≡ Menu

Penjelasan Pelaburan Emas VGMC ialah Scam

Sebagai salah seorang yang mengikuti rapat program pelaburan emas atas talian yang dikenali sebagai VGMC, berikut adalah sebagian daripada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh komuniti VGMC Malaysia bagi menjelaskan suasana yang sebenar.

**

Artikel ini dikeluarkan oleh kami kerana pihak kami mahu semua pihak tahu dan kami berasa amat kecewa dengan pengumuman yang dikeluarkan oleh VGMC semalam. Walaupun dengan alasan yang diberitahu mahu pergi IPO dan “Diversification” kami merasakan ianya bakal membuatkan ramai investor menderita bagi yang masih belum pulang modal. Bulan yang lalu, ramai ahli yang mampu withdraw terus dari syarikat ada beberapa indidividu melaporkan kepada kami withdraw terlalu lama ditunggu termasuk “unsubscribe” tidak kunjung tiba di bank dan tempoh withdraw makin lama dilimitkan dan akhirnya jumlah withdraw minimum juga dinaikkankan dan semalam kemuncak permainan mereka apabila CPS-GOLD telah dibekukan bagi semua “dividend” ,”trading”, “networking income” malah credit yang tersimpan di dalam wallet milik kita juga telah ditukarkan secara paksa menjadi CPS-GOLD yang baru tanpa mendapat “green light” dari tuan punya kredit tersebut. Atas dasar apa mereka berhak bekukan CPS-GOLD dan credit secara automatic dijadikan CPS-GOLD ?

Ketidak puas hati kami lagi adalah pengumuman semalam yang seterusnya mewajibkan pemegang CPS-GOLD topup dalam CPS-Platinum minimum sebanyak 10,000 share bagi mengekalkan akaun CPS-GOLD lama. Pada fikiran kami ini adalah taktik yang tidak bertanggungjawab yang mahukan investor melabur dengan lebih besar dan bakal terjerat dengan lebih dasyhat. Dan diberitahu, jika anda tidak topup dalam CPS-Platinum dengan wang baru maka CPS-GOLD milik anda yang lama bakal hilang dan akaun tersebut ditutup. Fuhhh… ini betul2 taktik yang kami fikir amat kejam dan tidak berhati perut buat semua ahli bagi yang selama ini penat lelah menaruh kepercayaan dan tak jemu siang malam merekrut ahli buat syarikat. Dan kami lihat ini adalah modus VGMC supaya syarikat ini terus menerima deposit baru dengan secara paksa menambah duit walaupun sebelum ini kita telah mengeluarkan duit membeli CPS-GOLD . Untuk pengetahuan anda, pemegang CPS-GOLD tidak diberikan pilihan untuk “unsubscribe” sejak news yang dikeluarkan semalam. Dan ini adalah “signal” dan “hint” yang nyata bahawa VGMC boleh dikatakan bankrupt atau wang milik mereka telah tiada dan mereka mahukan investor menambah deposit ke dalam CPS-Platinum yang baru pula. CPS-GOLD kita yang lama ditukarkan menjadi PCEF secara paksa yang dimana boleh diraih pendapatan darinya selepas ianya dilisting sekitar 12-15 bulan dari sekarang. Seharusnya, jika VGMC menghargai investor dan jika VGMC masih kukuh dari segi kewangan seharusnya convert sahaja CPS-GOLD & Credit yang dimiliki oleh kita ke dalam CPS-Platinum tanpa perlu meminta ahli menambah deposit baru lagi.

Pendapat kami tentang PCEF ini adalah salah satu “skim” gagal yang mencuba mengelak pembayaran dividend bulanan, income trading dan stok kredit yang dimiliki buat satu jangka masa yang lama iaitu sekitar 12-15 bulan dan memaksa semua pemegang CPS-GOLD menambah deposit baru pulak ke dalam CPS-Platinum bagi mengekalkan share CPS-GOLD milik kita. Ini adalah satu “signal” iaitu mereka tidak mampu membayar tetapi “buying time” menunjukkan kononnya mereka tidak “SCAM” atau “FRAUD” dan mengharapkan “fresh money” disuntik oleh ahli di CPS-Platinum.

Bacaan penuh di forum Cari Emas, di sini

Other articles you might like;

4 comments… add one
  • Rakan Sepelabur October 6, 2012, 7:48 pm

    Saudara Adam, dari mana awak baca bahawa akaun gold akan ditutup sekiranya tidak melabur dalam platinum? Saya rasa maklumat awak di atas telah tersasar daripada apa yang saya fahamkan daripada Press Release di website VGMC. Platinum adalah optional – tiada impak kepada pelaburan Gold.

    • simpati December 6, 2012, 12:29 am

      dah2 la tu..dok crita psl platinium la, website la…semua benda tu dh xwujud..secara zahirnya ja nampak..saja nak bagi sedap ati para2 ‘pemegang saham’ ..vgmc dah lingkup..bungkus! dh mcm gila meroyan plak aku tgk dok crita benda2 yg xwujud ni…nasihat aku, tak perlulah nak salahkan orang lain..terimalah kenyataan bahawa anda dh ditipu dan tertipu oleh nafsu anda yang terlalu mengejar harta dunia yang suatu hari akan anda tinggalkan..bersyukurlah dgn apa yang kita ada agar hati kita sentiasa senang, tenang dan bahagia….wasalam..

  • anna June 8, 2013, 6:30 pm

    Salam…sy dah nak masuk 2 thn dgn vgmc..pelaburan bermula RM3500.Alhamdulillah…sy dah memiliki 31 lot dgn dividen RM15k-21k sebulan tanpa putus atau masalah…mereka yg ‘terkena’ ni yg msk sekitar September thn lalu..termasuk suami sy yg baru nak join…apa2 pun klu nak invest..ikut tips dr google 1 .melabur setakat kita mampu tanggung risikonya 2.pastikan anda kumpul dividen smpai dpt semula pokok..so jgn shopping sakan,mnabung dulu…vgmc x lingkup lagi,k.

  • azhar mat zin May 20, 2014, 2:37 am

    to anna :-

    So sekarang da ada 31 lot..maknanya..total investment RM3500 x 31 = RM108500++…so dividen tuh da recoupe balik total investment ke belum?..or dah bungkus dah..=)

Leave a Comment