Blog

  • Jadual dan Keputusan Maybank Malaysia Open Superseries 2012

    Jadual dan Keputusan Maybank Malaysia Open Superseries 2012

    20120112-112022.jpg

    Empat pemain perseorangan yang diberi jolokan “Four Heavenly Kings” – Lin Dan, Lee Chong Wei, Peter Gade dan Taufik Hidayat – menepati ramalan melepasi halangan pertama masing-masing pada saingan Terbuka Malaysia Maybank semalam.

    Antara empat bintang tersebut, Taufik menjadi pemain pertama layak selepas dia menewaskan Chou Tien Chen 21-14, 21-9 pada perlawanan sebelah pagi.

    Veteran Denmark, Peter Hoeg Gade, pastinya merasakan diri seperti bermain di negara sendiri apabila menerima sokongan daripada peminat yang membanjiri Stadium Putra.
    (more…)

  • Semak Keputusan MUET November 2011 pada 12 Januari

    Keputusan MUET bagi calon November 2001 akan diumumkan pada 12 Januari 2012. Calon boleh menyemak keputusan MUET November 2011 melalui laman web www.mpm.edu.my mulai 9 pagi.

    Selain daripada itu, calon boleh menyemak melalui khodmat pesanan ringkas (SMS) dengan Menghantar MUET RESULT ke 15888 atau MUET ke 36363 mulai 12 pagi pada hari pengumuman.

  • Cara Tebus Baucar Buku 1Malaysia UiTM Shah Alam

    Cara Tebus Baucar Buku 1Malaysia UiTM Shah Alam

    Cara Tebus Baucar Buku 1Malaysia

    Kesinambungan daripada entri terdahulu, hari ini saya sendiri ke Unit Kewangan 4 UiTM Shah Alam untuk menebus Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM200. Prosedurnya mudah, anda boleh ke mana-mana Pejabat Bendahari atau Unit Kewangan di UiTM Shah Alam atau Pejabat Bendahari Kampus Cawangan. Bagi pelajar Masscomm, anda boleh ke Unit Kewangan Zon 4 yang terletak di Fakulti Matematik dan Sains Komputer, bersebelahan Fakulti Pergigian.

    Apabila tiba giliran anda, anda dikehendaki menunjukkan kad matrik dan kad pengenalan untuk pengesahan. Kemudian, pegawai akan memberikan anda empat keping baucar untuk ditulis nama dan nombor kad pengenalan. Selesai!

    (more…)

  • Keputusan Perlawanan Pertama Liga Super 2012: T-Team Mendahului

    Keputusan Perlawanan Pertama Liga Super 2012: T-Team Mendahului

    Keputusan Perlawanan Pertama Liga Super 2012: T-Team Mendahului

    Juara bertahan, Kelantan membuka saingan Liga Super dengan mencatatkan kemenangan tipis 2-1 menewaskan pendatang baru pasukan Lions XII (skuad bawah 23 tahun Singapura) pada perlawanan pembukaan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini. Pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain pertahanan, Baihakki Khaizan pada minit ke-33.

    Namun kegembiraan pasukan Lions XII tidak bertahan lama apabila penyerang berbisa Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-45 dan pemain import dari Lubnan, Mohammed Ghaddar memastikan pasukannya membawa pulang tiga mata menerusi jaringan penalti pada minit ke-80.

    Selain Kelantan, pasukan Felda United, Sarawak, Perak, T-Team dan Johor FC turut mengutip tiga mata setelah berjaya menewaskan lawan masing-masing pada saingan awal liga malam ini.

    (more…)

  • Tuntut Baucar Buku RM200 daripada Zon Kewangan Fakulti UiTM

    Tuntut Baucar Buku RM200 daripada Zon Kewangan Fakulti UiTM

    20120110-224248.jpg
    Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar UiTM hari ini mengumumkan baucar buku RM200 sudah boleh dituntut mulai hari ini sehingga 15 Mac 2012. Pelajar boleh mendapatkan baucar buku RM 200 daripada Zon Kewangan Fakulti masing-masing atau dari Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar bermula 10 Januari 2012 sehingga 15 Mac 2012. Semua pelajar warganegara Malaysia yang aktif layak mendapat baucar berkenaan. Bagi pelajar di kampus negeri, sila berhubung dengan Pejabat Bendahari kampus, bagi mendapatkan tarikh agihan baucar akan dilaksanakan.
    (more…)

  • Ezani Juara Masterchef Malaysia

    Ezani Juara Masterchef Malaysia

    20120108-174828.jpg
    Terkini: sah Ezani juara Master Chef Malaysia Pertama!

    Bagi pengikut siri realiti TV Masterchef Malaysia, malam ini merupakan malam penentu dimana Santapan Penamat akan disiarkan di Astro Ria jam 9 malam. Dua peserta, Ezani dan Wahidan bakal bersaing merebut gelaran Masterchef Malaysia.

    (more…)