≡ Menu

Ping Busuk Perkenal Fungsi Flag, Ban Blog Melampau

Ping Busuk Perkenal Fungsi Flag, Ban Blog Melampau

Sekembali daripada meninggalkan dunia blogging hampir empat bulan, hari ini gua kembali dengan secara tidak berapa serius. Banyak yang berlaku dalam industri penulisan blog sejak gua tinggalkan awal September dulu. Ranking Alexa jatuh merudum dari 100,000 kepada 499,999 dan trafik hilang begitu sahaja. Itulah lumrahnya. Kalau itu yang dikejar, itulah kesedihannya.

Baru-baru ini, ping aggregator termasyhur di Malaysia, Ping Busuk memperkenalkan fungsi Flag bagi melaporkan laman blog yang memuat naik atau berkongsi artikel yang keterlaluan dan tidak sesuai dibaca umum seperti lucah, menipu atau copy paste. Butang Flag berwarna merah jambu ini boleh didapati di penjuru sebelah kiri bar Ping Busuk dalam entri individu.

Dan semalam, pentadbir Ping Busuk sekali lagi bertegas dengan mengenakan tindakan ban satu minggu kepada pengguna yang berkongsi pautan yang dilihat merosakkan reputasi Ping Busuk, seperti dipetik daripada laman Ping Busuk,

mana-mana blog yang mengandungi unsur lucah melampau, iframe ke affiliate seperti says.my atau churpchurp, fullpage adfly script, dan popup like fanpage melebihi 5 saat TANPA button close akan diblacklist serta merta. anda juga boleh flag dan menghantar report kepada kami terhadap blogger-blogger seperti ini. harap maaf sekiranya blog anda terlibat. blog busuk

Kalau gua kata, satgi semua orang kata gua jeles sebab blog buruk gua ni tak ada faedah pun. Lebih kuah dari laksa katanya. Kalau blogger baru yang mencari apakah garis panduan yang boleh gunakan untuk menulis, boleh rujuk Etika Penulisan Blog atau dapatkan panduan daripada Garis Panduan Gambar dan Iklan dalam Akhbar dan Majalah di Malaysia.

Diharapkan tindakan tegas daripada Ping Busuk ini sedikit sebanyak dapat membentuk budaya penulis blog yang lebih beretika kerana Ping Busuk dilihat boleh memainkan peranan ini walaupun tidak secara menyeluruh.

Other articles you might like;

16 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3