≡ Menu

‘Hentikan dakwaan perlekeh program Permata Negara’

Pihak tertentu diminta menghentikan tohmahan dan dakwaan tidak benar terhadap program Permata Negara kerana ia dilaksanakan untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata program itu semata-mata bertujuan memupuk pendidikan dalaman dalam kalangan kanak-kanak supaya apabila besar, mereka menjadi aset yang sangat bernilai untuk negara.

Katanya, tumpuan yang diberikan kerajaan terhadap program itu bukan disebabkan oleh faktor beliau selaku penaung projek itu.

“Projek Permata Negara bukan untuk saya sebagai isteri Perdana Menteri atau untuk sesiapa, tapi untuk masa depan anak-anak kita semua. Ada mereka yang cakap macam-macam terhadap saya dan projek Permata (Negara) ini, tetapi semua ini tidak benar,” – Datin Seri Rosmah Mansor

Demi masa depan

“Projek Permata Negara bukan untuk saya sebagai isteri Perdana Menteri atau untuk sesiapa, tapi untuk masa depan anak-anak kita semua. Ada mereka yang cakap macam-macam terhadap saya dan projek Permata (Negara) ini, tetapi semua ini tidak benar.

“Sebab itu, saya bersyukur dapat berkumpul di majlis hari ini (semalam), iaitu majlis ramah mesra dengan kanak-kanak dan pendidik TABIKA dan TASKA Permata KEMAS. Pada hakikatnya, program seumpama ini wajar dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kerjasama antara anak, pendidik dan ibu bapa. Lebih daripada itu, semoga dengan pertemuan ini dapat menjelaskan segala kekaburan mengenai Permata,” katanya.

Beliau berucap pada majlis Ramah mesra Kanak-Kanak TABIKA dan TASKA Permata KEMAS di sini, semalam. Hadir sama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ketua Pengarah KEMAS, Hassan Mohd Amin.

Rosmah berkata, sehingga kini, Permata Negara mempunyai 665 pusat asuhan dengan 354 daripadanya adalah TASKA Permata KEMAS, manakala seramai 22,423 kanak-kanak sudah mendapat manfaat daripada program terbabit.

Sumber: ‘Hentikan dakwaan perlekeh program Permata Negara’

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3