Blog

  • Finalis Anugerah Juara Lagu 26 dan Ustaz Azhar Idrus

    Finalis Anugerah Juara Lagu 26 dan Ustaz Azhar Idrus

    1. Sementara menanti tiket VIP Anugerah Juara Lagu ke-26 dipos ke pintu rumah (tipu), gua tulis dulu cerita hangat industri hiburan tanah air esok malam, Anugerah Juara Lagu ke-26 di Stadium Putra Bukit Jalil.

    2. Menurut produser AJL 26, edisi kali ini akan dimeriahkan dengan hasil seni CST Production. Bagaimana? Kita tengok esok.

    3. Siapa finalis AJL 26 ini?

    (more…)

  • Antara Kandungan dan Iklan

    Antara Kandungan dan Iklan

    Antara Kandungan dan Iklan
    Antara Kandungan dan Iklan – Gambar hiasan

    Saja gua letak kandungan dulu, sebab kandungan datang dulu kemudian baru iklan datang. Kalau iklan datang dulu, terbaliklah sudah. Salah tujuan tu. Suka untuk saya kongsikan sebaris kenyataan daripada seorang rakan di grup perbincangan Internet tempatan, katanya “Jika berhajat mendapat wang daripada pendapatan iklan di blog bahasa Melayu, anda patut menulis blog yang merapu2 – cerita artis, cerita hantu, cerita2 dan gambar2 yang mengarut2 + pelik, – kalau artikel ‘cerdik’, jgn harap.”

    Dari aspek pemasaran Internet, pengiklan akan lebih suka kepada laman blog yang targeted atau mempunyai niche seperti kesihatan, kekeluargaan atau percintaan kerana mempunyai pengunjung yang targeted iaitu pengguna yang mencari maklumat tentang kesihatan dan secara langsung akan menjadi pembeli kepada produk yang diiklankan. Pengunjung akan terus convert kepada pembeli.

    (more…)

  • Keputusan Liga Super 28 Januari 2012

    Keputusan Liga Super 28 Januari 2012

    Malam ini, tamat enam perlawanan Liga Super ke lima bagi semua pasukan. Kelantan mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu selepas menewaskan Kuala Lumpur dengan jaringan 3-0 di Kota Bharu.

    Terengganu mengekori rapat di tangga kedua selepas menewaskan Lions XII, 1-0 di Stadium Jalan Besar. Kedah masih dihimpit kemerosotan apabila tewas kepada Johor FC walaupun berjaya menamatkan kemarau gol oleh Khyril Muhymeen selepas 442 minit perlawanan, 1- 3.  Keputusan lain seperti grafik yang disediakan oleh Bola Sepak Malaysia.

    Keputusan Liga Super 28 Januari 2012

  • Ping Busuk Perkenal Fungsi Flag, Ban Blog Melampau

    Ping Busuk Perkenal Fungsi Flag, Ban Blog Melampau

    Ping Busuk Perkenal Fungsi Flag, Ban Blog Melampau

    Sekembali daripada meninggalkan dunia blogging hampir empat bulan, hari ini gua kembali dengan secara tidak berapa serius. Banyak yang berlaku dalam industri penulisan blog sejak gua tinggalkan awal September dulu. Ranking Alexa jatuh merudum dari 100,000 kepada 499,999 dan trafik hilang begitu sahaja. Itulah lumrahnya. Kalau itu yang dikejar, itulah kesedihannya.

    Baru-baru ini, ping aggregator termasyhur di Malaysia, Ping Busuk memperkenalkan fungsi Flag bagi melaporkan laman blog yang memuat naik atau berkongsi artikel yang keterlaluan dan tidak sesuai dibaca umum seperti lucah, menipu atau copy paste. Butang Flag berwarna merah jambu ini boleh didapati di penjuru sebelah kiri bar Ping Busuk dalam entri individu.

    (more…)

  • Harga KTM Duke 200 Pasaran Malaysia RM7,275?

    Harga KTM Duke 200 Pasaran Malaysia RM7,275?

    KTM Duke 200

    Beberapa hari lepas, KTM Duke 200 dilancarkan di India oleh Bajaj Auto dengan harga Rs 1.18 lakh (1 lakh bersamaan 100,000 Rupee atau Rs 1,18,000) seunit. Bagi peminat motorsikal jenis naked ini, sudah pasti menanti berapakah harga pasaran KTM Duke 200 di Malaysia. Jika ditukar secara terus melalui Yahoo Currency Converter kepada Ringgit Malaysia, harga KTM Duke 200 lebih kurang RM7,275.00 seunit.

    Menurut laporan Berita Harian, KTM Duke 200 CKD (pemasangan tempatan) akan dijual pada harga sekitar RM15,000 hingga RM18,000 seunit menjelang awal tahun 2012. Namun sehingga hari ini, masih belum ada pengumuman rasmi daripada KTM Malaysia. Pelbagai spekulasi boleh dikeluarkan oleh peminat motorsikal KTM Duke 200 jenama Austria ini sementara menanti harga rasmi daripada pengeluar.

    (more…)

  • Antara Dua

    Ini adalah metafora. Antara bateri jingga dan bateri hitam punyai kelebihan yang berbeza walaupun peranan mereka cuma satu iaitu memberi tenaga elektrik kepada motorsikal. Tapi mana satu menjadi pilihan? Bukan sekadar sedap di hati tapi sedap untuk masa depan juga. Agar tiada kerosakan berpanjangan dimasa depan.



    Antara Dua, originally uploaded by Adam Roslan.