    (more…)

  • Dapatkan Tiket Rockaway 2011 Sekarang

    Dapatkan Tiket Rockaway 2011 Sekarang

    Menjelang lima hari sebelum berlangsungnya Konsert Rockaway 2011, rakan-rakan yang masih belum mendapatkan tiket boleh terus membeli jika Rockaway 2011 ini membariskan band yang menjadi kegilaan anda.

    Konsert 12 jam ini diadakan di Tempat Letak Kereta A Stadium Nasional Bukit Jalil pada 8 Oktober.

    Antara band yang turut serta ialah The Used, All Time Low, Story of the Year, One Buck Short, Metalasia, Hujan, Love Me Butch, Pop Shuvit, Lo, Monoloque, Kyoto Protocol, They Will Kill Us All, Deja Voodoo Spells, Massacre Conspiracy, Busco, Tres Empre, Oh Chentaku, Dichi Michi dan Twilight Actiongirl.

    Harga tiket ialah RM88 untuk presale dan RM108 di pintu konsert. Anda boleh hubungi Shell Razali +6017.348.9266 untuk tiket express lane pada harga RM108!

  • Kadar Parking Kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

    Kadar Parking Kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

    Kadar Parking Kereta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur antara yang termahal dimana setiap jam pertama hingga jam ketiga akan dicas RM 4 setiap jam dan mulai 4 jam berikutnya RM 3 setiap jam, RM 2.50 mulai jam ke-6, dan RM 2 mulai jam ke-10.

    Contoh kiraannya jika anda meletakkan kenderaan anda selama 3 jam anda perlu membayar RM 4 x 3 jam, jumlahnya RM12. Untuk terus ke eskalator dan akses lif ke dewan pendaratan atau pelepasan, anda perlu parking di B2.

  • (TERBAIK) Char Kuetiau Abdul Seksyen 7

    (TERBAIK) Char Kuetiau Abdul Seksyen 7

    Rakan rakan yang mencari Char Kuetiau terbaik di Shah Alam anda boleh ke Restoran Salmie Manja di Seksyen 7 yang menyediakan menu Char Kuetiau terbaik.

    Antara menu hangat yang menjadi rebutan pelanggan ialah

    • Char Kuetiau Kerang RM4
    • Char Kuetiau Udang RM4
    • Char Kuetiau Udang + Kerang RM4.50
    • Char Kuetiau Special RM 5.00

    Tambahan lain ialah Udang Sepinggan RM5 dan Telur Mata RM1 setiap hidangan. Untuk tempahan majlis keramaian, hubungi Saudara Abdul 010 545 8955

  • Miliki Lencana Kontigen Perlis ke Jamboree Kebangsaan 2011

    Miliki Lencana Kontigen Perlis ke Jamboree Kebangsaan 2011

    Menjelang Jambori Malaysia ke-12 dan Jambori Antarabangsa di Kem Pengakap Jambu Bongkok Marang, Terengganu pada 12 hingga 25 November 2011, kontigen Perlis telah menyediakan Set Lencana Kontingen Perlis ke Jambori Malaysia ke 12, 2011.

    • Hitam: Lencana Rasmi, yang akan dipakai oleh Kontingen Perlis
    • Biru: Lencana Cenderamata, boleh bertukar-tukar dengan Kontingen Perlis sewaktu Jambori Malaysia nanti.
    • Hijau dan Ungu: Untuk dijual kepada sahabat-sahabat sebagai fund-raising.

    Maklumat lanjut jambori ini boleh didapati daripada laman web Pengakap Terengganu. Sahabat yang berminat membeli lencana ini bolehlah hubungi Amran Ali di Facebook.