Saja gua letak kandungan dulu, sebab kandungan datang dulu kemudian baru iklan datang. Kalau iklan datang dulu, terbaliklah sudah. Salah tujuan tu. Suka untuk saya kongsikan sebaris kenyataan daripada seorang rakan di grup perbincangan Internet tempatan, katanya “Jika berhajat mendapat wang daripada pendapatan iklan di blog bahasa Melayu, anda patut menulis blog yang merapu2 – cerita artis, cerita hantu, cerita2 dan gambar2 yang mengarut2 + pelik, – kalau artikel ‘cerdik’, jgn harap.”
Dari aspek pemasaran Internet, pengiklan akan lebih suka kepada laman blog yang targeted atau mempunyai niche seperti kesihatan, kekeluargaan atau percintaan kerana mempunyai pengunjung yang targeted iaitu pengguna yang mencari maklumat tentang kesihatan dan secara langsung akan menjadi pembeli kepada produk yang diiklankan. Pengunjung akan terus convert kepada pembeli.
Bercakap pasal iklan di blog, saudara Titan menulis tentang kategori pemilik blog dan ketaksuban mereka meletak iklan. Perbezaan antara blog beriklan yang baik menurut Titan ialah,
6. Blog yang banyak iklan. Tapi disusun dengan baik. Tak menyusahkan orang. Laju aje bila nak skroll, nak komen pun tak ada masalah. Admin pun kacak macam aku. Tiap-tiap bulan pun asyik dapat duit dari Innity. Banyak kali pula dapat sales dari program affiliate. Tulisannya pun baik. Bukan copy paste dari Bernama atau surat khabar. Percayalah..blog ni akan menggembirakan hati pembacanya dan membuatkan para pembaca terasa diri mereka kacak walaupun dalam blog tu memang banyak iklan dalam blognya. Lagi-lagi kalau tak ada gambar seksi dalam blog macam ni. Aman aje rasa.
Manakala blog yang teruk dan menyesakkan
7. Ada blog tu, bila kita masuk je blog dia. Bukan iklan sahaja banyak. Tapi keluar pula iklan suruh PAKSA Like. Kalau tak nak like, kena tunggu 10-30 saat. Bila dah like, sekali artikel copy paste memanjang. Ishh, kalau bagus artikelnya, berbaloi juga like sana-sini. Yang paling celaka, masuk aje satu blog ni, keluar iklan suruh like facebook dia. Apa yang celakanya? Tak ada pilihan untuk tunggu 10-30 saat dan tak ada pilihan untuk pangkah features tu. Kalau boleh pangkah, takpe lagi. Kita datang ni nak bagi trafik. Mana tahu, ada iklan berkenan, boleh tolong klik. Nak tak nak, kena like facebook dia, baru leh baca artikel-artikel dalam blog tu. Dan ada yang paling best lagi. Ada satu artikel ni, dia letak satu video. Nak tengok video tu, KENA LIKE juga??? Ko nak kena penyepak? Blog macam ni, sori nak cakap. Aku pangkah aje dan kalau masuk bertanding dalam World Blogger and Media Social Awards 2012, memang aku takkan vote punya. Menyusahkan pembaca dan pelawat dalam banyak perkara.
Gua cerita pengalaman gua masa mula-mula terjebak dengan scene penulisan blog. Dah lupa sebenarnya, tapi masa itu orang tak kejar iklan sebab masing-masing berlumba nak tunjuk kebolehan mereka menulis dan kandungan adalah segalanya. Blog bebas iklan tegar hari ini ialah Azmie.net, cuba klik.
Blog sepatutnya lebih minimalis dengan iklan tidak sepatutnya membebankan pelawat. Ini terbalik, iklan atas bawah kiri kanan tambah floating. Semoga maju jaya, sama-sama memartabatkan bahasa Melayu dalam penulisan blog dan galakkan budaya penulisan yang memandaikan bangsa, seperti yang disarankan oleh Pn. Ainon Mohd. Juga, baca artikel tentang iklan mencolok mata Nuffnang oleh Jamal Rafaie.
Other articles you might like;
singgah pagi baca akhbar
Mungkin ada blog yang nak buat konsep baru kot. Blog iklan, kandungan jadi no dua.
iklan kat surat khabar kekadang, memang sakit mata gak dibuatnya..