Blog

  • Pek Broadband RM25 Projek Komputer 1Malaysia SKMM-Celcom

    Pek Broadband RM25 Projek Komputer 1Malaysia SKMM-Celcom

    Pek Broadband RM25 Projek Komputer 1Malaysia SKMM-Celcom

    Pek Broadband Celcom-SKMM Projek Komputer 1Malaysia mungkin masih menjadi carian para pelajar yang mahukan penjimatan dalam melayari Internet semasa di kampus. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama Celcom menyediakan Pek Broadband Celcom-SKMM dalam Projek Komputer 1Malaysia dengan menawarkan sim broadband dengan bayaran RM25 sebulan. Kelajuan yang ditawarkan ialah 512kbps untuk pelan harian dan mingguan, manakala pelan bulanan ialah 384kbps.

    Memandangkan pek ini adalah terhad dan dijual oleh pengedar terpilih, ada yang menjualnya lebih daripada harga yang ditetapkan iaitu RM25. Pek ini boleh diaktifkan dengan arahan SMS seperti berikut:

    (more…)

  • Bagaimana Masukkan Video Youtube dalam MS Power Point?

    Bagaimana Masukkan Video Youtube dalam MS Power Point?

    Bagaimana Masukkan Video Youtube dalam MS Power Point?

    Pagi tadi saya diajukan soalan ini, bagaimana untuk masukkan video daripada Youtube dalam MS Power Point? Caranya sangat mudah. Apa yang perlu anda tahu ialah MS Power Point hanya menyokong format .ASF, .AVI, .MPG, .MPEG dan .WMV untuk video dan .mp3 untuk audio. Senarai penuh fail multimedia yang ‘compatible’ dengan MS Power Point di sini.

    Terdapat dua cara iaitu menggunakan online converter atau muat turun sebarang perisian ‘multimedia converter’ seperti Any Video Converter [download] atau Freemake Video Converter [download].

    (more…)

  • Membeli KHKopi Lebih Mudah di KHKopi2u.com

    Membeli KHKopi Lebih Mudah di KHKopi2u.com

    KH Kopi

    Saya mula diperkenalkan minuman KH Kopi sekitar dua tahun lepas masa tu cuti panjang sebelum masuk degree oleh seorang rakan. Dia sendiri menjalankan perniagaan ini secara sampingan untuk mendapat duit poket. Sifatnya yang rajin membolehkan dia mendapat pendapatan ulangan apabila pelanggannya memesan KH Kopi apabila bekalannya habis.

    Dengan keazaman untuk mencuba saya membangunkan laman jualan KH Kopi dan Fan Page di Facebook. Untuk mencuba nasib pada awalnya. Dengan konsep bangunkan dan tinggal, saya mula mendapat beberapa panggilan untuk membuat belian. Siapa tak seronok kalau benda main-main bertukar menjadi serius. Dengan mengambil stok daripada kenalan tadi saya terus membuat jualan dan hantar melalui pos. Alhamdulillah sedikit sebanyak berjaya memberi pendapatan sampingan.
    (more…)

  • Ada Apa Dengan Adf.ly?

    Ada Apa Dengan Adf.ly?

    Salam. Sementara ada kesempatan menulis ni, saya menulis sikit apa yang terbuku di hati. Bukan apa, setengah daripada kita ni baik hati, tapi untuk berkongsi tu mesti dia nak faedah kat dia jugak. Lalu, diletakkan iklan sementara sampai ke blog dia. Kita bukanlah berkira sangat, iklan tu lah yang sara dia bayar bil broadband gamaknya. Tapi sampai setiap page nak klik ada adf.ly, siapa tak marah?

    Ini mungkin pengalaman sedih aku dengan Adf.ly, tapi aku tak pernah jumpa lagi brader yang pasang Adf.ly ni dapat cashout setiap bulan. Kalau ada, kongsi sini aku nak menuntut. Ada beberapa andaian yang boleh aku buat daripada program Adf.ly ni kepada publisher tempatan, lebih tepat lagi kepada blogger Malaysia.

    Fakta pertama tentang Adf.ly ialah program ini tidak sesuai kepada blogger tempatan kerana harga yang dikenakan kepada setiap klik adalah merepek dan tidak masuk akal. Berikut adalah SS Publisher Rates yang diletakkan oleh Adf.ly berkuat kuasa 3 Februari. Abaikan kadar yang diletakkan kerana merepek.

    Ada Apa Dengan Adf.ly?

    (more…)

  • (LIVE) Streaming dan Keputusan Kelayakan Sukan Olimpik London 2012 – Bahrain lawan Malaysia

    (LIVE) Streaming dan Keputusan Kelayakan Sukan Olimpik London 2012 – Bahrain lawan Malaysia

    (LIVE) Keputusan Malaysia lawan Thailand - Kumpulan A Bola Sepak Sukan Sea 2011 Jakarta

    Menjelang perlawanan keempat dalam Kelayakan Sukan Olimpik London 12 Peringkat Asia esok, skuad Harimau Muda bertekad untuk menebus kekecewaan selepas tewas 3-2 di tempat sendiri November lalu.

    Dengan penyenaraian semula Irfan Fazail, Gary Steven Robbart dan Wan Zaharulnizam Zakaria yang pulih daripada kecederaan sedikit sebanyak membantu jurulatih Ong Kim Swee untuk mencongak strategi untuk memperoleh kemenangan yang pertama.

    (more…)

  • Apa itu Perniagaan Dropshipping?

    Apa itu Perniagaan Dropshipping?

    Dropshipping ialah satu cabang perniagaan konvesional kemudiannya dipopularkan oleh ahli pemasaran Internet sejajar dengan kemajuan proses jual beli di Malaysia. Proses ini melibatkan jual beli biasa tetapi pengurusan bekalan adalah diuruskan pembekal. Penjual langsung tidak menyimpan stok atau menguruskan penghantaran, kecuali menerima duit daripada pembeli.

    Pesanan yang diterima akan dimaklumkan kepada pembekal dan pembekal akan menguruskan penghantaran kepada pembeli selepas menerima pembayaran. Ringkasan proses perniagaan dropshipping dapat dilihat dalam grafik dibawah. (kredit Sinar Niaga)

    Perniagaan Dropshipping

    (more…)