Harga KTM Duke 200 Pasaran Malaysia RM7,275?

Harga KTM Duke 200 Pasaran Malaysia RM7,275?

KTM Duke 200

Beberapa hari lepas, KTM Duke 200 dilancarkan di India oleh Bajaj Auto dengan harga Rs 1.18 lakh (1 lakh bersamaan 100,000 Rupee atau Rs 1,18,000) seunit. Bagi peminat motorsikal jenis naked ini, sudah pasti menanti berapakah harga pasaran KTM Duke 200 di Malaysia. Jika ditukar secara terus melalui Yahoo Currency Converter kepada Ringgit Malaysia, harga KTM Duke 200 lebih kurang RM7,275.00 seunit.

Menurut laporan Berita Harian, KTM Duke 200 CKD (pemasangan tempatan) akan dijual pada harga sekitar RM15,000 hingga RM18,000 seunit menjelang awal tahun 2012. Namun sehingga hari ini, masih belum ada pengumuman rasmi daripada KTM Malaysia. Pelbagai spekulasi boleh dikeluarkan oleh peminat motorsikal KTM Duke 200 jenama Austria ini sementara menanti harga rasmi daripada pengeluar.

Harga atas jalan bagi Duke 690 ialah RM44,800 seunit dan RM48,915 bagi Duke 690R pemasangan tempatan dengan penjimatan 18.6 peratus atau RM10,272 dan 17.3 peratus atau RM10,262 daripada harga model diimport sepenuhnya (CBU) iaitu RM48,915 seunit bagi Duke 690 dan RM59,177 bagi Duke 690R.

KTM Duke 200

Comments

19 responses to “Harga KTM Duke 200 Pasaran Malaysia RM7,275?”

  1. lunaticg Avatar

    Ni mesti kena cukai kan? Jadi harga mesti lagi tinggi dari India tu kot.

    1. Adam Roslan Avatar

      Kalau RM7k, semua brader naik FZ 150 akan beralih ke KTM, CC pun lagi tinggi. Macam dilaporkan BHarian, harga boleh mencecah RM18,000.00!

  2. titan Avatar

    peh, tak mampu aku nak beli..

    1. Adam Roslan Avatar

      Orang kayo. Takkan tak mampu? Katakan saja tak hendak. :)

  3. Juan Avatar

    rm7k boleh la lagi

  4. budin Avatar
    budin

    sebenarnya semuan rega kenderaan adalah mampu milik. tp atas sifat tamak pimpinan n pemerintah, semua nak makankedarah kenakan cukai. mampos ra’ayat, mini cooper clubman brapa rega jer kat luar. +/- 100 k jer, kat m’sia???

    1. Adam Roslan Avatar

      Sengsaranya kita, dari kecik sampai ke besar terleleh tengok SBK.
      Mini Cooper S Countryman dijual pada harga RM285,888.

      1. yusri Avatar
        yusri

        murah dorhh….Rm7k..wa angkat 1

    2. mainmoto Avatar

      betul tu bro……jom kita pindah dari msia ni…..kat luar sume murah….

  5. Ekal Avatar
    Ekal

    kalau tak kena cukai, dapatlah harga RM 7,275.00, tapi cukai kat Malaysia tinggi, so, paling kurang murah pun Rm 14, 100.00 Ktm ni. aku dah tanya.

    1. Adam Roslan Avatar

      Dah tanya ka bro? Katanya di Cheras boleh book, RM18k. Pergh.

    2. geng Avatar
      geng

      susah la macam ni nak pakai moto besar ckit pun payah

    3. amran Avatar
      amran

      ktner bro nengok rm14100..

  6. am Avatar
    am

    malaysia adalah negara yang mengenakan cukai antara yang tertinggi di dunia..selagi pemimpin yang kita pilih tak kurangkan belanja duit rakyat..sampai mati ler kita naik Ex-5 buruk

    1. mainmoto Avatar

      betul tu bro…..jom kita belajo pandai2…..nanti leh jd pm….

  7. hardy Avatar

    mahal siot!!!!!klau 7k ok la jugak..

  8. kirov Avatar
    kirov

    cukai smpai Rm10k , cekik darah btol la cukai malaysia ne

  9. Ahmad Avatar
    Ahmad

    Kereta Hyundai starex kat korea rm70K kat malaysia rm147K. kalo beli kat korea boleh dapat dua biji kereta dengan harga 147k tu.

    1. ridzuan bin mohd nor Avatar
      ridzuan bin mohd nor

      btul tu bro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *